BAB 17

62 4 2
                                    

Setelah habis makan. Mereka semua duduk mengelilingi unggun api.

"Tujuan kita buat aktiviti macam ni sebab satu je. Noona nak korang eratkan lagi hubungan persahabatan. Noona tahu korang penat, dan tiada masa nak buat macam ni" kata Min Ah.

"Thanks noona. Kitorang tak pernah buat aktiviti macam ni. Kalau buat ramai-ramai tu pun sekadar shopping je. Kalau setakat macam ni,memang tak pernah" kata Ji Min. Min Ah tersenyum.

"Sebenarnya hari ni noona ada something noona nak berterus terang. Noona harap kamu semua dapat menerima dengan hati terbuka. Kalau lepas ni korang dah tahu, jangan marah pada noona ye" kata Min Ah.

"Bunyi macam serius je noona. Noona nak beritahu kitorang apa?" tanya Suga. Min Ah diam dalam 2 minit. Min Ah menarik nafas.

"Sebenarnya, noona adalah anak kepada Mr Jung Dong Hwan dan noona seorang doktor. Noona bukan apa yang korang nampak. Ni semua hanya penyamaran. Noona jadi manager korang sebab Mr Jung Dong Hwan yang suruh. Noona minta maaf sangat-sangat" kata Min Ah. Semua terkejut kecuali Ji Eun, Min Ho dan Jong Suk.

"Apa!?" kata BTS.

"So selama ni, noona tipu kitorang. Noona tak jujur dengan kitorang?" kata J-Hope.

"Tae Hyung dah agak dah noona ni bukan biasa-biasa. Patutlah noona pandai rawat Jin masa dia jatuh hari tu. Rupa-rupanya noona ni doktor. Sampai hati noona" kata Tae Hyung.

"Noona minta maaf. Bagi noona semua itu tak penting. Siapa noona itu semua tak penting. Noona tak pernah kisah pun siapa noona sebenarnya. Noona lebih selesa dengan hidup noona yang sekarang ni. Noona minta maaf sangat-sangat pada kamu semua" kata Min Ah.

 
"Ji Eun, hyung. Kenapa korang nampak macam takde apa-apa yang berlaku. Jangan cakap yang korang dah tahu" kata Nam Joon. Mereka bertiga pun mengangguk kepala.

"Kami berdua ni sebenarnya bodyguard Cik Min Ah" kata Min Ho.

"Noona minta maaf sangat-sangat. Jangan benci noona. Noona sayang dekat korang. Noona tak pernah ada keluarga macam ni" kata Min Ah. Semua kelihatan sedih setelah mendengar apa yang dikatakan Min Ah.

"Maaf Min Ah. Kitaorang faham situasi Min Ah. Kitaorang tak kisah siapa Min Ah sebenarnya. Kitorang semua maafkan Min Ah. Min Ah dah banyak tolong kitaorang. Min Ah banyak ubah cara hidup kitaorang. Dari bagun lambat sampai kitaorang bangun awal" kata Jin.

"Noona selalu jaga kitaorang. Noona selalu ambil berat pasal kitaorang" kata Tae Hyung. Min Ah tersenyum.

"Kami semua pun sayang noona. Noona ibarat omma kami" kata Jung Kook. Min Ah terharu dan mengalirkan air mata.

"Terima kasih semua. Noona pun sayang dekat korang" kata Min Ah.

"Sudah sudah. Tak yah nak sedih, kita kan dalam mood holiday. So semua ceria okay!" kata Jin.

"Okay!" kata semua.

"So, apa kata kita main game. Nak tak?" tanya Sonhae.

"Nak!" kata mereka. Malam tu mereka main banyak game. Mereka gembira, ketawa bersama-sama.

Esok. Pagi
"Hari ni hari terakhir kita bermalam dekat sini. Esok kita dah balik. So kita nak buat apa?" kata Jin. Semua sedang berfikir.

"Apa kata kita semua pergi memancing? Semalam Min Ho nampak ada orang memancing dekat hujung sana. Nanti ikan tu kita bolehlah masak" kata Min Ho beri cadangan.

"Menarik juga. Tapi tali pancing semua tu mana ada" kata Min Ah.

"Siapa cakap takde? Jong Suk dah siap bawakan" kata Jong Suk.

Manager Or Doktor?Where stories live. Discover now