One

395 14 2
                                    

 Sujeong baru sahaja tiba di kelas A2 5 minit sebelum kelas bermula. Dia pergi ke tempat duduknya di sebelah Mingyu lalu menyapanya. "Selamat pagi Mingyu" "Selamat pagi Sujeong" jawab Mingyu. Dia langsung tidak memandang Sujeong kerana dia sedang leka membaca buku ketika itu. Sujeong toleh ke belakang dan bertanya "Taehyung tak datang ke hari ni?" "Saya pun tak tahulah Sujeong" jawab Mingyu malas. Sujeong toleh semula dan memandang Mingyu. "Rajin betul awak baca buku Sejarah" kata Sujeong. "Sejarah kan subjek kegemaran saya. Sebab itulah saya suka baca buku Sejarah" maklum Mingyu. "Bolehlah awak ajar saya Sejarah nanti ye? Saya memang lemah dalam Sejarah" ujar Sujeong. Mingyu menutup bukunya dan memandang Sujeong. "Anything for you my princess" kata Mingyu sambil menguntumkan senyuman manis buat Sujeong. Hati Sujeong berbunga-bunga melihat senyuman itu.

  Suasana kelas yang riuh-rendah berubah menjadi senyap sebaik sahaja Puan Somin melangkah masuk. Puan Somin adalah guru Sejarah merangkap guru kelas A2. Usai memberikan ucapan selamat pagi, Puan Somin meminta mereka duduk. "Baiklah para pelajar sekalian, hari ini saya mahu kenalkan kepada kamu semua seorang pelajar baru" sebaik sahaja Puan Somin kata begitu, seorang gadis tinggi lampai melangkah masuk ke kelas. Mereka semua terkejut melihat melihat fizikal gadis yang ala-ala model itu. Dia juga kelihatan seperti Mingyu, lelaki paling tinggi dalam kelas tetapi versi perempuan. "Sila kenalkan diri kamu" pinta Puan Somin. "Selamat pagi dan apa khabar semua? Saya Sowon. Saya baru sahaja pindah ke bandar ni minggu lepas" Sowon memperkenalkan dirinya dengan penuh mesra. "Selamat datang ke BBA Sowon. Saya harap kamu seronok belajar di sini" kata Puan Somin.

  Sowon tunduk hormat sebagai tanda terima kasih. "Kamu boleh duduk di sebelah Taehyung sebab tempat lain dah penuh" sambung Puan Somin. Mata Sowon melilau mencari tempat kosong. "Maaf Cikgu tapi siapa Taehyung?" tanyanya. "Dia duduk seorang diri di barisan paling belakang" jawab Puan Somin sambil mengeluarkan pen marker dari pencil casenya. "Tapi semua tempat dah penuh Cikgu dan saya tak nampak pun pelajar lelaki bernama Taehyung yang duduk seorang diri" maklum Sowon. Puan Somin toleh ke belakang untuk mencari Taehyung. Puan Somin menghampiri Mingyu lalu bertanya "Taehyung tak datang ke hari ini?" Mingyu mengangkat bahu tanda dia tidak tahu. Puan Somin meminta Sowon mengambil tempat duduknya di sebelah tempat duduk Taehyung kerana dia mahu mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dia tidak mahu membuang masa lagi. Sowon mengambil tempatnya di belakang Sujeong.

  "Baiklah bawa keluar buku rujukan Sejarah masing-masing. Hari ini kita akan belajar tentang ----" belum sempat Puan Somin menghabiskan ayatnya, dia dikejutkan dengan bunyi hentaman kuat pada pintu. "Kamu rupanya Taehyung. Saya ingat apalah tadi" kata Puan Somin sambil menggosok dadanya. Rupa-rupanya bunyi hentaman itu berpunca daripada Taehyung. Disebabkan Taehyung sudah terlambat, dia jadi kelam-kabut sehingga dia tidak sempat 'brek' lalu terus terlanggar pintu kelas. "Maaf Cikgu saya lambat" kata Taehyung tercungap-cungap. "Kenapa kamu lambat?" tanya Puan Somin serius. "Saya hantar mak saya ke hospital" jawab Taehyung. "Hantar mak kamu ke hospital? Dia sakit ke?" "Tak, dia doktor kat sana" jawapan spontan yang keluar dari mulut Taehyung membuatkan rakan-rakan sekelasnya tertertawa. "Berani kamu loyar buruk dengan saya" Puan Somin merenung tajam. "Maaf Cikgu maaf. Dia ada appointment dengan doktor tapi transport pulak takde"

A/N:

Disebabkan Author terlebih rajin, Author sediakan sekali Susun Atur kelas A2 serta tempat duduk empat watak utama tersebut 

Disebabkan Author terlebih rajin, Author sediakan sekali Susun Atur kelas A2 serta tempat duduk empat watak utama tersebut 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Fake Love [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now