Day 2

174 10 0
                                    

2018년 5월 18일

Aku bangun dari tidur apabila mendengar bunyi di dapur. Jam dinding aku pandang sekilas.

4:20 a.m

Oh ni mesti mak bagun nak buat sahur. Aku terus bangun dan keluar ke dapur mencari mak.

"Mak kut ye pun nak masak. Kejut la orang ni sama." Kata ku apabila sampai didapur.

"Saja mak tak nak kejut. Takut kamu penat lagi. Kan baru sampai kemarin." Balas mak sambil mengaul sesuatu di atas dapur.

"Dak de penat nye. Emm mak masak apa ni?" Soal aku sambil menghampiri mak.

"Ni mak buat gulai ayam dan ubi kentang. Aryan cakap teringin nak makan gulai ayam mak buat." Balas mak lalu menutup periuk gulai tersebut.

"Ouhh mengada la dia ni. Mak nak buat air apa? Meh orang buatkan." Aku mencapai jug plastik dan sudu di rak sebelah singki.

"Buat la air milo panas. Kan kegemaran kamu." Balas mak sambil menyusun punggan diatas meja makan.

Aku terus memasukkan serbuk milo dan susu sedikit. Tambah air panas dan sebatikan dia. Siap! Apakah hahah.

"Mak cawan mak simpan kat mana?" Aku tercari cari cawan yang tidak kelihatan. Semalam masa cuci ada je kat sini.

"Tu dalam almari kayu tu. Mak simpan kat dalam tu."

"Cawan mahal ape?" Usik aku sambil mengambil empat cawan dan susun diatas meja. Tuang air dan aku letak jug ditepi meja.

"Mak orang pergi kejut Aryan dulu ya. Abah mana?" Aku memandang mak.

"Abah ada kat ruang tamu. Duk baca quran. Kamu panggil abah sama." Kata mak. Aku mengangguk dan pergi ke ruang tamu.

"Abah mak panggil sahur." Kata ku apabila ternampak abah sedang melipat sejadah. Abah memang suka membaca al quran dia ruang tamu berbanding di dalam biliknya.

"Ha kejap. Abah nak simpan ni kejap." Balas abah dengan senyuman.

"Haah orang nak kejut Aryan jap." Aku membalas senyuman dan melangkah ke bilik tidur.

Taehyung masih nyenyak diatas katil aku kejut pelahan. Bahunya aku koncang.

"Sayang bangun sahur. Cepat nanti tak sempat." Aku menepuk nepuk pipinya.

"Emm sahur? Okay." Terus dia bangun setelah terjaga. Ait pelik, senang pulak dia nak bangun hari ni.

"Pergi cuci muka sana." Aku bangun menarik tangan dia untuk ke tandas di bilik kami.

"Sayang cucikan. Please~." Kata dia dengan mata yang terpejam. Aku terus buka paip kat singki dan tundukkan kepala dia sedikit. Cuci pelahan lahan.
Dan lap dengan tuala kecil yang tersangkut kat tepi singki.

"Gomawo sayang. Cup!" Balas nya lalu mencium pipi aku sekilas. Aigoo nak sweet sweet pulak pagi buta ni.

"Yelah. Dah jom pergi sahur." Kami melangkah menuju ke dapur untuk bersahur.

Sampai sahaja di dapur Taehyung terus duduk dan menjamu selera. Banyak kali aku dengar dia asyik cakap terima kasih sebab mak buat gulai ayam dekat dia.

"Ni dah dapat gulai ayam. Esok boleh lah puasa kan?" Kata ku sambil mencuit lengan kanannya.

"Hehehe okay. Tapi kalau dah betul betul tak larat macam mana?" Soal dia sambil mengunyah nasi.

"Ish makan dulu baru bercakap." Kata mak dengan senyuman apabila melihat gelagat menantu kesayangannya.

"Maaf mak." Balas taehyung.

First Ramadan With "Suami Mualaf" ●Taehyung FF●Where stories live. Discover now