Ku Kan Setia (Bab 3)

2K 67 9
                                    

"Alif nak makan apa?", aku lihat wajahnhya, jelas kelihatan riak tidak senang di wajahnya. "Buang rokok kat tangan tu, Alif tak suka", katanya jujur. Aku sedikit tersentak, perlahan aku campakkan rokok yang baru aku nyalakan itu ke lantai  dan aku pijak, "Done", aku tersenyum. "Kalau sayang Alif, jangan hisap rokok, janji?", dia pandang aku dalam. Aku angguk perlahan sambil mengangkat tangan tanda ikrar.

Perlahan aku tersedar dari lamunan memori zaman kolej kami. Aku tergelak kecil. "Haa, gelak kenapa tu?", Faris cuit pinggangku. "Teringat zaman kolej lah, sweet sangat time tu. Aku rasa macam aku bawa jelmaan Ummi aku masuk kolej", aku tergelak besar kali ini. Beza Alif dengan Ummi cumalah jantina ketika itu, membebel dan tahap menyibuk itu memang serupa dah, haha. "Untunglah dia, dari sekolah, sekolah menengah, kolej, universiti sampai laa tua ni pun, abang dia still ada", ajuknya. Aku campak sebatang pen kepadanga. Kami berdua tergelak besar. "Bila dia pergi London?", soalannya mematikan gelakku. "Urm, esok", wajahku sugul. "Hey, chill beb. Sekejap je kan ? 3 bulan", dia duduk di hadapanku. "Lepas balik kerja ni aku terus nak kena siap siap hantar dia KLIA", aku bermain dengan jari. "Beb, janganlah macam ni. Dia bukannya tak balik langsung", dia usap tanganku. "Hahaha, aku tahu. Tapi ... Entahlah Faris. Kalau aku tak nampak dia depan mata aku, aku risau", aku jujur. Faris mengangguk tanda faham.


"Kuatnya peluk, Alif tak boleh nafas dah ni", dia mengusikku. Usikannya tak aku hirau, sepanjang jalan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur, aku dakap tubuhnya erat. Dadanya basah dengan air mataku. "Dah .. Janganlah macam ni", dia angkat kepalaku setelah berjam lamanya aku bersandar di situ. "Alif ... Alif", rengekku. "Dahlah. Aipp. Janganlah menangis. Malulah ayah tengok", ayah dan mak di depan tergelak besar. Ummi disebelahku tak payah cakaplah, terkekek kekek dia. Aku tepuk bahunya kuat dan sambung memeluk tubuhnya lebih kuat.


"Jaga diri baik baik, jaga iman, jangan makan benda yang bukan bukan, jangan merayau malam malam, bahaya", aku membebel panjang sambil memunggah barangnya keluar dari kereta, wajahnya lesu dan sugul. "Alif, Ril serius ni. Jaga diri baik baik. Ril sayang Alif", kataku malu sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. Malu sebab ayah, mak dan ummi memandang ke arahku dengan gelak tawa. "Sini", aku didakap erat Alif. Perlahan pipi kananku dikucup, pipi kiri , dan kemudian dahiku. Memerah pipiku, mentang mentang dia lebih tinggi dari aku, suka hati je dia nak cium, haha. "Jaga diri elok elok, jaga mak, ummi, ayah, Raihan. Alif percayakan Ril. Jaga diri Ril elok elok. Alif sayang Ril juga", katanya sebak. Perlahan bibirnya mendekat dengan cuping telingaku, "Jangan nak menggatal eh waktu Alif takde. Alif balik, Alif piat Ril", bisiknya perlahan. Aku tergelak besar. "Alif tu. Jangan balik nanti bawa balik bini mat saleh. Ril cubit kan", aku menyambung. Dia tersenyum manis sebelum mencubit perlahan pipiku. "Raihan, sayang Abah. Dengar cakap Abi tau ? Jangan nakal nakal, jangan susahkan Abi. Abah sayang Raihan", ucapnya perlahan, Raihan di dakapanku dicium lama. "Ayah, mak, Ummi, Alif pergi dulu, doakan Alif, jaga diri elok elok, Alif sayang kalian", didakap Ayah dan Mak erat. Ummi diberikan tunduk hormat, Ummi mengangguk dengan air mata. Sekarang kalian tahu dari mana aku dapat sifat drama tu kan ? Haha.


****


"So how's life?", kataku perlahan. "Getting better Ril ! Seronok kursus dekat sini", jelas riak seronok di wajahnya. Mujur ada Skype sebagai pelepas rindu kami. "Raihan, say hi to Abah", aku tayang wajah comel Raihan , tergelak besar anak itu memandang wajah Abahnya, aku tahu dia rindu sekali dengan Abahnya, aku juga. Sudah 2 bulan setengah Alif di sana, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum dia pulang ke Malaysia. "Ril, I got to go, jaga diri baik baik, meh pipi", aku dekatkan pipiku ke skrin, "Muah", katanya perlahan. Aku tergelak kecil, dari dulu hinggalah sekarang, dia memang tak berubah. Walau sudah berkahwin dengan Khadijah, dia tetap manja denganku. Haih Alif ... 

Ku Kan SetiaWhere stories live. Discover now