Day 1

257 17 3
                                    

2018년 5월 17일

Aku bangun seawal jam 4 pagi untuk
menyediakan hidangan bersahur. Taehyung masih nyenyak didalam bilik.

Tak nak kejut dia awal sangat nanti mengada dia tu Allahu. Haha!

Sesudah siap menyediakan makanan aku kejutkan sleeping beauty kat atas.

Tepat jam 4.50 a.m. kami mula menjamu selera. Taehyung makan dengan mata yang terpejam. Sekejap ja dia buka bila nk tambah lauk ataupun minum air. Teruk betul laki aku ni.

"Awak nak tambah lagi ke?" Aku mengunyah nasi sambil memandang muka comel taehyung atau nama islam nya Muhammad Izzue Aryan.

Dia tidak menjawap tetapi hanya mengelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Awak kena makan banyak. Esok kang tak larat." Ha dak nak mula leteran aku pagi pagi ni.

"Oppa tak berapa suka la makan pagi pagi macam ni. Dah la ngantuk." Dia meneguk air milo panas yang aku sediakan.

Tangan aku mula menuang air milo kedalam cawan milik Taehyung apabila dia menghulurkan cawan kepadaku.

"Kena la biasakan. Sebulan kita kena puasa tau. Awak makan jelah dulu nanti kalau dah tak nak tinggal je situ." Aku menghulurkan cawan yang telah diisi kepada dia.

+++

"Buat apa tu?" Aku menghampiri Taehyung yang leka memandang screen handphone nya.

"Ni ha group chat. Chingu - chingu Tae tanya macam mana rasa bila makan pagi pagi." Dia menarik tangan aku supaya duduk bersamanya diatas sofa.

"Eleh makan pagi pagi je pun. Macam tak biasa. Apa lah diorang ni." Aku meletakkan kepala di bahu Taehyung. Alah nak manja sikit awal Ramadan ni.

"Hahhaha kan. Pandailah sayang saya ni." Dia tergelak sambil mencium ubun ubun aku sekilas. Aku hanya mampu tersengih.

Azan subuh mula kedengaran. Aku dan Taehyung naik ke atas untuk bersiap sedia menunaikan kewajipan kami sebagai seorang islam.

"Assalamualaikumwarahmatullah."

"Assalamualaikumwarahmatullah." Taehyung mula berzikir dan membaca doa. Selepas selesai dia pusingkan badan menghadap aku. Tangan kanan nya dihulurkan kepadaku. Seperti biasa aku akan menyalaminya setiap kali selepas solat.

"Oppa nak sambung tidur pergilah. Saya nak baca Al Quran kejap. Nanti saya pergi kat awak." Kata ku selepas mencium tangan besar Taehyung.

"Tak nak lah. Oppa dah tak mengantuk jadi oppa nak baca Quran dengan sayang la. Okay sayang." Dia tersengeh sengeh kearah aku. Ni aku tak kuat ni.

"Okay ! Dah tolong ambil al Quran atas meja depan tu." Balas ku.

+++

"Oppa jom balik rumah Mak Abah nak? Kita kan cuti lama." Aku menghampiri Taehyung yang sedang berguling kat tikar bulu depan tv.

Jam baru menunjukkan pukul 11:06 a.m.

"Balik rumah Mak? Nak nak! Jom! Bila? Sekarang ke?" Dengan terharu dia bertanya sambil melangkah menghampiri aku.

"Excited nya awak nak balik kampung. Apa yang best sangat kat sana tu?" Aku memegang kedua tangannya dan berjalan ke sofa.

"Emm semua best. Bila kita nak pergi ni? Dah tak sabar." Dia memeluk bahu aku dengan sengihan comel. Aigoo !

"Sekarang nak?" Aku memandangnya.

"Sekarang? Betul ni? Wahh best nya! Jom cepat siap sayang." Dia tarik tangan aku untuk berdiri dan kaki dibawa menaiki tangga untuk ke bilik.

First Ramadan With "Suami Mualaf" ●Taehyung FF●Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora