Hanum Part 1

155K 171 1
                                    

Bam bamm bammmmm...!!!

Beberapa kali aku menepuk meja di depanku. Sementara isteriku Hanum masih terus menutup wajahnya, dia masih terus menangis. Sejak dari tadi lagi isteriku sudah menangis, sejak dia mulai menceritakan apa yang dia alaminya kepadaku. Cerita yang begitu menyayat hatiku. Aku benar-benar marah, tapi bukan kepada dirinya, kerana aku tahu dia hanya menjadi mangsa keadaan. Aku marah kepada situasi dan orang yang telah membuat Hanum menjadi begini.

Namaku Ridhwan, 35 tahun. Dan isteriku, Hanum Delisha, 31 tahun. Sudah 5 tahun kami mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan anak. Aku bekerja sebagai seorang executive di sebuah sharikat audit yang ternama, manakala isteriku pula bekerja sebagai accountant di sebuah syarikat pembinaan tempatan.

Hanum adalah wanita yang sangat cantik dan menawan. Berkulit sawo matang, bertudung dan sopan tingkah lakunya. Kali pertama bersua muka sahaja telah berjaya memikat hati ku pada insan bernama Hanum. Kami berkenalan sejak kami di universiti lagi ketika aku menjadi fasilitator senior untuk orentasi pelajar baru di universiti kami. Sebulan setelah tamat orentasi, kami menjadi pasangan kekasih dan saling mencintai antara satu sama lain. Setelah setahun Hanum menamatkan pengajiannya di universiti, aku menyuruh keluarga ku untuk meminang Hanum sebelum menjadikannya isteri ku yang sah selepas 2 tahun bertunang. Sepanjang kami menjadi pasangan kekasih kami saling menjaga batas kami sesuai dengan ajaran islam. Pertama kali aku menyentuh tubuh Hanum hanya setelah kami sah menjadi suami isteri.

Ramai rakan-rakan ku yang memuji ku mengahwini wanita secantik Hanum. Akupun bersyukur akan jodoh ku, dan kujaga perkahwinan kami dengan baik sampai sekarang walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Tapi sayangnya, malam ini, aku benar-benar merasa menjadi orang yang sangat bodoh, kerana gagal menjaga istriku. Telah ada lelaki lain, yang berjaya memaksanya menyerahkan tubuhnya. Hal itulah membuatkan aku beberapa kali menepuk meja di depanku.

Hanum telah menceritakan semuanya, dengan sangat detail. Dia bersumpah tidak ada yang disembunyikan lagi. Aku tahu Hanum, dia tidak mungkin berbohong membuatku marah kepada diriku sendiri.

Cerita ini dimulai dari beberapa minggu yang lalu. Waktu itu Hanum terpaksa overtime dan pulang agak lewat. Aku memang jarang menghantar atau menjemput Hanum dari kerja kerana dia membawa kereta sendiri setiap hari. Hari itu Hanum tidak overtime bersendirian, hampir semua rakan-rakanya departmentnya turut kerja lebih masa demi menyiapkan report tahunan syarikat. Pukul 8 malam baru mereka selesai menyiapkan tugasan mereka untuk hari itu. Setelah berpisah dengan rakan-rakannya yang kebanyakanya menaiki kemudahan awam, Hanum menuju ke parkir kereta sendirian di bawah pejabatnya. Kawasan itu memang sunyi pada waktu malam kerana kebiasaaannya tiada orang pulang selewat itu. Ketika Hanum hendak membuka pintu keretanya, tiba dia dikepung oleh 4 lelaki bersenjatakan pisau dan parang.

"Jangan bergerak atau kami bunuh!" jerit seorang diantaranya.

Hanum tak dapat melihat dengan jelas wajah keempat orang yang menahannya karena mereka semua memakai topeng. Lelaki yang menjerit tadi juga mengacukan parang ke arah leher Hanum. Mahu tak mahu diapun mengikut arahan lelaki itu untuk diam tidak bergerak sambil mengangkat tangannya tanda menyerah.

Tiba-tiba salah seorang lelaki lain membawa pisau mendekati Hanum, dan merampas handbagnya dan mengeledah isinya. Handphone Hanum diambil, dompetnya juga, dibuka dan diambil semua duit yang ada. Hanum berharap ada seseorang atau siapapun yang datang menyelamatkannya, namun kawasan itu ternyata sunyi tiada orang lain.

Sesudah itu tiba-tiba lelaki yang menjerit padanya tadi memeluknya dari belakang. Hanum menjadi semakin cemas, apabila dipeluk sambil 3 lagi lelaki asing mengerumuninya. Tiba-tiba keberaniannya untuk membela diri muncul. Dia tak mahu dirogol lelaki-lelaki asing itu, Hanum cuba melawan sedaya upaya.

Kisah HanumWhere stories live. Discover now