Bab 26

5.5K 179 6
                                    

"Berhenti!!!! "

   Seseorang muncul di muka pintu masjid dengan termengah-mengah.... semua yang berada di situ terkejut mendengar jeritan itu................

"Ustazah Hidayah!!!! Kenapa dengan awak ni?? Macam kena kejar hantu je...." kata pengetua aka Ustaz Syukor dengan kening yang berkerut....

"Maafkan saya semua... Majlis ini perlu di hentikan! Pengetua, ada sesuatu yang saya nak tunjukkan pada pengetua..." kata Ustazah Hidayah...

   Pengetua lalu bangun dan menghampiri Ustazah Hidayah... Ustazah Hidayah menunjukkan sesuatu kepadanya... Pengetua kemudiannya menggelengkan kepala selepas melihat semua itu... Mulutnya tidak henti-henti beristighfar... Hatinya mula terbit rasa bersalah yang tak tertanggung rasanya... Mereka yang melihat raut wajah pengetua yang agak tegang itu semakin tertanya-tanya...
Apa dah berlaku ni......????

  Pengetua kemudian mengambil benda tersebut dan menghampiri tok kadi lalu menunjukkannya... Tok kadi mengangguk paham selepas melihatnya...

Ustazah Sheila yang berada di saff perempuan juga terpinga-pinga majlisnya tiba-tiba di hentikan.....

"Ishhhh..pahal la pompuan ni!Mengacau majlis aku je!!! "  Marah Ustazah Sheila di dalam hati...

  Pengetua kembali kepada Ustazah Hidayah dan menyuruh mengangkat langsir di saff perempuan... Dia ingin semuanya mengetahui kebenaran lagi-lagi daripada Ustazah Sheila... Ustazah Hidayah menganggukkan kepala tanda faham lalu melakukannya... Sekarang semuanya jelas di depan mata... Pengetua kemudian berdiri di depan Ustazah Sheila...

  "Ustazah Sheila, boleh awak terangkan pada saya apa semua ni??" Tanya pengetua dengan tegas di hadapannya dengan memberikan telefon yang mempunyai rakaman cctv tentang kejadian sebenar...

  Ustazah Sheila yang melihat rakaman kejadian itu mula pucat lesi mukanya.. Dia tidak menyangka ada cctv di bilik darjah tersebut....

   "Abisla aku!!!! Kuang ajar ko Ustazah Hidayah!Rosak semua rancangan aku!!! Kalau ko lambat tadi sampai mesti aku dah sah jadi hak dia!!!! Jaga ko!Aku akan bunuh ko!!" Membara hati Ustazah Sheila seperti tidak melakukan kesalahan dengan merenung tajam Ustazah Hidayah...

Pengetua yang berada di depannya masih menunggu jawapan dari mulut Ustazah Sheila... Mereka yang lain juga tertanya-tanya apa yang di lihat oleh Ustazah Sheila sampai wajahnya menjadi pucat sebegitu...

  Arghhh,sudahla!!!Tiba-tiba Ustazah Sheila bangun dan berlari keluar... Dia segera masuk ke dalam kereta dan laju keluar dari kawasan  perkarangan masjid.....

  Haiqal, Auni dan Mak Leha segera bangun menghampiri pengetua untuk meminta penjelasan.. Pengetua memberikan rakaman cctv yang di salin oleh Ustazah Hidayah dan di pindahkan ke telefon tersebut kepada Haiqal.... Barulah Haiqal faham sekarang.... Dia terus sujud syukur kerana Allah mendengar doa insan teraniya sepertinya.... Auni dan Mak Leha memanjatkan kesyukuran sambil mengalirkan air mata bahagia... Auni segera pergi menghampiri Ustazah Hidayah dan memeluknya erat.....

  " Ustazah... terima kasih untuk segalanya... terima kasih menyelamatkan rumah tangga saya dan maruah suami serta keluarga saya...Saya tak tahu macam mana nak balas budi Ustazah yang tak ternilai ni.." katanya sambil menangis teresak-esak di bahu Ustazah Hidayah....

" Alhamdulilah Auni... semuanya dengan iziNya... Doa orang-orang teraniya selalunya di makbulkan Allah S.WT..." Kun Fayakun..." Bila Dia menghendakkan sesuatu terjadi maka jadilah... Dah... jangan menangis lagi... Apalah sangat jasa saya... Saya bersyukur sangat dapat menyelamatkan rumah tangga awak daripada musnah oleh orang yang kejam seperti Ustazah Sheila..." kata Ustazah Hidayah sambil mengusap belakang Auni dengan lembut....

