bab 7

6.8K 224 2
                                    

Kedengaran bunyi alunan muzik saja di dalam kereta itu.

'bosan lahai. Aku nak buat apa pun tak tahu. Lamanya nak sampai. Nak tanya nanti bukan dia jawab pun. Serupa cakap dengan batu. Huh' rungut Rose dalam hatinya.

"wow kemain kutuk aku ye. Ingat aku tak boleh nak baca apa dalam minda kau ke? Kau jangan nak berani sangat kutuk kutuk aku ini. Aku tinggal kau kat sini baru tahu" ugut Adrian Steven pada Rose.

Rose terus kaku tak berani nak pandang ke wajah Adrian Steven ketika itu akibat malu dan takut kerana di luar sudah gelap gelita dan Rose takut apa yang dikatakan Adrian Steven sebentar tadi itu jadi kenyataan. Akibat ketakutan Rose tetidur di dalam kereta itu.

Setelah sampai ke destinasi yang hendak dituju, Adrian Steven melihat Rose tidur dengan lena sekali dan tak sampai hati untuk kejutkan dia. Adrian Steven mengambil kot dia untuk selimutkan Rose lalu dia pun keluar dari kereta untuk menghirup udara di pantai itu.

Rose terjaga dan melihat tempat pemandu tiada orang dan dia melihat kot Adrian ada ditubuhnya. Dia melihat Adrian Steven berada di luar.

"kenapa awak tak kejut saya?" soal Rose setelah berdiri di sebelah Adrian Steven.
"kau tidur lena sangat. Nak kejut tak sampai hati" jawab Adrian Steven tanpa memandang Rose.

"kak Ariana, jom cepat. Mummy dengan daddy dah tunggu itu." tangan Rose ditarik oleh Sofia menuju ke dewan.

"maybe this is time to express you feeling to kakak Rose." bisik Sam pada abangnya, Adrian Steven. Lalu, Adrian Steven tersenyum saja.

Mata Rose ditutup dengan kain dan dia berjalan dengan agak berhati hati kerana takut tersadung. Setelah sampai ke destinasi yang dituju Rose melihat sekelilingnya gelap gelita dan tidak kelihatan sesiapa di sisinya.

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday Ariana
Happy Birthday to You

Lagu happy birthday dinyanyi bersama sama oleh tetamu tetamu yang dijemput di dalam dewan itu dan Rose terkejut dan hampir menitis air mata kerana terharu akan kejutan ini. Dia teringatkan ayahnya kerana hari jadinya juga adalah sama dengan hari jadi Ariana.

"s dnem ​​rozhdeniya Ariana sayang." ucap mummy kepada Rose.
"thank you sebab jadi anak yang baik dan Ariana anak yang paling cantik untuk daddy." ucap Tuan Felix kepada Rose.
"Blagodaryu vas mummy and daddy" balas Rose sambil tersenyum.
"kakak Ariana, ini hadiah from both of us" kata Sofia sambil menghulur hadiah kepada Rose.
"thank you Sofia dan Sam." kata Rose sambil memeluk Sofia.

Tetiba terdengar bunyi alunan piano dan semua mencari dari mana datang bunyi alunan piano itu dan rupa rupanya Adrian Steven sedang memainkan piano itu dan menyanyi lagu ini.

Tetamu tetamu di situ terpaku mendengar alunan lagu itu. Rose terpaku dan tertanya tanya mengapa Adrian Steven buat sebegitu.

'pandai juga dia ini main piano itu. Ingatkan pegang pistol je dia pandai.'

Rose hanya melihat Adrian Steven menyanyi lagu itu sampai lah ditegur oleh Sam.

"amboi kak Ariana kemain khusyuk lihat abang Adrian main lagu itu." usik Sam.
"ehh tak ada lah. Kamu ini saja nak usik kakak" ucap Rose menidakkannya.

Setelah habis lagu yang dimainkan oleh Adrian Steven. Dia datang ke arah Rose dan menghadiahkan Rose sekuntum bunga rose dan Rose berasa malu dan segan kerana tetamu tetamu disitu memandang ke arahnya.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang memandang Adrian Steven dan Rose dengan perasaan yang marah.

'Rose itu aku yang punya. Bukan kau Adrian Steven. Kau tunggu.'

Lalu jejaka itu pergi dari majlis itu dengan perasaan marah.

........................................................................

S dnem ​​rozhdeniya - selamat hari jadi
Blagodaryu vas - terima kasih

Angel & DevilWhere stories live. Discover now