Buat setakat ini hanya moment Minyeon dan keluarga Jeon... Tapi jangan risau watak mingyu dan jisoo masih ada juga di chapter yang lain nanti.. Maaf kepada fans mingyu dan jisoo...
Puan jeon tidak dapat menahan sebak dengan apa yang diceritakan oleh minyeon dengan apa yang sebenar terjadi. Minyeon mengambil sehelai kain kainnya dan diberi kepada puan jeon, puan jeon juga tidak menolak malah menerima pemberian minyeon. Puan jeon tidak menyangka minyeon menghadapi masalah besar dan menghadapi dengan sedirinya. Puan jeon juga amat kagum dengan semangat minyeon yang terus menerima segala dugaan. Minyeon mengurut lembut bahu puan jeon untuk menenangkan hati puan jeon. Minyeon dengan sedikit senyuman manis mamandang ke arah puan jeon dan mereka bertentangan mata.
"Minyeon.. aunty tak sangka kamu begitu tabah... Maaf aunty tak sempat angkat call kamu minyeon..hikss hikss.. aunty tak sempat..." "tak aunty.. tak.. bukan salah aunty... dah memang takdir minyeon hidup dengan cara yang macam nie.. jadi berhenti salahkan diri aunty" celah minyeon memujuk puan jeon. "tapi aunty tetap salah--" "tak... aunty tak salah pun.. tolong.. jangan salah diri aunty.." sayu sahaja suara minyeon. "huh.. yelaa" kata puan jeon mengalah dengan pujukkan minyeon. Sungguh dia sayang akan minyeon sehigga tidak mampu menolak pujukkan minyeon. "so macam mana dengan youngji kat taska aunty?" tanya minyeon.
"erm.. teruk sikit laa minyeon.." jawab puan jeon sambil memandang kearah anak kecilnya yang sedang bermain buaian. "teruk? kenapa aunty?" tanya minyeon lagi yang ingin tahu. "Sejak minyeon berhenti dan hilang tanpa khabar berita.. youngji jadi malas nak ke taska.. kurang makan minum.. menangis dan mengigau.. semua sebab dia rindu kan minyeon..." terang puan jeon membuat minyeon terdiam kaku. Minyeon mengalihkan pandangannya ke arah bekas anak murid kesayangannya itu. Sungguh tidak percaya dengan apa yang didengarinya dari mulut puan jeon.
"Sampai macam tu sekali youngji rindukan minyeon aunty.." "yea minyeon.. dan sampai kena tahan wad sebab demam panas.." sambung puan jeon. Minyeon tertunduk kepalanya dan menangis teresak2. "Kenapa minyeon nangis?" "saya tak sangka youngji akan jadi macam tu sekali.. kalau saya tahu akan jadi macam tu.. saya tak akan hilangkan diri dan tinggalkan dia.." luah minyeon. Youngji yang terlihat keadaan minyeon seperti itu mula hairan malah mendekati minyeon dan puan jeon berada. "Erm? omma? kenapa cikgu min menangis? ouhh.. omma buat yea... haha tak tahu.." kata youngji bergurau.
Tidak sempat puan jeon menjawab minyeon pantas memeluk tubuh kecil youngji erat. "Cikgu? kenapa cikgu menangis?" tanya youngji kepada minyeon. "Mian youngji hikss.. sebab tinggalkan kamu macam tu sampai kamu sakit.. hikss hikss mian.." mohon minyeon membuatkan youngji sedikit tertawa. "hehe alaa cikgu.. tak apa laa.. saya mungkin tak tahu dan tak faham sebabnya cikgu hilangkan diri tiba2 tapi saya akan cuba untuk fahamkan.. dan saya tak boleh buat apa kalau itu keputusan cikgu.. dan saya akan setia tunggu cikgu pulang dan berjumpa dengan cikgu.. betul apa oppa youngji pernah cakap hehe" terang youngji yang teringat kata2 abangnya yang sedang memujuknya.
Tapi minyeon masih belum berhenti menangis kerana sungguh serba salah dengan apa yang dilalui youngji bekas muridnya. "Okeyy.. dah2.. macam nie.. sekarang aunty nak bincang sikit tentang kamu nie.. kamu duduk mana sekarang minyeon?" tanya puan jeon. Minyeon mengelap airmata yang masih tersisa dipipinya. "tak tahu aunty lagi aunty.. hari nie saya baru saya check out hotel.. mungkin saya akan ke tempat lain.. atau ke jeju ke.. nak cuba tenangkan fikiran.." jawab minyeon tersenyum paksa kepada puan jeon. "Laa kenapa nak pergi jauh.. erm.. apa kata kalau minyeon duduk dengan aunty nak tak?" cadang puan jeon.
YOU ARE READING
I Did Wrong (18+++)
RomanceLee Minyeon bersama Kim Mingyu mempunyai hubungan istimewa. Minyeon amat setia dengan perhubungan tersebut tetapi tidak bagi mingyu yang tiada sedikit perasaan terhadap minyeon. Dia hanya ingin memainkan perasaan minyeon sahaja. Pertunangan berlaku...
