#SeramChak SAKBA 😀

542 16 5
                                    

- Yana - (Part 1)

#SeramChak SAKBA ✨

Kisah bermula bila seorang gadis cantik bernama Yana (bukan nama sebenar) bersama Dania (juga bukan nama sebenar) pergi ke kelas pukul sepuluh malam untuk berdating bersama Danish (juga bukan nama sebenar). Yana ni kiranya awek Danish la, and Dania ni pi teman, macam biasala.

Depa pi dating di kelas paling atas (tingkat 3) iaitu kelas form 4. Hm berani sia.

First tu biasalah dating. Sampailah pukul 11 something Danish ni baliklah asrama. Dua orang kakak ni lepak lagi, main fon sambil borak-borak, sampai la dekat pukul 12 then diorang nak balik.

And the 'gangguan' start.

..

Yana duduk silang kaki sambil main fon. Dania bangun tolak kerusi. "Jom la dah pukul 12 ni. Taknak balik lagi?"

Yana angguk sambil tangannya masih rancak mereply dm ig. "Ha sat sat." Yana simpan fon dalam poket dan berdiri kemas-kemas meja tempat dia duduk.

"Wei Dania... Aku rasa something la." Dania kerut dahi mendengarkan kata-kata Yana.

"Dah dah jomlah balik." Dania cepat-cepat tarik tangan Yana.

DUM!

Pintu depan belakang terkunci. Dua gadis tadi terkejut. Masing-masing mengucap dalam hati.

Angin bertiup kencang. Yana dah nampak lembaga dekat pokok belakang kelas. Dia tarik nafas dan pegang tangan Dania kuat-kuat.

"Ya Allah macam mana ni?" Dania tanya Yana. Lampu berkelip-kelip, angin bertiup sangat kuat sampai kedua-dua orang ni tak boleh bergerak lansung. Masing-masing dah cuba baca apa yang terlintas dalam hati.

Terkumat-kamit cuba ingat balik ayat hafazan. "Yana! Contact Danish, suruh dia bawak geng-geng BADAR mai setel."

Yana kalut. Dia whatsapp Danish. Three words. "Tolong. Kami sangkut."

Dan mereka terus stuck untuk beberapa ketika. Sehinggalah Danish perasan mesej tu, dalam lebih kurang suku jam kemudian.

....

Fakhrul (bukan nama sebenar) jalan pergi kelas. Ambil buku, nak study. Jam dah pukul 12 tapi dia lansung tak takut. Bukan cakap besar cuma, dia yakin tak ada apa-apa.

Niat dia baik, nak study.

Tiba-tiba dia rasa nak terkucil. Dia masuk toilet. Lepastu masa dia basuh tangan, dia nampak ada dua orang batchmate dia kat luar.

Dia pun keluar. "Dania, Yana, buat apa kat sini malam-malam?"

Dua orang tu senyap. Senyum.

Fakhrul garu kepala. Selalu bising, riuh. Harini tetiba hilang mulut. "Dah pi la balik, hangpa perempuan. Tak elok la malam-malam ni mai kelas."

Dania dan Yana senyum dan tiba-tiba lari meninggalkan Fakhrul. Lari sampai dekat satu lorong gelap yang menghubungkan blok upper form dan lower form. Laju.

Fakhrul hairan. Dia angkat bahu dan terus blah. Tanpa dia tahu, Dania dan Yana tengah struggle kat kelas sebelah toilet. Fakhrul lalu. Pintu tertutup. Lampu tutup. Dan dia lansung tak perasan apa-apa.

Balik. Selamba macam tak ada apa.

...

Danish berguling gelak-gelak dengan dormmate dia. Kemudian dia ambil fon. Saja nak main. Or lebih tepat, nak chat awek. Baru lepas berapa jam tak jumpa dah rindu.

"Tolong. Kami sangkut."

Danish dah tahu apa yang jadi. Dia kalut bangun. Pergi cari set-set BADAR terulung untuk setel.

Dia pun angkut la dalam lima orang nak pi setel. Luq, Naz, Far, Arif and Yol.

Luq ni kira orang paling kuat agama la kat SAKBA ni. Hafal 30 Juz in 2 months camtu after habis SPM ni. And kadang-kadang certain fatwa yang kami taktau, dia la yang habaq. Tazkirah tiap-tiap Sabtu malam tu dia la yang kasi. Naz, Far, Arif and Yol ni pun antara set-set alim jugak.

Depa pun pi la kelas. Kalut masing-masing, masa tu dah dekat pukul 1. Aspura ni macam free sikit nak keluar masuk sebab pagar keliling asrama takdak.

Depa naik tangga belah upper form. Baru nak naik tingkat tiga, tiba-tiba Yana dan Dania lari turun tangga, pergi ke blok lab science. Nasib baik blok tu ada grill and grill tu kunci.

Kalau tak, memang terlepas la depa dua orang kat blok tu. Dah la gelap, sebab malam memang tak bukak lampu, tambah-tambah time weekend memang takdak orang.

Kakak dua orang tu panjat grill. Nak pergi blok belah sana. Pegang grill tak lepas. 3 orang tarik Yana and 3 orang tarik Dania.

3 orang laki kot pi tarik! But still dua kakak ni menggila and tak lepas grill tu.

Depa semua baca ayat qursi and ayat-ayat Al-Quran yang boleh membantu and heret kakak dua orang ni balik asrama.

Then bila depa dah sedar, Luq bagi air untuk jadikan pendinding. Dan bila depa ingat gangguan tu dah stop,

Actually, itu baru permulaan.

#SeramChak yall? 😂






Fakta Budak AsramaWhere stories live. Discover now