Makhluk di dalam bilik bawah tanah

177 26 78
                                    

"Mmm... mmm... mmm..." Lacey mendengar suara seperti perempuan mengerang. Dia berjalan menghampiri arah suara itu. Kakinya berhenti melangkah apabila melihat ada seorang perempuan berpakaian serba putih sedang duduk memeluk lututnya. "Awak okey?" tanya Lacey. Tiba-tiba, perempuan itu secepat kilat berada di hadapan Lacey dan mencekik lehernya. "Aku nak jasad kau! Dan... kau mati!"

Lacey berasa sesak nafas. Suaranya tersekat di kerongkong. "To... tolong...."

"Lacey! Lacey... hei bangunlah! Kenapa jerit-jerit ni?" Lacey tersedar dari mimpi ngeri itu setelah terdengar suara abangnya, Braine.

Lacey terus memeluk Braine erat. "Aku mimpi ada perempuan nak bunuh aku. Aku takut. Dia nak jasad aku. Muka dia hodoh sangat macam kena simbah asid... dengan isi wajahnya yang mengelupas serta mengeluarkan nanah yang berbau hanyir." tubuh Lacey jelas menggigil dengan suara yang menggeletar saat menceritakan mimpi buruknya.

Braine melepaskan pelukan Lacey. Wajah Lacey dipandang dengan dahi yang berkerut. "Asid? Kau ni merepeklah! Huh, tulah tidur petang lagi, kan dah mimpi mengarut. Kedai dobi tutuplah. Kau mendobilah sendiri. Mesin basuh kat bilik bawah tanah."

"Hmm, yerlah." Lacey berkata malas sambil mencapai sebuah bakul berisi pakaian kotor yang terletak tidak jauh dari tempat dia berbaring tadi. Dia memulas tombol pintu dan menuruni tangga ke bilik bawah tanah dengan berhati-hati.

Tatkala dia tiba di hadapan sebuah pintu kayu yang kelihatan sedikit usang kerana dimamah anai-anai, Lacey memulas tombol pintu itu perlahan.

Krek!

Suasana sunyi menyelubungi tiap pelusuk ruangan itu ditambah pula dengan bunyi salakan anjing yang seumpama serigala membuatkan bulu roma Lacey merinding dengan tiba-tiba.

Matanya meliar memandang ke kiri dan ke kanan bagi memastikan bahawa tiada perkara pelik yang berada di situ.

'Perasaan aku je kot!' Lacey meletakkan semua pakaian kotor di dalam mesin basuh. Kemudian, dia menuang air dan menambahkan sabun pencuci. Mesin itu mengeluarkan bunyi yang agak kuat mungkin kerana sudah lama tidak digunakan.

Lacey bermain dengan telefon pintarnya. Tiba-tiba, mesin itu berhenti menjalankan tugasnya. Dia berpaling melihat mesin itu. Alangkah terkejutnya Lacey apabila pakaian kotornya terapung-apung di udara ruangan bilik itu.

"Hehehe hai Lacey! Ingat aku tak?" Kelihatan roh seorang perempuan yang berwajah hodoh sedang memandangnya dengan senyuman sinis.

"Si... siapa kau? Apa kau nak dengan aku?"

"Aku Vayne. Hidup aku musnah sebab abang kau! Kau tengok muka aku! Apa perasaan kau kalau wajah kau yang macam ni!"

"Kau jangan tuduh abang aku yang bukan-bukan!"

"Aku sayang sangat kat dia... tapi, dia tak sayang aku. Dia sayang Adlyn jadi aku putuskan hubungan diorang. Aku rosakkan wajah dia. Abang kau dapat tahu, dia simbah muka aku dengan asid sampai rosak macam ni. Kau tahu apa jadi lepas tu? Aku bunuh diri dan sekarang aku nak...."

"Abang... tolong!"

Vayne mencengkam kuat wajah Lacey. Mulut dia terbuka luas. Vayne memandang Lacey dengan senyuman puas. "Kau salahkan abang kau. Ni semua salah dia."

Vayne masuk dalam tubuh Lacey. Roh Vayne menguasai tubuh Lacey kerana roh Lacey lemah tidak dapat mengalahkannya.

"Lacey, dah siap ke?" tanya Braine sambil mengetuk pintu.

"Dah siap... sayang." Lacey tersenyum sinis.

- 493 patah perkataan - 😎
- Kalau best , jgn lupa vote & komen tau - 😄
- Special tag ; Exolexi

Fiesta April Where stories live. Discover now