E | BAB 4

79.2K 3.5K 21
                                    

Silauan cahaya matahari yang menerombos masuk melalui celah-celah langsir, membuatkan Dheya yang sedang tidur pulas terjaga.

Dheya bangun sambil membetulkan T-shirt labuh milik Ashrell yang dipakainya dan dipadankan dengan seluar pendek separas peha. Kaki bergerak mengatur langkah menuju ke sliding door lalu pintu dibuka.

Hmm... Tenangnya.

Rasa macam berada di tempat peranginan yang tinggi. Kulit tubuhnya yang terdedah dapat merasakan angin yang bertiup lembut. Nyaman.

Mata diliarkan ke sekeliling. Banglo mewah ini terletak jauh sedikit daripada kawasan kejiranan dan dikelilingi hutan kecil di kiri dan kanannya.

Pintu bilik diketuk dan dikuak daripada luar. Dheya memalingkan wajah ke arah muka pintu. Terpancul susuk tubuh Cik Gayah yang sedang membawa beberapa beg kertas di tangan.

"Apa ni Cik Gayah?" soal Dheya sambil menyambut huluran beg dari Cik Gayah. Isi beg ditarik keluar. Terdapat beberapa helai  T-Shirt perempuan berlengan panjang dan juga kain batik.

"Ni Rell yang bagi. Cik Gayah tak tahu bila dia pergi beli. Tahu-tahu dia suruh bagi dekat Dheya." terang Cik Gayah.

"Nanti dah siap turun bawah sarapan. Kita sarapan sama-sama. " sambung Cik Gayah sebelum mengatur langkah keluar daripada bilik.

Dheya tersenyum mendengar jawapan Cik Gayah.  Ashrell? Lelaki yang dingin semacam dengan dia semalam rupa-rupanya baik hati jugak. Ingatkan macam Monster, garang semacam.

Selesai sahaja mandi, Dheya berlalu turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Terdengar sayup-sayup suara Cik Gayah yang sedang bernyanyi-nyanyi kecil di dapur. Dheya ketawa kecil.

"Cik Gayah!" sergah Dheya, mengusik. Entah kenapa dia berasa selesa berbual dengan Cik Gayah walaupun baru semalam mereka berjumpa.

"Opocot!" latah Cik Gayah. Nasib baik tak terpelanting pisau ditangan. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi.

Dheya tarik sengih.

"Sorry, Cik Gayah. Dheya tak tahu pulak Cik Gayah melatah." pinta Dheya memohon maaf. Cik Gayah tersenyum kecil.

Terhibur sebentar hidupnya apabila dapat bergurau senda dengan kaum hawa. Maklumlah di rumah ini hanya dia sahaja perempuan.

Ashrell bukannya ada beradik perempuan. Lelaki itu anak tunggal dalam keluarga besar Tan Sri Ashraf Lee dan Puan Sri Maira.

Orang tua Ashrell sekarang menetap di Dubai,  menguruskan syarikat keluarga mereka di sana.

"Hurm.. Takpelah. Ni Dheya macam mana tidur semalam? Okay?" soal Cik Gayah prihatin. Dia risau kalau Dheya trauma dan tidak boleh melelapkan mata.

"Dheya okay." jawab Dheya yakin.  Cik Gayah tersenyum mengangguk. Dia tahu Dheya Nasuha,  seorang gadis yang cekal dan kuat semangat.

"Cik Gayah, kenapa sunyi je rumah ni? Faliq dengan Ashrell mana? " tanya Dheya. Dari tadi dia tak nampak batang hidung dua orang lelaki itu. Takkan tidur lagi kut?

"Diorang awal pagi lagi dah keluar. Ke mana tu Cik Gayah tak tahu. Memang kalau hujung minggu macam ni, budak berdua tu keluar awal. Nanti tengah hari, balik lah tu." beritahu Cik Gayah lagi.

Dheya mengambil tempat duduk di kerusi makan sambil memerhati Cik Gayah bekerja. Dia ada jugak sesekali membantu Cik Gayah mengemas rumah walaupun dilarang keras oleh wanita itu.

Selesai tolong Cik Gayah, Dheya berjalan melihat kawasan rumah agam itu. Sedang dia asyik melihat kawasan rumah, terdengar bunyi seperti pinggang mangkuk berlaga di dapur. Macam ada orang di sana.

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now