  Pengetua kemudian menjelaskan kepada semua yang berada di dalam masjid itu... Dia juga meminta maaf kepada Haiqal sekeluarga kerana mengambil tindakan melulu tanpa menyiasat terlebih dahulu.... Dia juga berterima kasih kepada Ustazah Hidayah kerana membongkar kebenaran sebenar... Dia juga berharap semuanya habis di sini sahaja... tak perlulah membuka aib mereka kepada sesiapa... Mereka yang mendengar menganggukkan kepala tanda faham.. Semuanya bangun untuk pulang ke rumah masing-masing kerana hujan mula membasahi bumi malam itu...

Pengetua kemudian memeluk Haiqal dan meminta maaf sekali lagi sebelum pulang... Haiqal tersenyum dan mengatakan dia memaafkan segalanya... Dia menganggap semuanya ujian Allah S.W.T padanya.. Pasti ada hikmah di sebaliknya...

  Haiqal menghampiri Auni dan Mak Leha yang telah menunggu di luar beranda masjid... Hujan turun semakin lebat dan sesekali kilat memancar di dada langit... Mak... Haiqal mintak maaf ye sebab susahkan mak.. Haiqal mencapai tangan Mak Leha dan mengucup tangan emak mertuanya

"Dahla tu Haiqal... Kita lupakan semua ni.. Lagipun dah terbukti kamu tak bersalah...dah.. jomlah kita balik...dah lewat ni... Hujan pun semakin lebat ni.." Kata Mak Leha.. Auni di sebelah hanya mendiamkan diri dari tadi kerana takutkan kilat.....

  Yelah mak.. Mak dengan Auni tunggu sini.. Biar Haiqal ambilkan payung dulu.. tanpa berlengah dia segera berlari di dalam hujan dan kembali memayungkan mereka seorang demi seorang.. Nasibla keretanya tidak jauh sangat.. Semasa dia memayungkan Auni sempat lagi dia berkata ..."Abang sayangkan sayang" sambil memeluk isterinya erat.... Auni di sebelah tidak mendengar dengan jelas kerana bunyi kilat yang kuat secara tiba-tiba....

  Selepas menghantar Mak Leha... mereka terus balik ke rumah mereka...

Abang pergilah mandi dulu.. Nanti demam pulak.. Auni menghulurkan tuala...

Jomlah kita mandi sekali... Sayang pun kena hujan jugak tadi.... kata Haiqal dengan muka gatalnya...

Eeeee... gatalkan... nak kena sepit ke??? Auni menunjukkan sepit ketamnya.. Mukanya merah menahan malu..

Haiqal segera berlari masuk ke bilik air takut di sepit Auni... pedih oooo....
Auni ketawa kecil melihat telatah suaminya...

 " Sayang... meh duduk sebelah abang.." panggil Haiqal...

Auni yang baru siap menyikat rambut mendekati suaminya.... Lalu dia melabuhkan duduknya di sebelah Haiqal...

  "Sayang... abang nak minta maaf pasal tadi dan sebab tadi juga kita tak dapat raikan hari jadi sayang.. Abang janji besok kita raikannya... Terima kasih juga sebab percayakan abang..." Haiqal memegang tangan isterinya sambil menatap wajah isterinya sambil tersenyum...

  "Abang tak payahla berterima kasih dekat sayang sebab yang selamatkan rumah tangga kita Ustazah Hidayah dan juga atas izin Nya....Lagipun sayangkan isteri abang...Sayang sentiasa percayakan abang sebab sayang tahu abang takkan buat benda-benda macamtu... " Lagi satu abang tak payahla mintak maaf kat sayang...abang tak buat salah apa-apa pun...Birthday tu tak penting.. yang penting sayang dapat balik suami sayang...."Auni membalas dengan memberikan senyuman paling manis kepada suaminya.... "Terima kasih Ya Allah...." bisiknya di di dalam hati.....

  Malam itu rasmilah Haiqal dan Auni menjadi suami isteri yang sebenar dengan menjalankan tanggungjawab suami isteri yang di tuntut agama... Auni sudah bersedia menjalankkan tanggungjawabnya dengan rela hati..
Malam itu mereka ditemani hujan lebat di luar rumah dan suasana yang cukup dingin.... (korang paham-paham sendiri la ye😜)

    ..............................................

" Ktkong........tong........tong.........."

  Sorry kalau panjang sangat sis tulis campur merepek sikit..harap korang suka dan tekan 🌟😘😘😘

 

BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️Where stories live. Discover now