✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Rafie mana? Tok kadi dah sampai ni. Suruh dia keluar. Ana pun sama. " Arah Encik Raihan. Rafiq mengangguk. Bilik Rafie di tuju sebelum di ketuk. Beberapa saat kemudian, pintu bilik di kuak dari dalam.
"Nuar, abang Raf dah boleh keluar dah. Tok kadi dah sampai. " Anuar mengangguk. Pintu bilik di tutup. Rafiq menuju pula ke bilik sebelah. Pintu di ketuk sebelum wajah adik sepupunya menjenguk di sebalik pintu.
"Suruh kak Ana keluar. Dah nak mula dah. " Ujar Rafiq. Aminah mengangguk faham.
Selepas beberapa minit menunggu, kelibat Ana muncul dengan baju pengantin yang tersarung indah di tubuhnya. Tempat khas untuknya di belakang bakal suaminya di tuju dengan Alyah dan Aminah di kiri dan kanannya.
"Boleh kita mulakan? " Soal jurunikah. Wajah Encik Raihan dan pakcik Aylana di pandang. Kedua-dua mereka mengangguk. Wajah pengantin lelaki di depannya pula yang di kerling.
"Pengantin lelaki dah sedia? " Soalnya. Rafie mendongak.
"Dah. " Balasnya yakin.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
"Assalamualaikum. " Encik Raihan yang sedang bersembang dengan saudara maranya yang masih ada di bawah kanopi itu menjawab salam seraya menoleh kebelakang sebelum dia terkedu."Waalaikumussalam.... " Lama dia memerhati anak muda yang berdiri tidak jauh dari mereka. Puan Rozyta yang baru muncul dari belakang rumah turut terkedu. Birai matanya perlahan-lahan mengeluarkan cecair putih.
Rafiq, adik beradik, sepupu-sepupunya serta makcik dan Pakciknya turut terkedu. Mata mereka merenung lelaki itu dengan mulut bungkam.
"Mama sihat? " Soal lelaki itu setelah sekian lama berdiam diri. Secalit senyuman bahagia terbentuk bila melihat wanita yang melahirkannya berdiri di depannya.
"Mama sihat... " Ujar Puan Rozyta sebak. Kakinya melangkah menghampiri lelaki itu. Tubuh lelaki itu di peluk erat. Rindu yang di tanggung selama dua puluh enam tahun di lepaskan di dada lelaki itu. Walaupun ini pertama kali mereka bersua muka selepas dua puluh enam tahun tapi dia tetap mengenali wajah itu.
"Razmy sihat? " Soal Puan Rozyta setelah beberapa minit menghamburkan tangisan rindunya. Lelaki itu mengangguk. Kepala di dongakkan. Wajah-wajah yang memandangnya pelik di renung satu persatu. Ayahnya di hampiri sebelum di salam.
"Ayah.... " Gumamnya sebelum tubuh kaku Encik Raihan di peluk erat. Akhirnya pencariannya berakhir. Usahanya selama beberapa tahun membuahkan hasil.
"Si... Siapa ni yah? " Soal Rafiq setelah beberapa minit. Pelik benar yang dirasakan bila melihat wajah itu.
"Ni... Adik kamu. "
"Adik?? " Soal Rafiq, Rafie, Amani dan Alyah serentak. Terkejut benar mereka berempat bila mengetahuinya. Adik mereka itu di kerling.
"Kembar Razzy. " Puan Rozyta bersuara.
"Kembar?? " Razmy menyoal pelik. Dia tak pernah tahu pun. Keluarga angkatnya tak pernah beritahu pun yang dia ada kembar.
"Ya. Razmy abang kembar Razzy. " Balas Puan Rozyta. Suaminya di hampiri. Encik Raihan yang memahami perilaku isterinya menarik lengan anaknya itu agar duduk. Razmy menurut. Kerusi di depan ayahnya di tarik sebelum melabuhkan duduknya.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...