Part 38

2.3K 74 0
                                    

Pertemuan yang dahulu nya bermula dengan perasaan benci dan menyampah, kini terikat dengan perasaan yang berbeza. Mudah sungguh hati ini berubah.

  Benci berubah kepada sayang. Mudah sungguh jalan cerita yang Tuhan telah aturkan ini. Tidak sangka, masa berjalan dengan pantas. Tidak sangka, tidak lama lagi masing-masing akan hidup bersama dan galas tanggungjawab bersama.

  Syukur. Syukur ke hadrat Ilahi. Syukur kerana diberi kesempatan waktu untuk menyayangi dan disayangi lagi.

  Kisah dahulu, luka lalu, tangisan pilu sudah dilupakan malah sudah dibuang jauh. Tidak mungkin dia ingin mengenangkan semua itu. Tidak mungkin dia akan benarkan perkara itu berlaku.

"Arissa."

  Arissa termati lamunan. Matanya memandang ke arah Zafir yang sedang memegang ais-krim di tangan nya. Ais-krim berperisa strawberry Zafir beri kepada Arissa. Arissa menyambut dengan senyuman.

"Lepas ni kita terus balik KL ke ?" Soal Arissa sebaik sahaja Zafir duduk di sisinya. Zafir mengangguk kan kepala.

"Awak ada nak pergi mana-mana ke ?" Soal Zafir pula. Arissa hanya menggeleng.

  Mereka kembali diam. Pemandangan pantai Klebang yang berada di hadapan nya, dipandang mereka bersama.

"Jangan tinggalkan saya."

  Zafir tersentak. Dia memandang wajah Arissa. Arissa masih tepat memandang ke arah pantai. Tidak bergerak bola matanya memandang ke arah Zafir.

"Iya Arissa, saya takkan tinggalkan awak. Apa pun terjadi, awak tetap akan ada dengan saya"

  Arissa senyum. Ais-krim dihabiskan dengan segera. Usai itu, mulut yang sedikit comot, di lap menggunakan tisu.

"Jangan tipu saya."

  Zafir tersentak lagi. Hatinya mula sedar sesuatu. Arissa berkelakuan aneh. Tidak seperti selalu. Hari ini, Arissa lain.

"Arissa, kenapa cakap macam ni hm ? Saya tak akan tipu awak. Janganlah macam ni." Pujuk Zafir dengan nada lembut.

"Saya takut Zaf, saya takut perasaan saya dipermainkan lagi."

"Awak tak percaya saya ?"

"Percaya."

  Zafir senyum. Zafir berganjak sedikit dan duduk di hadapan Arissa. Jarak mereka dekat.

"Percaya dengan saya, percaya dengan kata-kata saya. Saya tak akan tipu awak, saya tak akan mempermainkan perasaan awak. Saya tak akan buat semua tu."

"Boleh ke saya percaya kata-kata awak tu ?"

  Zafir senyum. Lengan Arissa yang berlapik dengan baju itu, dipegang olehnya.

"Kalau awak percaya dengan cinta kita, awak akan percaya dengan kata-kata saya."

"I love you."

  Hidung Arissa dicuit.

"I love you more than everything sayang."

  Arissa senyum. Entah jampi apa Zafir guna terhadap dirinya sehinggakan dia tidak mahu rasa kehilangan.

"Awak nak balik tak ?"

"Tak nak."

"Kenapa tak nak ? Kesian Alin dia rindu sangat dekat kawan dia ni."

"Tapi saya rindu awak."

  Zafir senyum lagi. Pipi Arissa dicubit perlahan.

"I miss you more."

CINTA LAST MINUTEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora