Bab 26

4K 120 0
                                    

Hafiey

"Nah makanannya." Tanpa perasaan Zara berlalu pergi. Tapi lengannya dipegang membuatkan dia terhenti.

"Lepas la! Orang nampak nanti!" Dia marah dalam keadaan berbisik kepada Hafiey yang tersengih.

"Tapi I miss you." Zara menjeling sambil matanya melilau melihat kiri dan kanan. Nasib baiklah badannya menutup meja-meja lain dari memandang tangan Hafiey di lengannya.

"Lepas, abang tak nak sapa-sapa tahu kan?" Baru saja Hafiey ingin mengalah, muncul Adib tersenyum.

"Ya, Hafiey? Ada apa-apa servis kitorang yang kurang ke?" Hafiey menundukkan muka dan menjeling. Kenapa la dia datang?

"No, everything's fine. Saya cuma cakap makanan ni agak tawar dari biasa, tu je." Adib mengangguk sedikit kepada Zara dan Zara masuk ke dapur semula.

"Kami boleh tukarkan makanan baru kalau you nak." Hafiey melihat saja Zara berlalu masuk, barulah dia melihat penganggu di depannya ini.

"Tak payah ber I you. Kau aku dah cukup. Tu, isteri aku. So, aku boleh buat apa je. Kau kenapa? Jealous ke?" Adib menahan marahnya dengan senyuman sinis.

"Tu isteri kau, dia bisnes partner aku, ni tempat kerja dia. Selagi dia kat sini, dengan aku, she's mine. Kau, aku dengar kalau berita pasal ni tersebar, habis karier kau. Kan? So, ni maknannya, sekarang ni korang cuma peniaga dengan pelanggan. That's all." Hafiey menggigit bibirnya. Ingin saja dia menumbuk lelaki ini sehingga lembik.

"Kalau takde apa-apa, saya masuk dulu." Suara Adib kembali seperti biasa, tidak berbisik seperti tadi.

Hafiey memandang Adib yang berjalan ke kaunter dengan senyuman. Tidak dapat dilupa ayat lelaki itu yang menyatakan Zara miliknya selagi dia sedang bekerja. Hafiey paling tidak suka kepunyaannya menjadi milik orang lain.






Zara

"Apa benda la diorang bualkan tu, rancak semacam je." Kelihatan Adib yang datang dengan senyuman dari meja Hafiey. Sementara Hafiey seperti tidak senang duduk di mejanya. Khai dan Zara memandang sesama mereka.

"Macam marah je laki kau tu Zara." Zara menggelegak ingin tahu, tapi dia tidak dapat bertanya kepada Hafiey. Soalan peribadi seperti itu jika didengar orang lain pasti akan menimbulkan skandal secepat mungkin.

Nampak saja Hafiey selesai makan, Adib muncul dari pejabat. Dia datang ke kaunter dan mendekati Zara yang duduk di depan.

"Tia, awak pergi kira makan Hafiey. Dia tak perlu ke sini, dia tetamu special kita kan." Tia dengan teruja bersetuju lalu je meja makan Hafiey.

Zara sedikit sebanyak tidak bersetuju. Dia pasti ini berkaitan hal tadi. Sebelum tak pernah Adib memberi layanan sespecial ini kepada mana-mana pelanggannya dan ini termasuk pelakon yang datang seperti Hafiey.

"Awak borak apa dengan Hafiey tadi?" Oleh kerana keliru, mulutnya terluah juga.

"Takde yang serius pun. Saya cuma tanya apa yang kurang je dalam servis kita. Dan dia cakap okay, problem solved!" Zara melihat Adib yang tersenyum manis. Oleh kerana mukanya yang nampak bercakap benar, dia berdiam saja.

Dia melihat meja Hafiey seketika. Hafiey memandangnya walaupun Tia sedang bercakap dengannya. Tak lama kemudian, dia beredar meninggalkan Tia dengan wajah yang berpuas hati.

"Nah boss, duit makan Hafiey tadi." Dengan senyuman tawar, Zara menyambut duit dihulur Tia.

"Mummy..." Tiba-tiba muncul Datin Ida ke restorannya. Kelam kabut Adib menghampiri emaknya. Datin Ida dengan muka berlagaknya ke kaunter yang masih diduduki Zara. Zara menghulurkan tangan tapi cuma disambut sipi-sipi saja oleh Datin Ida.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now