Bab 30

50.5K 2.1K 44
                                    

Sudah seminggu Ashrell berada di Barcelona . Dan hanya beberapa kali sahaja , Dheya menerima mesej atau panggilan daripada suaminya .

Dheya tersenyum gembira apabila Faliq memberitahunya yang mungkin malam ini  mereka akan sampai ke Malaysia .

Kerana terlampau gembira untuk menyambut kepulangan suaminya , Dheya merancang untuk memasak menu yang istimewa . Sekarang , mereka berada di pasar raya untuk membeli bahan masak .

“ Kak , Hany nak pergi toilet kejap . Akak tunggu sini tau . ” pamit Stephany seketika untuk ke tandas .

Dheya mengangguk . Dia masih ralit memilih bahan masak berdasarkan resepi yang dicari bersama MakCik Google .

Daripada ekoran mata , Dheya dapat merasakan seperti ada seseorang yang memerhatinya dari jauh . Kepala didongak dan mata melilau ke sekeliling .

Mencari - cari sosok atau sesuatu yang ganjil di matanya . Namun hampa . Tiada apa yang mencurigakam . Semua orang sedang ralit membeli barang bersama keluarga .

Kadang - kadang , timbul rasa cemburu dan sedih pabila melihat semua orang membeli barang rumah bersama keluarga . Tapi dia ? No comment .

Keluhan lembut dilepaskan . Dia malas mahu memikirkannya . Lebih baik , dia cepat - cepat memilih barang sebelum terlewat .

Selepas siap membuat pembayaran , Dheya menolak troli dan menunggu kedatangan Stephany di bangku berdekatan dengan pintu masuk .

Telefon di dalam beg diambil dan dibuka . Satu pesanan daripada Shuben💞 menarik perhatiannya .

Shuben💞 ;
Aku baru on the way nak pergi airpot . Kau tengah buat apa ? Kenapa aku call , kau tak angkat ?

Mi Amore❤ ;
Awak ada call saya ke ? Sorry tak perasan . Saya tengah tunggu Hany sebab dia pergi toilet . Kitaorang dekat pasar raya .

Shuben💞 ;
Hmmm...Okay . Mi Amore , Kau marahkan aku ke sebab tak selalu call kau ?

Mi Amore❤ ;
Taklah . Saya tak marah pun . Buat apa nak marah . Awak kan sibuk.... Saya faham .

Shuben💞 ;
Aku tahu aku salah . Aku minta maaf eh..

Mi Amore❤;
No comment . Bye !

Aplikasi mesej ditutup dan telefon di simpan semula ke dalam beg . Sakit hati yang dirasakan semakin menjadi - jadi apabila membaca mesej yang dihantar oleh Ashrell .

Bahu kanannya disentuh oleh seseorang . Dheya menoleh dan tersenyum . Stephany melabuhkan punggung di sisi Dheya .

Sorry akak , lambat sikit . Toilet tu ramai orang . Akak dah habis bayar ? Jom ! Kita balik . ” ujar Stephany . Troli diambil .

Dheya mengangguk dan membontoti langkah Stephany . Mereka sekarang bergerak ke tempat parking kereta .

Kerana tidak mahu bersesak dengan orang , mereka memakir kereta di tempat letak kereta yang jauh sedikit daripada orang .

Dengan baik hatinya , Dheya menawarkan diri untuk meletakkan barang di bonet kereta . Stephany mengangguk dan berlalu ke tempat pemandu .

Baru sahaja , Dheya mahu memasukkan barang ke dalam bonet , tiba - tiba sahaja ada tangan yang menutup mulutnya menggunakan tisu .

Dheya terkejut dan menoleh ke belakang . Wajah seorang lelaki yang bengis menyapa pandangannya . Dia cuba melepaskan diri dan meminta tolong .

Stephany yang mendengar sayup - sayup teriakkan seseorang dari arah belakang kereta , dengan segera keluar daripada kereta .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now