Mengundang Tawa Semula

60 13 13
                                    

Kepalaku sakit berdenyut-denyut seperti baru sahaja jatuh dari tempat yang tinggi. Aku membuka mata perlahan-lahan.

"Argh!" Lantang suara aku menjerit!

Manakan tidak aku menjerit, sekumpulan manusia yang berpenampilan seakan monyet sedang merenungku tajam.

Aku dikelilingi oleh insan berambut panjang berpintal-pintal separas pinggang dan kusut masai. Sebahagian wajah mereka ditutupi dengan misai dan janggut yang lebat.

"Hahaha... Aku dekat zaman firaun ke? Kau orang ni golongan hamba eh?"

Aku mengekek ketawa sehinggakan badanku berguling-guling di tanah. Berbaju kemeja dan berseluar slack tetapi wajah? Monyet pun lagi kacak!

"Tu misai sampai tutup lubang hidung! Boleh bernafas ke bang?" Aku menyambung ketawaku lagi.

"Dia senyum dan ketawa! Tangkap dia! Dia telah derhaka kepada tuan kita!" jerit salah seorang daripada mereka.

Ketawaku mati apabila tanganku ditarik ke belakang dan diikat dengan penyedut minuman.

"Kau orang ni sihat ke tak? Ikat guna straw? Hahaha...."

Pang!

Hidungku ditampar kuat oleh seseorang. Kerana mulut, hidung binasa!

Aku ditarik lalu didudukkan dengan kasar di atas tanah. Di hadapanku, ada seseorang yang sedang duduk di atas timbunan kuali.

"Ketua! Dia telah berbuat kesalahan iaitu ketawa. Bukan sedikit tetapi berdekah-dekah!"

Aku segera mengetap bibirku kuat. Ketua mereka sama sahaja penampilannya tetapi yang lebih kelakar, rambutnya diikat dengan tali leher berupa riben.

"Berani kau ingkar arahan aku! Di sini, tiada siapa yang boleh senyum dan ketawa! Kau belum kenal aku siapa!"

"Siapa engkau?"

"Akulah Anaqi Raymond! Kau akan...." Percakapannya terhenti apabila mendengar aku gelak.

"Anaqi Raymond? Hahaha Anaqi maksudnya keindahanku yang menawan hati tapi kau? Macam badut sarkas!"

"Apa? Badut? Justin! Bieber! Masukkan dia dalam penjara!"

"Justin? Bieber? Hahaha... Ni kalau Justin Bieber tahu mesti dia menangis!"

"Kau berani ketawa lagi? Bunuh dia!"

"Hah? Woi ketawa je pun! Takkanlah sampai bunuh! Okey, aku buat lawak tapi kalau kau orang ketawa termasuklah si Anaqi ni, aku dibenarkan balik!"

"Aku dah tiga puluh tahun tak ketawa! Kau rasa kau boleh ke?"

"Eh, belum cuba lagi, kau dah takut!"

"Aku tak takut! Okey! Mulalah lawaknya!"

"Seorang jurugambar mengambil gambar warga tua sempena hari lahirnya yang ke-80 lalu berkata, saya berharap dapat menangkap gambar anda lagi pada tahun depan. Orang tua itu pun menjawab, mengapa tidak anak muda? Bukankah kamu masih kuat dan bertenaga?"

"Hahaha."

Aku mendengar sebahagian dari manusia di situ tergelak.

"Seorang ibu membawa anaknya ke parti tiba-tiba, anaknya berkata kepada si ibu, mama aku nak kencing! Maka ibunya membalas, tak sopan cakap macam tu di tempat awam jadi lepas ni katakan sahaja kau nak bisik-bisik. Esoknya, si anak menziarahi jiran bersama ayahnya. Anak itu memberitahu bahawa dia ingin 'bisik-bisik' lalu si ayah menjawab, bisik-bisik sahaja di telinga ayah."

Semua yang berada di situ terketawa kecuali ketua mereka.

'Teruskan, Aakil! Kau boleh!'

"Justin! Kau ada AIDS!"

"Eh! Mana ada! Kau gila ke?" marah Justin.

"Aku baca satu persepuluh orang kat negara ni ada AIDS! Aku dah tanya sembilan orang, semua tak ada AIDS, kau orang kesepuluh jadi tak payah tanya, aku dah tahu!"

"Ahahahaha...."

Aku tersengih melihat Anaqi ketawa seperti orang hilang akal.

- 500 patah perkataan -
- Sis cuba buat lawak , menjadi ke hambar ? Komen tau !! 😂😂 -
- Special tag ; Exolexi

Fiesta April Where stories live. Discover now