Kisah raya suri- part 3 : malam raya

1.1K 28 0
                                    

2 hari sebelum raya tahun ini.

Tahun ni aku dah start kerja.Disebabkan tahun lepas punya pasal lagi 3 hari nak raya aku dah tercongok depan pintu rumah tok mak.Dapat aku puasa dekat rumah tahun ini.

"Akak,mak rasa teringin nak minum air tebu lah kamu belikan boleh."Pn.Zalna buat muka berharap habis.

"Orang pun rasa macam nak makan popia basah kat larkin tu kak, kita pergi bazar jom" Aduh aku ni memang sensitif betul dengan perkataan bazar tu lagi-lagi bazar ramadan tak suka you. Ramai orang tu pasal aku tak suka pergi kadang-kadang nak dapat parking pun susah.

"Boleh kak,kesian dekat adik kamu tu teringin nak makan popia"

"Yelah,karang akak bawak" Rafiki terseyum gembira.Yay! dapat aku lepas kempunan nak makan popia basah.

.......

"Dah cukup belum?"Tanya Suri pada Rafiki.

"Dah"tangan Rafiki penuh dengan makanan : popia basah,Tau fu fa, air soya,buah rambutan.Aku pulak bawak air tebu yang mak pesan saja.

Suri dan Rafiki melangkah ke tempat parking.Tempat parking penuh siap double park lagi. Laju sahaja kereta di reverse keluar. "Mak!"Jerit Suri kuat. Oh tidak aku dah kiss kereta orang.

Suri keluar dari kereta tengok kerosakan.Alhamdulillah sayang aku ini baik je tak ada calar tak ada kemik.Baru Suri nak tarik nafas lega dia terpandang kereta yang dia kiss tu kemik.Adoi mampus aku.

"Melayang..melayang." Keluh Suri.

"Apa yang melayang?" Tanya seseorang.

"Duitlah yang melayang tengok tu dah dented dahlah kereta mahal melayang duit gaji."Sedih betul. Eh kejap siapa yang tegur aku tadi. Suri terus pusing tengok orang yang masih berdiri disebelahnya.

"Assalamualaikum,Suri" Siapa orang itu.

"Abang Shah!"Terkejut Suri dibuatnya hampir setahun tak jumpa tiba-tiba jumpa pelik pulak."Abang buat apa dekat sini?"Eh kenapa dia megeluh pulak tak kan."Kereta abang ya?"

Dia hanya mengangguk.Aduh yai bertahun tak berjumpa bila jumpa aku kiss kereta dia pulak tak dapat tuannya kereta aku pulak kiss kereta dia kenoning dibuatnya.

"Tak apalah Suri kita bincang nanti Suri dah nak balikkan?"Suri mengangguk sahaja dah tak tau nak kata apa asyik terpikir duit dekat bank yang akan merosot.Masuk terus dalam kereta.

"Fiki jangan beritahu sesiapa pun tau" Warning Suri. Sedih betul raya dah kena guna banyak duit boleh pulak aku kiss Encik Abang Surau punya kereta keringlah aku nampaknya bulan ni.

.....

Malam raya.

Suri resah duduk salah berdiri pun salah.Abang Shah kata bincang nanti tapi dari semalam aku tunggu tak nampak batang hidung pun. Kereta yang aku bagi kiss itu adalah. Buat lipat ganda rasa bersalah ni tau.2 hari lepas terawih aku duduklah menunggu juga kalau dia nak bincang tapi bayang pun tak ada masa sebelum mula terawih ada, lepas itu hilang.Mamat ni tak nak ganti rugi ke?

"Akak kenapa ni?"Rafiki yang sedap tengok TV dari tadi menegur.

"Ada nampak Abang Shah tak dik?"

"Ada masa nak ishak tadi."Jawab Rafiki."Akak cari dia pasal kereta tu ke?" Bisiknya pula.Suri hanya mengangguk.

"Kenapa kak, cari Shah cucu tok mak sebelah ke?"Tegur Mak yang sibuk buat inspection pada Anis yang sibuk menggantung langsir.

Aduhai mak aku ni telinga entina betul boleh pulak dia dengar."Tak ada apalah mak." Suri terhendap-hendap lagi dekat pintu rumah.

"Akak dari akak menghendap carik Abang Shah baik akak tolong Anis ni kak."Tegur Anis pula.Aduh Anis ni boleh pula dia cakap macam tu...malunya.Tengok tu Mak dah pandang semacam si Rafiki pulak dah sengeh satu macam suka lah tu.Menyampah.

Sebab malu punya pasal laju je aku ambik langsir yang belum terpasang terus pergi gantung.

"Cerita pasal Shah ni kan baru mak teringat..."Aduhai belum habis lagi ke." Hari tu masa kamu tak balik si Shah tu tak jadi kahwin." Hampir terlepas langsir di tangan.

"Ya mak,kenapa?"Lah tak jadi kahwin rupanya.Buat penat saja aku lari sana sini.Tapi musykil lah pulak kenapa tak jadi.Kena siasat nih.

"Entah mak pun tak tahu tok mak tak cerita pulak."Aduh mak ni spy tak boleh harap tul.Alahai nama pun spy tak bergaji dan tak sedar pun dirinya spy.

Patut lah aku tak ada nampak perempuan dengan dia.Hari tu pergi terawih pun aku tercari-cari juga awek cun yang aku jumpa raya 4 tahun lepas tapi tak ada pun so aku buat konklusinya isteri dia tak pergi terawih lah.Tak tahu pula rupanya tak beristeri lagi.Kak Mimi pun tak ada cerita langsung.

Kalau macam itu kira ada peluang lagilah ye.hehehe gatal tak sudah tahu dik Asmin mati aku.

"Kak senyum sorang-sorang tu makruh"Tegur Rafiki.Tahu saja Abang Shah tak jadi kahwin terus sengeh-sengeh nampak sangat suka dekat cucu tok mak atas tak reti cover betul.Kakak siapa lah ni.

A/N: cerita ni dah siap since 2 years ago tp x pernah update.Saya tulis ni masa zaman sekolah.Skg bila dah sambung belajar  susah nak dapat idea utk update.Cerita ni tinggal 2 update lg sebelum habis.thank for reading.Tq..

Kisah Raya Suri.Where stories live. Discover now