Part 16

3K 121 0
                                    

"Arissa tak datang ?"

  Alin menggelengkan kepala. Wajah kusut Zafir dipandang oleh Alin dan Naz.

"Kau dengan Ris, okay tak ? Kenapa aku tengok korang macam cuba jauhkan diri ?" Soal Alin.

  Naz menggelengkan kepala.

"Bukan korang, tapi Arissa. Kenapa aku tengok Arissa cuba lari dari kau ? Kau buat apa dekat dia ?" Soal Naz pula.

  Alin dan Naz menanti jawapan Zafir. Namun, Zafir hanya berdiam diri. Bibirnya ditutup rapat tidak mahu bertutur bicara.

"Kalau kau diam macam ni aje, macam mana aku nak tolong kau Zaf." Ujar Alin.

"Betul. Kau tak bagitahu apa sebab, macam mana kita orang nak tolong kau." Sokong Naz pula.

  Zafir masih diam. Fikiran nya ligat memikirkan Arissa.

  Salahkah aku jika aku mencintai kau Ris ? Salahkah aku ? Hati ini terlalu mencintai. Aku tidak mampu untuk menidakkan perasaan ini.

"Korang nak tolong aku kan ?" Ujar Zaf. Naz dan Alin menganggukkan kepala.

"Tolong bagitahu dekat Ris, aku masih menunggu jawapan dia."

  Alin dan Naz berpandangan antara satu sama lain. Di minda mereka berdua ligat memikirkan jawapan apa yang ditunggu oleh Zafir. Soalan apa yang membuatkan Arissa menjauhkan diri.

  Segalanya terlalu complicated.

______

"Arissa !!"

  Langkah Arissa mati. Dia menoleh ke arah suara yang menjerit memanggil namanya. Jantungnya mula berdetak laju. Pernafasan nya seperti tidak cukup oksigen.

"Kenapa kau larikan diri dari aku ?" Soal Zafir.

  Arissa menggelengkan kepala. Matanya tidak berani memandang tepat ke anak mata Zafir. Dia bagaikan kalah apabila matanya bertembung dengan mata Zafir.

"Mana ada aku lari. Biasa je." Jawab Arissa acuh tak acuh.

  Zafir mengeluh. Rambutnya disisirkan kebelakang.

"Tolong bercakap pandang aku Ris."

  Arissa menggeleng. Matanya dilarikan ke arah lain. Langsung tidak memandang Zafir walau sedikit.

  Drastik. Pipi Arissa ditolak lembut oleh Zafir. Mata mereka bertembung. Sekali lagi, Arissa kalah. Pandangan di larikan sekali lagi.

"Mata kau tak menipu perasaan kau Ris."

"Perasaan apa ?"

"Kau cintakan aku. Betul kan ?"

  Arissa menggeleng. Tidak ! Aku tidak cintakan kau. Langsung tak..

"Apa kau merepek ni ?"

"Kalau kau tak cintakan aku, pandang aku."

  Arissa berperang dengan ego. Terus, matanya memandang Zafir. Dia bertahan. Dia bertahan walaupun sudah kalah. Namun masih bertahan.

  Zafir tersenyum. Dia tahu, Arissa sedang mempertahankan egonya. Zafir.. bagilah dia masa.

"Aku tak cintakan kau." Ujar Arissa. Namun hatinya ragu ragu dengan kenyataan yang dia keluarkan sendiri.

"Auch. It's so hurt." Jawab Zafir.

Arissa melepaskan keluhan. Dia bersandar di keretanya.

"Aku selesa kita macam ni Zaf. Aku selesa kita jadi kawan macam ni. Aku tak nak rosakkan hubungan baik kita."

  Zafir senyum.

"Tak apa Ris. Aku faham. Tapi, kau jangan ingat aku dah mengalah. Aku akan tetap dapatkan hati kau. Dan aku akan tunaikan janji aku."

"Janji apa ?"

"Janji untuk bahagiakan kau. Aku akan tunaikan."

  Arissa tersentak. Pandangan sekali lagi dilarikan. Zafir tersenyum. Di hatinya, dia sudah meraikan kemenangan. Kemenangan kerana telah berjaya meruntuhkan ego Arissa.

"Dah malam ni. Kau balik lah. Maaf ganggu."

  Zafir berjalan meninggalkan Arissa. Arissa memandang sayu tubuh Zafir yang sudah berlalu pergi. Dia memejamkan mata. Bagaikan mencari sumber kekuatan.

"Aku sayang kau Zaf. Maafkan aku."

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now