Bab 18

5K 199 6
                                    


  Ummm...cakapla apa syarat-syarat ko tu??? Auni memandang muka Qal yang telah sah menjadi suaminya sekarang..

Baiklah... syarat-syarat saya ialah:

1) Mulai harini awak tak boleh beraku engkau dah.. kena panggil saya.. abang..dan saya akan panggil awak sayang...Qal membuat muka nakalnya... Auni di sebelah menelan air liur...nak termuntah pun ada....

2) Lusa kita akan balik rumah belakang. Rumah abang. Rumah kita.
Abang nak kita hidup berdikari. Abang tak kesah sayang tak reti buat kerja rumah semua... belajar slow-slow... abang pun boleh tolong sayang... Pasal mak janganlah risau.. Bila-bila masa je sayang boleh pergi rumah mak.. bukan jauh pun kan... ok sayang??? Auni semakin gelisah dengan syarat-syarat Qal.... 😨😭😭😭

3) Tak ada istilah tidur bilik asing ke... atas sofa ke... jangan terpengaruh dengan drama ye... kita tidur sekatil... jangan risau... abang takkan sentuh sayang selagi sayang belum bersedia...
Aduhhhh...dia macam boleh baca je pikiran aku...ishhhhh...kata Auni dalam hati

4) Sayang kena mintak izin abang kalau nak pergi mana-mana... Jaga pergaulan.. Lepas ni abang akan hantar sayang pergi sekolah atau kemana-mana... Sayang jangan salah faham.. Abang bukan nak mengongkong sayang.. cuma abang tak nak terjadi apa-apa dekat sayang... cukupla haritu... abang rasa itu je syarat-syarat abang mintak.. Abang harap sayang boleh terima.....

  Auni menganggukkan kepala... ummmm.... baiklah aabaaang..... Adoiii.... tergagap aku nak panggil dia abang...bisiknya dalam hati... Haiqal tersenyum bahagia..

  Abang... Auni nak berterima kasih dekat abang sebab selamatkan Auni haritu.. Kalau abang  tak da masa tu... tak tahulah apa yang terjadi dekat Auni. Entah-entah... tak mungkin bernafas sampai hari ini.. atau jugak maruah Auni dah tergadai... humm.. mintak di jauhkan semua tu... Maaf haritu Auni terlupa nak ucap terima kasih...Auni memandang muka suaminya... mata mereka bersatu.. Ada sinar di mata itu...

  Haiqal memegang tangan Auni.. Sayang, janganlah fikir benda tu lagi. Abang mintak maaf sebab ingatkan sayang semua tu... Abang akan lindungi sayang sehingga akhir nyawa abang.. Haiqal merasa tangan Auni sejuk dan menggigil.. mungkin dia masih lagi trauma kejadian itu..

    Auni mencium tangan suaminya...
Hatinya tersentuh mendengar semua itu... terasa suatu perasaan yang tenang dan rasa di lindungi.... Auni bersyukur mendapat suami yang baik seperti itu. Sekarang dia sudah berasa tenang kerana lelaki itu telah mendapat pembalasannya..
Dia masih ingat lagi.. keesokkannya selepas kejadian itu Makcik aka Nenek Munah datang ke rumahnya memohon maaf  di atas perbuatan cucunya... Dia merayu agar tidak melaporkan kepada polis.. Dia memberitahu cucunya mengalami ganguan mental akibat penceraian ibu bapanya.. Dia melihat sendiri bapanya pergi bersama seorang perempuan mukanya mirip seperti Auni dan meninggalkan dia dan ibunya... Baru-baru ini ibunya baru meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan sebab itulah dia tinggal bersama Nek Munah sekarang.... Jefri sebenarnya seorang anak yang baik dan bijak tetapi kerana semua itu menjadikan dia begitu.... sesekali Nek Munah mengelap air matanya dengan lengan bajunya... Nek Munah memberitahu pihak hospital bahagia membawa cucunya untuk di beri rawatan...Dia sendiri yang menelefonnya. Jadi Auni tidak perlu takut lagi...Mak Leha dan Auni yang mendengar kasihan melihat kehidupan Nek Munah.... Sudahla tinggal seorang... Anak perempuan iaitu satu-satunya anaknya juga pula sudah meninggal. Baru nak menumpang kasih sayang cucu, cucu pulak mengalami gangguan mental.. Menitis juga air mata mereka... Auni memeluk Nek Munah  dan mengatakan dia telah memafkan semuanya dan biarlah semua ini sampai sini sahaja.. dia takkan memanjangkan dan melaporkan kepada polis. Nek Munah membalas pelukkannya dan mengucapkan terima kasih. Mak Leha bersyukur semuanya telah selesai dan bangga mempunyai anak yang sebaik itu...

  Sayang...sayang.... Haiqal memetik jari di depan mata Auni... jauh betul dia melihat isterinya berangan...

  Ha...a..apa.. Auni tersedar dari lamunannya dan kembali ke dunia nyata... mukanya merah menahan malu apabila Haiqal menangkap dia sedang mengelamun..

  Haiqal ketawa melihat telatah Auni. Comel...

  Auni masih malu dan menunduk.. dia tidak menyangka Haiqal sebenarnya nakal.... pelik pun ada... perangai suaminya berubah 360 darjah selepas mereka berkahwin... Hilang sifat pemalunya....

  Ha...berangan lagi.. ingat pakwe mana lah... suami yang hensem depan mata ni pun dia tak layan.... dah.. jom tidur. Tu tuala tu... pergi sangkut.. Kita dah sah... semua sayang punya hak milik abang... sempat lagi Haiqal menyakat isterinya.. Dia sudah merebahkan badannya di atas katil.. penatnya semakin terasa.. matanya juga berat.. akhirnya dia terlena..

  Auni malu mendengar usikan suaminya... Dia segera bangun dari katil dan pergi menyangkut tualanya. Tiba-tiba dia mendengar dengkuran halus dari suara suaminya.. ehhh... dah tidur.. baru je membebel tadi... penat sangat agaknya.. Dia menutup lampu bilik dan bergerak ke katil. Dia  perlahan-lahan naik ke atas katil takut menganggu suaminya tidur... Dia baring menghadap suaminya... sempat lagi dia merenung muka suaminya yang tenang dan hensem itu melalui cahaya bulan yang masuk dari celah rumah..

"Terima kasih Ya Allah kerana menjodohkan aku dengan dirinya.... Moga ikatan perkahwinan ini kekal selamanya...... "
Akhirnya dia juga terlena di buai mimpi indah...............

BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️Where stories live. Discover now