29

18.9K 1.1K 184
                                    

Ilham nak Jumpa Thea boleh? Urgent!'

Dek kerana Whatsapp Cikgu Ilham menyebabkan aku sudah berada di dalam KFC ini bersamanya ketika ini. Ada perkara yang hendak aku selesaikan dengan Cikgu Ilham. Tentang Emir, aku dan CIkgu Ilham. Rasanya Emir akan mengamuk kalau tahu keluar dengan Cikgu Ilham. Gara-gara confessionnya di depan Cikgu Ilham aku rasa mahu halim bin munankan diri sendiri ketika itu. Ringan sahaja aku mahu menutup mulut Emir. Cikgu Ilham pula diam tanpa berkata. Nyata riak terkejut dan kecewa terlukis di wajahnya. Ketika aku mahu menjelaskan perkara sebenar, Emir masih lagi kuat pegangannya di tangannku dan Cikgu Ilham cepat sahaja angkat kaki dari situ. Mungkin tidak betah lagi melihat Emir yang selamba sahaja menyentuhku. Sampai sahaja di bilik guru, CIkgu Jasmin memberitahuku CIkgu Ilham MC.

Nasib baiklah ketika itu kawasan di sekitar bilik Pengetua lengang daripada manusia. Kalau tidak mahu tersebar berita satu sekolah mana aku nak letak muka? Dalam tajau? Tak semudah itu untuk berhadapan dengan situasi begini apabila guru perempuan berkahwin dengan murid sekolah. Nak- nak lagi badboy sekolah. Boleh membuahkan rasa curiga dan timbul banyak persoalan-persoalan dalam pemikiran. Jadi akan menyebabkan pelbagai spekulasi yang akhirnya membuahkan salah faham dan khabar angin. Semoleknya aku tidak ingin keadaan itu berlaku. Biarlah menjadi rahsia sehingga menunggu keadaan yang sesuai untuk diumumkan.

Bukan aku menolak Emir sebagai suamiku. Tapi bila kau dipaksa berkahwin dengan orang yang kau memang tak suka automatik kau tak boleh ubah perasaan secepat yang mungkin untuk terima semuanya. Pesanan babah, belajar untuk redha. Ya, aku sekarang belajar untuk redha Emir Hafiz sebagai suamiku. Namun kadangkala perangai Emir boleh membuatkan darahku mencanak naik sehingga aku lupa siapa Emir itu sebenarnya. Terutama bila aku sendiri merupakan guru kelasnya dan orang yang bertanggungjawab menjamin keluarnya dari balai polis serta penyebab kepada aku benci untuk masuk ke Tingkatan Enam Pluto akibat pranknya yang mampu membuatkan aku hilang separuh nyawa.

Gila! Siapa letak kala jengking dalam handbag? Nasib baik Allah panjangkan umur aku. Alhamdulillah. Kalau tidak memang aku jadi cik pon ganggu Emir setiap malam. Biar dia menyesal.

"Thea, Ilham nak kepastian."

Suara Cikgu Ilham membuatkan aku kembali ke alam nyata. Aku pandang wajah CIkgu Ilham yang murung.

"Kepastian apa?"

"Tentang Thea dan Emir." Nama Emir lain benar nadanya. Seolah-olah jengkel.

Aku diam. Soalan yang sudah aku jangkakan keluar dari mulut Cikgu Ilham. Tebakan aku tak silap untuk kali ini. Memang seperti sangkaanku. Tujuan Cikgu Ilham berjumpa denganku adalah tentang hubungan aku dengan Ilham. Dan selepas itu akan diikuti soalan-soalan cepus mas lain. Antaranya macam mana Thea dan Emir boleh kahwin? Nak aku cerita apa?

Nak cerita aku ditangkap basah oleh ibu dan ayah Emir sendiri dalam keadaan yang mencurigakan? Atau babah yang bersetuju aku dikahwin dengan Emir? Atau aku nak reka satu drama yang aku nak Emir ni sebenarnya bercinta?

Urg! Sungguh tak logik! Cancel balik part aku dan Emir bercinta. Tak pernah terfikir dan terjangkau dek aku dan Emir akan bercinta. Sama sekali berkahwin. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, Bila Allah kata 'kun fayakun' maka jadilah, jadilah ia. Nah, sekarang. Emir selamat menjadi suamiku.

Siapa boleh sangka kan?

"Betul ke Thea isteri Emir? Tolong jangan tipu Ilham."

Aku diam. Tarik nafas dan hembus nafas. Mengaku aku adalah isteri Emir ada pro and consnya. Mungkin selepas ini, Cikgu Ilham akan behenti menyimpan perasaan terhadap aku sebab aku adalah isteri orang, atau lebih tepat isteri Emir Hafiz. Kemungkinan kedua adalah berita aku dan Emir sudah berkahwin akan tersebar ke sekolah dan mungkin satu Malaysia boleh heboh.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now