Bab 42

4.1K 106 4
                                    

"Menung apa sorang-sorang ni?" Zara tersenyum sebaik melihat Adib menyertainya termenung.

"Takde apa. Cuma tengok diorang buat aktiviti je." Adib turut memandang pekerja-pekerja mereka yang gigih bermain sukaneka, aktiviti untuk menguatkan kerjasama antara mereka.

"Tak nak join ke? Diorang dah lama tunggu mem besar join. Mem duk tengok dari tepi je." Zara tersengih sedikit.

"Entah la, rasa penat sikit." Kini giliran Adib pula tersengih.

"Hai, tak join lagi dah penat ke? Macam mana tu?" Mereka sama-sama ketawa.

"Mana Dahlia?" Tanya Zara apabila mendapati anak orang kaya itu tidak bersama mereka.

"Entah. Tak peduli pun dia kat mana-mana." Zara memandang wajah Adib.

"Datinkan mesti mintak dia datang ke sini sebab nak rapatkan lagi hubungan korang. Kalau dia tahu ni, mesti dia tak suka." Adib mengeluh sedikit.

"Biarlah dia. Mummy yang suruh dia ke sini, and dia tak cakap pun saya kena excort dia ke mana-mana. So, it's fine la. Dahlia bukan budak kecik lagi, dia boleh jaga diri sendiri. Lagipun, baik duduk sini dengan awak." Zara mengerling ke arah lain bila Adib mula memandangnya.

"Awak tak boleh terus macam ni tau, saya dah kawin." Kata Zara perlahan.

"I know. Tapi rasa tu masih tak dapat nak padam lagi. Saya....saya menyesal sebab tak fight untuk kita dulu. Buktinya, saya yang kempunan." Zara mengeleng, tidak menyukai arah perbualan mereka.

"Bagi Dahlia chance okay? She seems fine. Mana tau mummy daddy restu, jadi berkat hubungan korang." Adib ketawa tapi kedengaran sinis.

"Awak tahu sangatkan kenapa mummy daddy nak jodohkan saya dengan dia? Tapi, awak masih suruh saya terima dia. I wish we can be like before."

"Ad" Belum sempat Zara nak menyambung ayatnya, satu bola melantun terkena kepala Adib. Adib bersuara kesakitan dan juga kerana terkejut. Dia terus berpaling mencari siapa penyepak bola tersebut.

"Oh my, Adib! Sakit tak?" Cemas Zara seketika dan dia juga ikut berpaling mencari siapa yang bermain bola sehingga terkena mereka. Seorang lelaki yang memakai topi berlari anak ke arah mereka.

"Sorry bro. Sampai ke sini bola saya melantun. Sorry eh." Tanpa rasa bersalah, lelaki itu mengambil bola dari tangan Adib.

"Tengok tempat sikit nak lempar tu. Nasib kena saya, kalau kena dia?" Lelaki itu cuma mendiamkan diri dan menunduk sewaktu dimarahi Adib. Mukanya yang ditutup topi membuatkan Adib tidak dapat melihat muka lelaki itu.

"Boss! Main la sekali!" Laung pekerja mereka dari jauh. Adib mendengus geram.

"Jom Zara! Kita borak tempat lain. Bahaya duduk sini." Zara mengangguk perlahan dan mengikut Adib ke tempat lain. Sebelum bergerak lebih jauh, dia berpaling semula dan melihat lelaki tadi masih di kerusinya memandang mereka berdua. Topi tu?






Selesai sukaneka, mereka merehatkan diri di tepi pantai, jalan-jalan, buat hal sendiri. Zara memerhati Tina dan Khai bergelak ketawa sepanjang persisiran pantai. Adib seperti mahu bersamanya tadi, tapi nampaknya dia pergi bersama Dahlia. Nampak seperti bergaduh, tapi entahla.

Dia menguis-menguis pasir, menulis sesuatu kemudian memadamnya semula. Ketika ini, dia teringat hal tadi. Hal Adib dan dia hampir terkena bola. Lelaki tu, nampak macam familiar. Topi tu, macam pernah nampak. Tapi kat mana? Tiba-tiba seseorang duduk di sebelahnya.

"Macam mana dengan Dahlia?" Tanya dia apabila yakin di sisinya Adib. Kerana cuma Adib yang memberitahunya dia akan kembali tadi.

"Sapa Dahlia?" Cepat-cepat Zara berpaling dan melihat lelaki bertopi tadi.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now