"Auwww." Aku menjerit kesakitan apabila Hani menarik pipiku sedikit .
"Sorry . Tak sengaja ." Hani berkata ke arahku .
"Hani ? Leher awak macam mana ?" Hafi memandang Hani yang sibuk membelek-belek wajah aku .
"Tak sakit dah . Luka kat leher Hani tak dalam sangat ." Hani berkata sambil mengusap lehernya perlahan .
"Kau ? Okay tak ni ?" Azril membelek wajahku kejap .
"Tak . Aku nak mati dah ni ." Aku berkata selamba .
Dengan tiba-tiba , mulutku ditampor perlahan oleh Hafi .
"Boleh tak cakap benda yang baik-baik je ?" Hafi memandang ku serius .
Aku menundukkan kepala . Aduihh . Takut lahaii .
"Err...err minta maaf . Pipi okay cuma , rasa macam nak jatuh ke tanah ." Aku berkata sambil memegang pipiku yang masih mengalirkan darah .
Yaa . Pipi aku memang rasa macam nak jatuh ke bawah dah . Nak tercabut dari muka . Sakit diaa , emmm . Tak mampu nak dikatakan .
"By the way , korang tiba-tiba ada kat sini kenapa ? Kan dah kena oleh budak tak guna tu ." Azril memarahi aku dan Hani .
"Kitorang cuma nak ikut Hafi je ." Hani membalas kata-kata Azril sambil menundukkan kepala memandang tanah . Begitu juga dengan aku .
"Tak payahlah nak ikut . See . Apa yang dah jadi dekat korang ." Azril membebel lagi .
"Min...ta ma...maaf ." Aku dan Hani berkata serentak .
"Tau tak yang Hafi dan Azril risau fasal korang . Tiba-tiba je nampak korang kena bawak oleh budak tak guna tu ." Hafi menggantikan tempat Azril , membebel kami .
"Tak perlulah ikut tadi . Kitorang lelaki , and korang perempuan . Hafi dan Azril boleh handle benda macam ni . Setakat budak tak guna tu , kat hujung jari je tau nak di settlekan ." Hafi berkata panjang lebar .
Aku dan Hani berpandangan antara satu sama lain .
Azril pula masih sibuk membelek muka aku .
Aduhh . Penatlah nak pusingkan kepala ke kiri , ke kanan bila Azril belek muka aku .
"So , macam mana sekarang ni ? Teruk sangat luka Ayen ni . Dari tadi tak berhenti darah tu mengalir keluar ." Azril berkata ke arah Hafi .
Mata Azril tiba-tiba bertukar merah pekat semula .
"Hafi . Kau handle . Aku tak tahan ." Azril berkata sambil berdiri lantas memalingkan wajahnya ke arah lain .
Macam mana aku boleh lupa yang kat depan kitorang sekarang ni adalah Vampire ?
Nasib je Azril tak minum darah aku tadi .
"Tahan diri kau ." Hafi berkata ke arah Azril dan menarik aku jauh dari Azril .
"Aku rasa , kita kena balik pergi tapak perkhemahan sebab kat sana ada kotak first aid ." Hafi lantas menarik tangan aku dan Hani berjalan untuk pulang ke tapak perkhemahan .
Kedengaran derapan kaki Azril mengekori dari belakang .
Aku menolehkan kepala ke belakang dan memandang Azril yang menutup hidungnya .
Apesal dia comel sangat ni ? Alahai . Menyempatt.
Azril menatap mataku dan menjongketkan keningnya sebelah .
Aku menayangkan senyuman lebar . Tapi , muka aku time tu macam ...
Hemmm
"Apa pandang-pandang ?" Azril berkata kepadaku dengan suara yang sengau .
YOU ARE READING
Kau?Vampire?
VampireGenre : Vampire+Fantasy Semenjak berpindah ke sekolah dan rumah baru , Ayen Qarmila atau dikenali sebagai Yen terasa pelik dengan seorang lelaki yang sering mengenggam penumbuk bila terserempak dengannya . Dia .. Dia .. Jiran dan Schoolmate nya . ...