Seperti yang dijanjikan minyeon dan mingyu keluar bersama disebuah pagung wayang cerita romantis menjadi pilihan pasangan itu. Mereka duduk bersama popcorn dan air coke ditangan. Hampir 2 jam cerita itu tamat dengan ending yang tidak disangka buruk jadinya. Minyeon yang dengan mata sedikit merah kerana menghayati cerita tersebut menenangkan hati serta dibantu oleh mingyu. Puas mingyu memujuk agar minyeon tenang akhirnya berjalan lancar. Kadang kala mingyu tergelak kecil dengan telatah minyeon yang menangis itu. Mereka seperti pasangan bahagia.
Tapi ia bahagia bagi minyeon sahaja. Mingyu mengajak minyeon ke sebuah tasik yang agak berhampiran untuk menenangkan lagi hati minyeon. Berjalan dikawasan itu tidak lekang lengan kiri mingyu memeluk pingga ramping minyeon. Mereka duduk disebuah bangku kayu yang tersedia untuk para pelangcong kunjungi. Minyeon amat fokus pada pemandangan tasik manakala mingyu melihat sisi wajah minyeon. ''Hurm macam mana? Sedih lagi ke nie? Tanya mingyu lembut keadaan minyeon. Minyeon tersenyum manis lalu hanya mengangguk ia.
"Tu story jer laa.. jangan laa serius sangat.." kata mingyu. "Saya tahu awak.. tapi di dunia yang nyata ada jugak berlaku dan macam2 kesakitan kisah cinta yang tak dapat kebahagiannya.. saya harap dan berdoa agar kisah cinta saya bukan yang seperti itu..." luah minyeon seperti seorang yang pakar cinta. Mingyu hanya terdiam seketika dengan apa yang didengarkan. Minyeon memandang kewajah kacak mingyu disebelahnya dan mingyu membalas tatapan minyeon. "Awak tak akan tinggalkan saya atau apa2 yang tak baik kat saya kan?"
Tanya minyeon membuatkan mingyu ingin lari tinggalkan minyeon. Mingyu menggelengkan kepalanya perlahan. "Tak.. tapi kalau dah jodoh tak ada nak buat macam manakan? Betul tak?" Tanya mingyu kembali seperti ingin berdebat. "Yup betul.. tapi jodoh walaupu cinta pertama pasti boleh kekal kalau kita pandai menjaganya." Jawab minyeon senyum dan memandang ke arah tasik semula. Mingyu seperti ditikam panah mendengar jawapan minyeon yang tidak dapat dibalas. Dia seperti orang terkalah didunia ini. Mingyu hanya diam.
Minyeon memandang ke arah mingyu. "Awak okey? Diam pulak dia.." tanya minyeon. Mingyu dari tadi memandang wajah minyeon merapatkan bibirnya ke bibir minyeon dengan kedua matanya pejam. Minyeon yang terkedu dengan tindakan mingyu hanya membiarkan dan memejamkan mata seperti rela. Mingyu mula tersedar berasa tindakkan agak bodoh melepaskan bibir minyeon. "Ma..maaf.. tak sengaja.." "ehh tak ape.." potong minyeon sebelum habis ayat mingyu. "Btw.. first kiss ker?" Tanya mingyu ingin tahu. Minyeon tidak bersuara hanya mengangguk tanda ia dengan sedikit malu.
Mingyu tertawa serta minyeon yang masih berasa malu. Tapi mereka tidak tahu ada sepasang mata sayu memandang kearah mereka di tasik itu disebalik pokok. Hatinya mempunyai dua rasa iaitu bahagia dan sedih. Bahagia melihat minyeon bersama mingyu manakala sedih minyeon dipermainkan oleh jejaka kacak didepan matanya itu. Matanya juga tidak henti mengalirkan airmata menahan kesakitan dihati yang terpaksa meneruskan pembohongan itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk beredar pulang kerana tidak sanggup melihat minyeon.
Skip
Hubungan minyeon bersama mingyu menjadi sediakala dapat meluangkan masa bersama tetapi kadangkala terjadi juga tidak dapat berjumpa yang pasti berpunca daripada mingyu yang sering memberi alasan. Tetapi minyeon cuba faham akan mingyu dan tidak mahu ingin seperti mengongkong mingyu. Mingyu dan jisoo ada masanya bergaduh juga kerana perancangan bodoh itu tetapi mingyu masih berdegil. Jika dilawan juga mingyu akan melepaskan nafsu kepada jisoo seperti binatang buas kelaparan. Jisoo sayang mingyu tapi dia beralah untuk minyeon.
Minyeon yang sedang mengemas bilik belajar ditaska itu tiba2 didatangi seorang kanak2 perempuan yang menangis keesakan. Minyeon yang amat menyayangi kanak2 kecil membuatkan dia risau. "Youngji? Kenapa nangis nie?" "Hiks hiks.. omma... tak ada.. pun hiks hiks.. nak omma... hiks hiks..." jawab youngji. "Youngji omma kamu tak datang lagi.. erm.. ouh yea.. cikgu lupa.. omma kamu suruh balik dengan cikgu hari nie.. sebab omma kamu balik malam.. maaf laa cikgu lupa laa sayang" terang minyeon. Sungguh dia lupa akan perjanjian itu lalu memeluk anak itu erat.
YOU ARE READING
I Did Wrong (18+++)
RomanceLee Minyeon bersama Kim Mingyu mempunyai hubungan istimewa. Minyeon amat setia dengan perhubungan tersebut tetapi tidak bagi mingyu yang tiada sedikit perasaan terhadap minyeon. Dia hanya ingin memainkan perasaan minyeon sahaja. Pertunangan berlaku...
