36👔

1.2K 116 4
                                    

5 tahun kemudian...

"Oppa jangan buat hal. Oppa cakap dulu 5 tahun aje. Sekarang ni oppa nak halang Hayoung balik kenapa?"

Suga ketawa kuat. Seronok pulak kenakan adik dia yang sorang ni.

"Oppa Hayoung main main aje tu. Jangan percaya. Sekarang ni Hayoung pergi kemas baju. Petang nanti kita balik. Oppa dah beli tiket" pujuk Wendy.

"Hish! Bencilah oppa macam ni. Wendy unnie tak payah kahwin dengan orang macam ni"

Wendy cuma senyum. Hayoung Hayoung. Dah besar pun perangai macam budak budak. Tapi Wendy layankan aje sebab selama ni dia tak pernah rasa ada adik.

Tak lama lagi dia akan kahwin dengan Suga. Sudah tiga tahun mereka menjalinkan hubungan. Macam mana mereka boleh berjumpa? Wendy merupakan arkitek di syarikat baru Suga. Sebab tulah mereka boleh kenal.

"Eleh! Orang nak bergurau sikit pun tak boleh. Sikit sikit sentap" sindir Suga.

Hayoung mencebik.

Gila kau tak marah. Serius dia rindu dengan kawan kawannya. Lima tahun dia tunggu saat saat ini.

Ekhmm! Rindu kawan kawan ke, rindu orang lain.

Entah apa yang Daniel buat sekarang. Niatnya bila sampai nanti, dia nak minta maaf dengan Daniel. Dulu tak sempat mintak maaf. Agak agak Daniel nak maafkan dia tak? Hmm belum cuba belum tahu.

Setelah berjam jam didalam kapal terbang, akhirnya mereka mendarat dengan selamat. Finally sampai juga. Wah tak sabarnya nak jumpa kawan kawan.

"Ibu kita balik rumah terus. Hayoung nak tidur"

"Yelah. Ibu tahu Hayoung tak sabar nak jumpa buah hati kan"

Hayoung mencebik. Ibu ni tak habis habis dengan Daniel. Kalau ibu nak tahu Daniel dah bencikan Hayoung ibu.

"Mana adalah. Hayoung cuma penat aje"

Hayoung tersenyum hambar.

Daniel mengambil tempat didepan lelaki yang sedang menunggunya di sebuah cafe. Tangannya yang berdarah dibiarkan. Dia sudah terbiasa dengan semua tu. Bagi dia darah tu macam air putih yang mengalir.

"Kan aku dah cakap, kalau tak ada apa apa info jangan jumpa aku" tegas Daniel.

Kecut perut lelaki di hadapannya ini.

"Bukan macam tu bos. Hari ni info betul betul lain dari yang lepas" jelas lelaki yang merupakan anak buah Daniel itu.

"Cepat cakap. Aku tak ada masa nak tunggu lama lama"

"Okey macam ni. Dia baru tiba disini tiga jam yang lepas"

Daniel mula tertarik tapi dia cuba kawal riak wajah dia.

"Maksud kau?"

"Dia baru balik dari Ireland. Dia ikut oppa dia kerja sana"

"Ni kau punya habuan. Nanti apa apa aku call kau. Keep eye on her"

"Baik bos"

Lelaki itu mengangguk. Memang seronok kerja dengan Daniel. Payments dia paling terbaik diantara mafia mafia yang dia pernah kerja.

Hayoung ke hulu ke hilir di depan pintu pagar. Betul ke tidak rumah ni yang dia pernah datang lima tahun lepas. Harap harap tak pindah rumahlah.

Sedang dia mengerah otaknya, seorang lelaki berpakaian jaket kulit hitam bersama t-shirt putih di dalam datang membuka pintu pagar. Tak peduli dengan dia yang berdiri macam patung mannequin itu.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now