Superhero

67 12 24
                                    

"Assalammualaikum, semua dah ready ke?"

"Waalaikummussalam Cikgu Tanjung."

"Hei, panggil Cikgu Ahmadlah! Nama cikgu bukan Ahmad Tanjung lagi dah."

Murid sekolah rendah itu ketawa kerana seronok dapat mengenakan guru mereka kecuali murid lelaki yang memakai tanda nama Ikhwan Hafizy.

Muka Ikhwan masam seperti baru minum sebotol cuka. 'Kenapa ibu daftarkan aku pergi lawatan budak kecil ni!'

"Ikhwan, cuba senyum. Tarik bibir tu senyum sampai pinggang, kalau susah, senyum sampai telinga dah cukup. Kita nak pergi melawat Bandaraya Kuala Lumpur bukan ke pertandingan manusia paling masam di dunia."

Ikhwan hanya mencebik lalu duduk di tepi tingkap dalam bas. Rakan-rakanya yang lain sudah berswafoto beratus-ratus.

Perjalanan ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur itu berjalan lancar. Tiba-tiba, semua kenderaan di jalan raya hilang kawalan. Masing-masing berlanggar antara satu sama lain termasuklah bas yang dinaiki Ikhwan.

Bangunan-bangunan pencakar langit mula bergegar dan runtuh sedikit demi sedikit. Tanah mula merekah dalam skala yang besar. Manusia berlari menyelamatkan diri sendiri.

Ikhwan memandang wajah rakan-rakan sebayanya yang ketakutan. Cikgu Ahmad juga berasa gelisah memikirkan apa yang perlu dia lakukan.

"Tak boleh patah balik ke?" Cikgu Ahmad bertanya kepada pemandu bas.

"Nak patah balik macam mana? Kau tengoklah semua kenderaan dah tunggang-langgang!"

"Takde cara lain ke? Budak-budak ni semua dah takut."

"Tinggalkan jelah budak-budak ni. Aku nak blarh. Kau nak mati ramai-ramai, silakan! Janji aku selamat."

Pemandu itu terus turun dari bas dan berlari menyelamatkan diri.

Rekahan pada jalan raya semakin besar. Bas juga tidak stabil dan hampir tumbang.

"Cikgu minta maaf nanti cikgu sedekahkan al-Fatihah untuk korang semua."

Cikgu Ahmad terus berlari pergi dari situ. Gegaran di luar membuatkan mereka tidak berani keluar. Ikhwan melihat rakan-rakannya berpelukan sambil meraung ketakutan meminta tolong.

'Aku tak boleh diam kat sini. Apa dah jadi? Aku kena bertindak!'

Ikhwan menyeluk topeng superhero Thor dan memakainya. Dia mengetuk kepalanya dua kali dan kuasanya mula bertindak balas.

Dia terbang mencari punca kekacauan yang terjadi. Tiba-tiba, matanya tertancap pada seekor raksasa yang sedang mencabut bangunan KLCC lalu menggosok giginya.

Ikhwan tercengang. 'Raksasa apakah ini?' Raksasa itu bertanduk dua di kepala, matanya merah menyala, mempunyai ekor panjang yang berduri dan batu besar di perutnya. 'Dia makan batu ke apa?'

Dia terbang ke arah raksasa itu dan menumbuknya. Raksasa tersebut terpelanting ke belakang dan pada masa itu juga, Ikhwan mengambil bangunan KLCC lalu meletakkannya secara perlahan-lahan di tempatnya.

Mulut raksasa itu terus menyemburkan api ke arah Ikhwan kerana berasa terancam. Ikhwan meniup api itu lalu bertukar menjadi ais.

Kali ini, raksasa itu terus melayangkan ekornya yang berduri pada Ikhwan. Ikhwan tidak sempat mengelak lalu tergolek jatuh di atas kereta.

'Main kasar ni! Habis muka hensem aku!Sekarang, giliran aku pula!"

Ikhwan terus menumbuk seluruh badan raksasa itu bertubi-tubi dalam gerakan yang laju lalu terbang ke angkasa. Dia menghantar raksasa itu di planet Musytari.

Dia berjalan sambil tersenyum menuju ke arah bas.

"Mak, Aiman minta maaf tinggalkan mak tadi."

Ikhwan yang melihat adegan itu menggelengkan kepala. "Manusia memang pentingkan diri sendiri."

- 498 patah perkataan -
- Special tag ; Exolexi -

Fiesta April Where stories live. Discover now