BAB 37

6.4K 198 0
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


Rubyah pantas memanggung kepala bila aras paling tinggi itu riuh dengan gelak ketawa. Tidak senang dia mahu menyiapkan kerja yang masih berlambak. Menggeleng dia bila isteri bos muda sedang menyakat staf lain. Gembiralah tu sebab hari ni hari terakhir dia bekerja.

     "Haih... bilalah nak siap kerja tu...? " Dia bersuara seraya mematikan gelak staf-staf yang sedari tadi riuh dengan gelak ketawa mereka.

     "Janganlah marah... " Irdina pula bersuara.

     "Bukan marah tapi apa salahnya sambil menyelam minum air. " Ucapnya lembut. Irdina tersengih.

     "Senang cerita, abaikan saja Irdina tu. " Sambungnya buatkan mereka yang lain ketawa. Irdina mencebik tidak puas hati.

     "Apa hal pula? " Soalnya geram.

     "Eh, betullah. Baik abaikan saja. Last day kan hari ni? Jadi kami tak nak ganggu. Nanti teringat-ingat bila Ird dah tak ada. "

     "Alaah..... Janganlah cakap macam tu. Inshaallah, Ird akan lawat juga kamu semua. " Kata janji di taburkan. Kak Rubyah di pandang dengan muka yakin.

     "Tipu! " Adawiyah di hujung sana bersuara. Muka sengaja di monyokkan.

     "Lah... betullah. "

     "Tak percaya! Susah nak percaya Puan. Kami ni orang luar, bos pula suami Puan. Mesti Puan lebih tertumpu dekat bos. " Middy bersuara sengaja mengusik. Mereka menahan senyum bila tubir mata isteri bos muda mereka sudah bergenang. Bila-bila masa saja akan jatuh air mata tu.

     "Ird janji... " Ujar Irdina sebelum menangis. Rubyah pantas mendakap tubuh Irdina yang sudah di anggapnya adik kandung. Staf perempuan lain turut menyibuk sama. Di peluk erat Irdina. Tak sangka enam bulan sudah berlalu dan sudah tiba masanya Irdina melepaskan jawatan pembantu peribadi yang di jawatnya.

     "Eh! Buat jejak kasih ke? " Satu suara kedengaran tidak jauh dari mereka. Yang menangis laju mengesat air mata sambil tergelak kecil. Malu bila bos muda perasan.

     "Isteri boslah... " Adu Huda. Irdina laju menampar lengan Huda. Meringis kesakitan staf itu sebelum tergelak.

     "Kenapa ni? Tiba-tiba menangis? " Soal Razzy lembut seraya menghampiri isterinya. Sisa-sisa air mata di kesat lembut.

     Irdina diam sambil menunduk. Malu nak cakap. Sedikit pun dia tidak mendongak. Makin membahang mukanya bila terdengar suara-suara yang buatkan dia geram. Nak saja mulut yang bising tu di sumbat dengan fail yang bertaburan di atas meja.

     "Haih... diam pula dia... " Pancing Razzy. Sengaja dia bersuara kecil. Kononnya merajuk. Dah masak sangat dengan perangai Irdina sejak isterinya itu mengandung. Pantang isterinya bila dia mengadu, merengek atau apa saja kelakuannya. Pasti isterinya gelabah mahu memenuhi permintaannya. Sedikit pun Irdina tidak mengeluh. Buatkan dia bertambah sayang pada Irdina.

     "Malulah.... " Bibir bergerak mengungkap perkataan itu tanpa suara. Suaminya di pandang dengan riak malu. Razzy tergelak. Hanya mengangguk kecil. Staf yang memerhati di pandang.

     "siapkan kerja. Nanti sambung waktu makan. " Ujarnya memerli isterinya serta staf perempuan. Terus mereka merungut. Nak cakap orang cengenglah tu!

     Razzy tidak ambil peduli. Hanya gelak kecil di balasnya sambil melangkah masuk ke biliknya.
  
  
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now