BAB 28

54 2 0
                                    

Di bilik meeting.
Ji Eun dan Sonhae sedang berbincang mengenai album yang akan dikeluarkan pada bulan depan. Perbincangan itu mengambil masa dalam 1 jam setengah. Setelah selesai mereka berbual kosong.

"Unnie, ada dengar berita apa-apa tak pasal unnie Min Ah? Dah tiga tahun kita tak dengar khabar berita dari dia" kata Sonhae.

"Entahlah Sonhae. Unnie pun tak tahu apa yang jadi. Lepas unnie Min Ah pergi London terus takde contact unnie. Lost contact terus. Tak ada khabar berita langsung. Nak tanya Mr Jung, asyik tak ada dekat syarikat. Mungkin unnie Min Ah busy kot kat sana" kata Ji Eun. Tiba-tiba pintu diketuk.

"Masuk" kata Ji Eun. Pintu pun dibuka. Ji Eun dan Sonhae terkejut melihat kelibat Min Ah.

"Unnie!" kata mereka berdua. Lalu mereka bertiga saling berpelukan.

"Unnie, kata nak balik sini. Tiga tahun kami semua tunggu. Unnie terus takde contact dengan kitorang" kata Ji Eun.

"Masa dekat London telefon unnie hilang itu yang lost contact. Sorry lah unnie busy sikit dekat sana. Banyak pesakit" kata Min Ah. Lalu mereka duduk di kerusi.

"Unnie bila sampai sini?" tanya Sonhae.

"Semalam. Ini unnie ada belikan hadiah untuk kamu berdua. Kamu berdua sihat?" kata Min Ah.

"Kitorang sihat je unnie, cuma busy sikit. Banyak nak kena handle" jawab Ji Eun.

"Sekarang unnie tengok Ji Eun dengan Sonhae  makin cantik. Lain benar masa dulu" kata Min Ah. Ji Eun dan Sonhae tergelak.

"Takde yang lainnya unnie. Semua sama je. Mungkin sebab dah lama tak jumpa tu yang lain" kata Sonhae.

"Ouh ya lupa unnie nak cakap, malam ni unnie ambil kamu semua pukul 8.30 ya. Unnie buat makan malam. Semua unnie jemput" kata Min Ah.

"Okay unnie. Best tak kerja kat sana?" tanya Sonhae.

"Tak best sebab unnie busy sangat, sampai tak sempat nak jalan-jalan. Harap je duduk sana bertahun-tahun tapi bukannya ada masa nak jalan-jalan" kata Min Ah.

"Busy sangat tu unnie. Jangan workaholic sangat unnie. Nanti jatuh sakit" kata Ji Eun. Dia begitu risau melihat badan Min Ah yang agak kurus.

"So sekarang unnie dapat cutilah. Berapa lama?" tanya Sonhae.

"Unnie minta tukar dekat Korea. Lagi pun bulan ni unnie free sangat-sangat" kata Min Ah.

"Eloklah tu. Boleh pergi jalan sama-sama" kata Ji Eun. Min Ah menggelengkan kepala.

"Tak boleh. Sebab...hurm.. Nantilah unnie cerita ya. Jangan lupa malam ni. Unnie balik dulu. Bye" kata Min Ah.

"Yelah unnie, bye" kata mereka. Min Ah pun berlalu pergi.

"Unnie, rasanya apa sebab dia?" kata Sonhae. Dia tertanya-tanya apakah sebabnya. Ji Eun menjengkitkan bahunya.

Malam tu. Di Hotel 5 stars . Di tingkat yang kedua paling atas.

BTS sampai dulu.
"Noona! Cantiknya..." kata Tae Hyung. Min Ah tersimpul malu. Min Ah memakai gaun labuh berwarna biru berlengan pendek. Rambutnya dilepaskan. Mukanya diserikan dengan make up yang nipis. Memakai kasut bertutup dan tidak terlalu tinggi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Manager Or Doktor?Where stories live. Discover now