Makan Malam

300 19 2
                                    

Setelah semua hadir, para hadirin dipersembahkan dengan koleksi busana pakaian mewah. Tiffany dan kerabat diraja lain duduk di hadapan sekali.

Habis pertunjukan, para tetamu dihidangkan dengan hidangan mewah. Daging lembu paling mahal digunakan menjadi stik dengan foie gras. Sushi paling mahal dan sedap ada 50 di atas setiap meja.

Air paling mahal yang menggunakan gelas emas. Pinggan, sudu, garfu, mangkuk semua emas. Melambangkan kemewahan kerajaan Vregsella Ocean.

Lily ternganga melihat betapa mewahnya hidangan pada malam itu. Tiffany? Dia tak hairan sikit pun. Memang tiap tiap hari dia makan pakai pinggan emas. Yelah puteri diraja kan.

Tiffany makan dengan penuh beradab. Lily masih teragak agak. Yelah, first time makan bukan main mewah camni.

Habis makan pembuka selera dan hidangan utama, pencuci mulut dihidangkan. Strawberry dan beri beri lain menghiasi aiskrim Baskin Robbins dan disaluti emas yang boleh dimakan.

Habis makan, tiba giliran kerabat diraja berucap. Selepas Raja Kevin, giliran Tiffany pula. Lily hanya memekakkan telinga apabila Tiffany berucap.

Habis berucap, para tetamu akan pulang. Disinilah Tiffany banyak menghabiskan tenaganya. Melayan tetamu, mesti tersenyum sepanjang masa...

Habis majlis...
Setelah habis majlis makan malam itu, Tiffany terus masuk ke biliknya kerana kepenatan. Dia tertidur sebaik sahaja kepalanya mendarat di atas bantal empuk biliknya.

Keesokkan harinya...
"Tiffany Olivia Alexandra! Taffy Olivia Alexandra! Rebbeca Irny! Rebbeca Rin! Bangun!!!" Satu suara menjerit mengejutkan semua gadis itu. Dia ialah Sasha, pengurus Tiffany.

Dia bertanggungjawab ke atas Tiffany dan Taffy. Di sebelahnya ada Grace. Pengurus Irny dan Rin. Dia bertanggungjawab terhadap kembar Rebbeca itu.

"Sabarlah Sha, hari ni kan Ahad? Kasilah kitorang tido lama sikit..." Tiffany membalas lemah. "Aahlah Sha, Grace tak kejut kitorang pon?" Irny pula menjawab. "Oi, bangunlah!" Grace mengejutkan mereka lagi.

"Banyak cantik muka korang?" Sasha sudah bercekak pinggang. "Muka kitorang memang cantik pun..." Taffy pula menjawab.

Sasha sudah naik angin. Tapi dia ada idea. "Ehem, Tiffany, Taffy, Irny dan Rin! Bangun sekarang!" Sasha meniru suara Raja Kevin. Dia memang pandai meniru suara.

Irny dan Rin sudah kelam kabut bangun. Tiffany dan Taffy masih tidur nyenyak. "Kroh...." Kedengaran dengkuran halus mereka berdua.

"Tak bangun lagi? Hm, lantaklah korang." Sasha sudah malas melayan mereka. Grace pula tersengih sengih.
"Kitorang nak gi shopping. Bye~" Grace pula memancing umpan.

Hasilnya? Semua terjaga.
"Hah?! SHOPPING??!! NAK IKUT!!!!"
Kesemua gadis itu mula kelam kabut bersiap. Sasha dan Grace bertepuk tangan.

Di Palama Shopping Mall...
Mereka tiba di Palama Shopping Mall atau Palamall. Di Palamall, ada satu kedai kegemaran mereka. Iaitu, Glamourous Bookstore! Atau GB. Kedai buku terbesar di Vregsella Ocean.

Mereka berbelanja sakan. Mereka lebih banyak habiskan masa di GB berbanding di kedai pakaian. Kemudian, mereka harus pergi ke Saloon Mermaid d'Beauty.

Di Saloon Mermaid d'Beauty, rambut mereka di dandan dan mereka juga boleh mendandan ekor mereka.

Vregsella Ocean's Princess SecretWhere stories live. Discover now