Lily dan Katty

428 12 0
                                    

Mereka keluar dari bilik Puan Vivy setelah ku dimiliki~eh ternyanyi lak heheh. Okey serius. Setelah hampir 15 minit berada di dalamnya.
.
.
.
KRINGGG!!!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua ikan duyung berenang keluar dari kelas dan berenang terus ke Cafe Vregs.
Di Cafe Vregs...
Mereka terus duduk di tempat yang dikhaskan untuk mereka. Tiba tiba, dua ekor duyung datang dengan marah. "Woi Tiffany, apasal kau bagitau Cik Julie aku paksa Yuna buat kerja sekolah aku?!" Duyung yang bermata merah memarahi Tiffany.

Yuna ialah antara pelajar terlemah di dalam kelas 3 Florist. Dia sering dibuli oleh duyung bermata merah dan kawannya tadi. Tetapi, dia sering mendapat perlindungan dari Tiffany.

Lily dan Katty. Dua ekor duyung yang cantik tetapi sombong. Dibenci oleh satu sekolah kerana sikap mereka yang terlalu sombong. Lily yang bermata merah dan Katty berambut pendek.

"So?" Tiffany menjawab kuat sambil mengunyah makanannya perlahan lahan. "So, kenapa kau bagitau Cik Julie yang Lily suruh Yuna buat homework dia?" Katty menjawab pula.

"Aku cuma pertahankan Yuna. Korang selaaaalu sangat buli dia. So, tak salah aku report kat Cik Julie." Tiffany menjawab.

"Ish! Lolita!!!!!!!" Tiba tiba Lily menjerit memanggil nama seseorang. Lolita yang pendek saja itu datang dengan takut takut. Dia antara pelajar terlemah juga. "Ya, Lily?" Lolita bertanya lembut. Tiffany hanya perhatikan mereka.

"Mana frappucino aku? Aku dah minta kan?" Lily melihat Lolita seperti mahu membahamnya. "Dah order.... Tak sampai lagi...." Lolita menjawab lemah.

"APA??! TAK SAMPAI LAGI??? Hei, aku dah kata kan, aku nak Caramel Frappucino A.S.A.P. Kau ni pekak ke hah??!!!" Lily menyergah Lolita sebelum mahu memukulnya. Lolita sudah melindungi kepalanya menggunakan tangannya.

Tiba tiba, tangan Lily dihalang seseorang. "Dia tak salah. Apahal kau marah dia?!" Tiffany menggunakan kuasanya untuk menghentikan tangan Lily. Lily memandang tajam ke arah Tiffany.

"Lolita, pergi panggil Cik Julie. Rin, Taffy, teman dia." Taffy dan Rin bangun. Mengikuti arahan Tiffany. Irny yang duduk di sebelah Tiffany juga bersedia. Yelah mana tau dia nak serang ke?

"Ish, lepaslah! Pahal nak bekukan tiba tiba tangan orang?!" Lily menjerit minta dilepaskan. Tiffany melepaskannya. Lily menjeling tajam ke arah Tiffany. Tiffany menjelingnya kembali. Mereka berlawan mata sehinggalah Cik Julie tiba di meja gadis gadis itu.

"Lily, kenapa awak nak pukul Lolita? Dia tak salah apa pun. Yang awak sampai nak pukul dah kenapa?" Cik Julie memulakan soal siasat.

Vregsella Ocean's Princess SecretWhere stories live. Discover now