1

467 12 0
                                    

Pagi ini terasa sangat sejuk, aku masih bermalas malas di atas katil. Aku masih tidak mahu terfikir akan peristiwa yang menimpa aku sejak kebelakangan ini.

Perit. Gundah. Gelisah. Itu semua yang sedang bermain dalam kotak fikiran aku. Aku hanya mahu hidup normal. Ya normal seperti seorang manusia yang hidup di atas muka bumi ini yang hanya bergembira walaupun ditimpa masalah.

" Bila aku mahu menjadi normal " berkata aku di dalam hati.

Nama pendek dan orang memanggil aku Berg. Kalau nama penuh memang lari dari nama panggilan iaitu Jailani Ahmad. Mungkin aku kerap menonton filem filem luar negara yang bercorakan yahudi . Itu sebab nama Berg digunakan sejak kecil sehingga sekarang.

Aku masih memerhatikan pusingan kipas siling berputar. Hidup seperti kipas lagi senang. Hanya berpusing apabila ditekan. Tak seperti aku yang hidup penuh dengan tekanan.

Kerja, Cinta , Kehidupan aku semua tidak normal. Tidak pernah normal. Adakah aku mampu berubah ?

Aku memeriksa telefon pintar aku dan banyak panggilan yang aku sengaja tidak mahu mengangkatnya . Hampir 100 missed calls dari kawan aku yang mengetahui kehidupan aku yang sebenar.

Kawan aku, Aidil. Dia normal. Tapi dia sangat memahami aku yang tidak normal ini. Kami berkawan sejak sekolah menengah sehingga universiti dan sekarang masuk ke alam pekerjaan. Dia kenal aku walaupun aku tidak kenal diri aku .

" shit, ada jobs dengan Cik Zam aku terlupa " maki aku dalam hati. Aku melihat jam di dinding dan melepaskan rasa lega kerana sempat untuk melakukan jobs tersebut.

Sebagai seorang photographer aku bekerja di waktu orang memanggil dan Cik Zam memanggil aku untuk bekerja untuk shoot gambar model baju terkini keluaran jenama beliau. Mungkin hasil kerja aku menangkap hatinya untuk memanggil aku lagi.

Aku mencapai tuala dan terus ke bilik mandi...

BERG ( COMPLETED )Where stories live. Discover now