10: Scorpio

5K 324 32
                                    


Ramai yang berkumpul dihadapan bilik Audio, semuanya sedang merakam telatah anak-anak itu.

"Viral lah anak aku nanti." Shah mengeluh.

Kedengaran suara Danial Mikael Shah yang mula mahu menyanyi.

"Anak kau weh!" kata Isk dengan tawa kecilnya.

Mereka menghampiri pintu masuk bilik Audio, pintu itu dibuka sikit.

"Okay, ready set go!"

Izzran menekan lagu pilihan Danial dan dia. Lagunya yang berjudul 'Syantik'. Mereka berdua siap menari, ramai yang merakam. Izzkal dan Shah laju menggeleng melihat telatah anak mereka.

"Ni tahu kat Catrina, memang habis lah kena gelek pinggang sampai malam." kata Shah.

"Aah! Bal pun mana suka lagu macam ni." sambung Izzkal

"Emang lagi syantik ewah! gelek-gelek 360 darjah ewah!" jerit Izzran pada mikrofon itu.

Izzkal ternganga melihat anaknya.

"Goyang kaki sekali ewah!" laung Danial, kakinya digoyangkan ke kiri dan ke kanan.

Han dan Isk tidak berkelip mata mereka melihat tarian anak-anak mereka.

"Kau ajar anak kau dangdut ke?" soal Han dengan nada tidak percaya. Amra Zahra Rayyan pun turut serta menari, ni kalau Rish tahu ni habislah.

"Ya Allah, anak aku!" jerit Fatin, tangannya menepuk dahinya.

"Siapa ajar kembar aku dangdut ni!"

"Amra ke tu? anak aku ke tu?!"

"Izzran Qhal? apa ni?"

Han, Isk, Izzkal dan Shah meneguk kesat air liur mereka.

Mia terus meluru masuk ke dalam bilik audio bersama Fatin, aku dan Bal.

"Mummy jom gelek sekali, yiha!"

"Mama papa cepat ikut Nial gelek sekali."

'Emang lagi syantik...'

"Ewah! ewah!" Asfar dan Izzran berpusing- pusing.

Mereka memandang para isteri, jelas cahaya dari mata seperti laser!

Baru sahaja aku mahu membuka mulut, mulutku ditekup dengan tangan nya. Ya tangan Han, bibirnya berada di tepi telinga ku.

"Sayang jangan, biarkan." pesannya.

*****

Aku meminta pekerja yang merakam tadi menghapuskan video itu. Kami semua berkumpul di bilik CEO iaitu bilikku.

"Tadi cikgu tadika bagitahu, semua balik awal. Betul ke? daddy tak ada bagi arahan dekat Emrys untuk jemput awal pun." kata Han dengan tegasnya.

"Daddy Han, uncle Ayan yang jemput dia bawak pergi jalan-jalan lepastu jumpa nenda dan tokdaddy." tipu Danial.

Ibu bapa mereka menganguk faham.

"Tadi kemain gelek eh." sindir Fatin.

"Papa ajar lah mama, dia kata elok untuk kesihatan kalau menari dangdut ni." adu Danial dengan senyuman manisnya.

Fatin menjeling tajam ke arah Shah.

"Amra siapa pulak ajar?" soal Bal.

Xavier CodeWhere stories live. Discover now