Aku dan Hani berjalan beriringan . Sekarang dah masa balik rumah masing-masing and esok pula nak pergi camping . Huhh . Penatnya .
"Ayen , Hanii !" Jeritan yang memanggil nama kami automatik membuatkan aku dan Hani memandang ke arah empunya suara itu .
'Bala' dah datang .
"Korang korang !" Hafi mendekati kami sambil mengambil nafas panjang .
Aku memandang ke arah Azril yang berjalan ke arah kami sambil memasukkan kedua tangannya ke kocek seluar sekolah .
Aduhai . Kau jangan buat aku melting Azril !
"Kenapa ni ?" Hani memandang Hafi yang masih mengambil oksigen .
"Ko...ko...korang huh huh huh ." Hafi berkata tersekat-sekat . Aku tengok Hafi ni macam nyawa dia di hujung tanduk aje .
Azril mendekati Hafi sambil menepuk-nepuk lembut belakang badan Hafi .
"Datang rumah aku hari ni ." Azril berkata dengan selamba .
Aku dan Hani berpandangan sambil mengerutkan dahi . Tak faham dengan apa yang disampaikan oleh Azril .
"Kenapa ?" Aku bertanya kepada Azril .
"Datang jelah . Lepak-lepak . Bukannya selalu kan ?" Hafi membuka bicara walaupun nafasnya masih tersekat-sekat . Tu lah . Mengada nak lari-lari kan ?
"Lagipun . Biskut yang mama Azril buat sedap tau . " Hafi menambah lagi sambil menunjukkan 'thumbs up'
"Tengoklah ." Aku berkata sambil meliarkan pandangan ke kiri dan kanan .
Tak selesa sebab Azril asyik-asyik pandang aku . Geramnya lahai aku .
"Jomlah Ayen . Tak selalu tau kita dapat lepak sama-sama ni ." Hani memujuk aku . Aku bukannya apa . Malas lah nak jalan walaupun rumah Azril bersebelahan je dengan rumah aku .
Tengok ? Betapa malasnya aku .
"Oklah ok . " Aku akhirnya bersetuju .
"Jam berapa ?" Hani menanya sambil memandang Hafi .
Hafi mula tersipu malu .
"Jam 3 petang lah . Ok tak ?" Hafi menjawab sambil memandang ke arah Azril .
Azril dengan lagak 'macho'nya mengangukkan kepala .
Ingat aku nak puji kau ke ha ?
Ok . Aku memang nak puji dia . Dia memang macho .
Pin ! Pin !
Bunyi hon dari salah satu kereta yang berada di perkarangan sekolah menyentakkan kami ber'empat'
Hani membulatkan matanya . Nampak sangat terkejut .
"Hai baby abang ." Seorang lelaki keluar dari kereta tadi sambil berlalu ke arah Hani .
"Wahhhh . Bila balik ?" Hani melambaikan tangan ke arah lelaki tadi .
Dengan pantas Hani menerpa ke arah lelaki tadi lalu memeluknya .
Mata aku liarkan ke arah Hafi . Nampak sangat muka Hafi merah . Tengah marah lah tu . Aku tahu .
"Baru je ." Lelaki tadi mengusap lembut kepala Hani yang dilitupi tudung .
"Ehem ehem ." Azril berdehem selepas sahaja melihat Hafi melarikan pandangan ke arah lain apabila melihat Hani dan 'lelaki' tadi 'suwitsuwit' .
Hani melepaskan pelukannya . Nampak sangat dia rindu dengan lelaki tu . Entah siapalah gerangan dia .
YOU ARE READING
Kau?Vampire?
VampireGenre : Vampire+Fantasy Semenjak berpindah ke sekolah dan rumah baru , Ayen Qarmila atau dikenali sebagai Yen terasa pelik dengan seorang lelaki yang sering mengenggam penumbuk bila terserempak dengannya . Dia .. Dia .. Jiran dan Schoolmate nya . ...