02

90 3 5
                                    

P/s: banyak carutan dalam chapter ini. Harap bertabah lol.

P.U.T.I.H.  putih.

Dalam pengetahuan aku, putih ni adalah sejenis warna yang melambangkan kesucian. Kalau persoalkan warna putih pada bendera, ia juga membawa maksud kesucian. Tapi jikalau melibatkan orang yang berkulit warna putih, aku tolak maksud suci tu. Aku bukan racist, aku takda masa untuk hal perkauman ni.

Namun dari sudut psikologi, warna putih ialah warna yang menenangkan kerana menciptakan kesederhanaan, mampu memberi kesan kebebasan dan keterbukaan, membantu menambah kejernihan mental, membersihkan fikiran dan tindakan. Ia juga membantu dalam penyembuhan dan menciptakan suasana tenang dan suasana kepedulian dalam merawat pesakit.

Tapi bukan untuk aku. Malah ia hampir-hampir buat aku lupa akan kewujudan warna lain. Sebetulnya aku telah pun lupa bagaimana sesuatu warna itu berwarna walaupun aku mengingati nama warna tersebut. Ini membuatkan otak aku semakin hilang punca untuk terus berfungsi.

Bagaimana otak aku nak berfungsi dengan baik kalau mata dan otak aku hanya dapat menghadam bilik kosong yang berwarna putih ini. Semakin lama aku ditempatkan dalam bilik ni, silap hari bulan otak aku pun boleh berubah warna ke putih. Doktor ni pun satu, nak sembuhkan aku atau tidak?

Aku rasa seseorang kena bagitahu mereka yang putih tak dapat membantu untuk menenangkan dan memberi kesucian kepada pesakit. Lagi-lagi pesakit macam aku ni. Disebabkan itu la aku nak bertindak untuk keluar dari bilik ini supaya aku boleh tengok warna-warna lain bagi mewarnai semula hidup aku.

'Jiran' sebelah bilik aku pun selalu meraung dan menjerit mengatakan yang dia mahu keluar dari situ. Mungkin dia juga ditempatkan dalam bilik seperti aku. Akan tetapi, setiap kali dia bertindak sedemikian. Pasti ada bunyi tapak kasut seperti ramai orang sedang berlari menuju ke biliknya. Selepas itu, bunyi seperti mereka mengheretnya dan dibawa ke suatu tempat yang hanya diketahui oleh 'mereka'.

Sekurang-kurangnya dia berjaya keluar dari bilik seperti neraka ini. Bilik Neraka Putih. Hm cantik nama. Bilik yang hanya dibekalkan sebuah katil bujang, juga berwarna putih. Tetapi ini bilik neraka moden, kerana masih sudi membekalkan katil yang selesa untuk pesakitnya. Oh tidak lupa juga makanan, makanannya pun kau faham-faham la bagaimana. Hehe

Jika cara yang 'jiran' aku lakukan itu boleh membantu aku keluar dari neraka putih ini maka, itu lah yang akan dilakukan oleh aku. Kami akan sama-sama menjerit agar aku juga diheret keluar dari bilik ini.

* * * * *

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Dia menjerit lagi, tapi kali ini lebih kuat dan lebih kesat kata-katanya berbanding selalu. Aku pun turut bersamanya menjerit tak tentu hala mintak dilepaskan.

"Aku nak keluar la pukimak! Tak faham ke ha?! Berapa kali aku nak cakap kat korang semua yang aku nak keluar! Aku nak keluar la! Aku nak keluar! Bangsat!" marah 'jiran' sebelah aku.

"Setan! Kau boleh diam tak?! Kau fikir kau sorang je nak keluar dari neraka ni?! Aku pun nak keluar la! Dah lama aku tahan dengar suara kau yang macam babi tak cukup nafas tu! Eii sial la!" balas aku. Aku geram sebenarnya kerana suaranya terlalu kuat untuk aku lawan.

"Babi kau diam! Aku tak cakap dengan kau! Aku cakap dengan anjing-anjing dekat luar sana yang selalu heret aku pergi bilik umpama neraka! Huh! Apa kau panggil bilik ni tadi? Neraka? Ha ha ha! Bilik ni umpama syurga lagi dekat aku. Neraka ada dekat hujung sana. Neraka boek punya!" balasnya dengan kasar dan suara yang kuat. Peduli apa aku ni neraka atau syurga bagi kau. Janji aku dapat keluar dari sini.

Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka dan beberapa orang yang aku agak merupakan jururawat di sini masuk ke dalam.

"Bawak dia sekali!" tegas arahan yang diberikan oleh seseorang di antara mereka yang mungkin ketua kumpulan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mental | kth Where stories live. Discover now