Chapter #07

87 21 8
                                    

"Chorong ah!"

Langkah Chorong terhenti apabila terdengar namanya dipanggil.

"eo! Changsub-ah!" Chorong tersenyum selepas mengenal pasti siapakah yang memanggilnya.

"teman aku makan jom" ajak Changsub ceria.

Tanpa teragak-agak Chorong terus bersetuju dengan ajakan Changsub.

××skip××

[kantin]

Chorong dan Changsub duduk di salah satu meja sambil berbual mesra. Kemesraan di antara Changsub dan Chorong sangat berbeza berbanding kemesraan Mark dan Changsub.

"dah lama aku tak nampak kau... Ingatkan dah berhenti"

"tak lah. Yoo ssaem kan cuti so aku pun kenalah cuti. Kalau tak siapa nak ajar aku?"

Chorong hanya mengangguk mendengar jawapan Changsub. Yoo ssaem merupakan satu-satunya guru yang mengajar subjek yang diambil oleh Changsub.

"ah lupa... mian" ucap Chorong sebelum mencapai minuman yang berada dihadapannya.

××skip××

[kelas]

"Chorong mana?" tanya Bomi yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.

"lepak dengan Changsub sunbae" jawab Mark malas

"kenapa kau tak follow?" tanya Bomi lagi.

"tak nak aku jadi orang ketiga" Mark menekankan perkataan 'orang ketiga' dan berjaya membuatkan Bomi dan Jinyoung tergelak.

"dah tak payah nak tunjuk muka broken heart kau tu lah. Sunbae nak berkawan je tu" Jinyoung cuba memberi semangat.

"ntah. Sunbaenim bukan penakut macam kau" Bomi seakan mengejek.

"ish!" Mark dengan selamba memukul lengan Bomi yang sedang duduk dihadapannya.

Dan seperti yang dijangka, pukulan dari Jinyoung mendarat di lengannya sebelum mereka bertiga sama-sama tergelak.

××skip××

[Jeguk High]

Seperti biasa mereka berempat menunggu untuk dijemput di hadapan sekolah.

"Mark.... kau ok?" tanya Chorong memecahkan kesunyian.

"Mark..." panggil Chorong lagi sambil menarik coat Mark apabila soalannya tadi tidak dijawab.

"haaa? ok" jawab Mark pendek.

"kau marah aku ke?"

"hmmmm... petang ni lepak rumah aku nak?" soal Chorong lagi selepas soalannya tadi dibalas oleh gelengan Mark.

'dia pujuk aku ke? cutenya!' detik hati Mark. Sesungguhnya muka gadis di hadapannya sangat comel apabila membuat rupa begitu.

"kalau tak nak ta-"

"ok!" potong Mark sebelum sempat Chorong menghabiskan ayatnya.

"ok! aku tunggu tau" jawab Chorong ceria.

"ehem!" Bomi berdeham.

"tak nak tanya aku dulu ke?"

"mian... boleh tak? Kau ajak lah Jinyoung" Chorong menunjukkan 'muka kesian'.

"kalau aku kata.... tak boleh?" Bomi sengaja ingin melihat reaksi Chorong apabila dia tidak bersetuju dengan cadangannya untuk mengajak dua jejaka tersebut ke rumah mereka.

"jebal" dengan pantas Mark dan Jinyoung berdiri di hadapan Bomi sambil membuat gaya seakan-akan sedang merayu manakala Chorong masih terpinga-pinga.

"ye lah ye lah"

"ok! nanti aku datang! bye!" jerit Jinyoung sambil berlari menuju ke keretanya.

Beberapa minit kemudian pemandu Bomi dan Chorong pun tiba. Mark terus menuju ke keretanya sebaik sahaja kereta yang dinaiki Bomi dan Chorong hilang dari pandangan.

______

[Bomi's House]

"ahjumma!"

"eomo!" wanita pertengahan usia yang sedang memasak itu terkejut apabila disergah dari belakang.

"ahjumma!" Chorong sedikit menjerit apabila bajunya terkena minyak yang sedang dipegang oleh wanita itu.

"mianhae.... mianhae... mianhae..." wanita tadi menggelabah ingin membersihkan baju Chorong namun dihalang.

Bomi yang dari tadi berdiri di sebalik dinding hanya mampu ketawa melihat kejadian itu.

Walaupun mereka tahu pembantu rumah mereka tersebut sangat mudah terkejut, namun mereka sangat suka menyakat wanita tersebut.

"ahjumma... biar je dia tu... ni nanti dah siap panggil tau... biar kitorang yang letak kat sana" arah Bomi sambil jarinya menunjuk ke arah meja makan.

"nae..." jawab wanita itu pendek sebelum meneruskan sesi memasak.

"jom" Bomi menarik tangan Chorong yang masih sibuk membersihkan bajunya.

Bomi tergelak apabila melihat wajah masam Chorong.

"kau yang salah... dah tak payah nak buat muka tu... pergi tukar baju" arah Bomi sebelum melepaskan tangan Chorong.

"Chorong-ah wae?" tanya Puan Goo yang baru sahaja turun dari tangga.

"ahjumm-"

"dia kejutkan ahjumma" potong Bomi sebelum tergelak.

Jawapan Bomi berjaya membuatkan Puan Goo tergelak. Rupanya Chorong masih tidak serik dengan kejadian 5 tahun lalu dimana badannya dipenuhi kimchi apabila pembantu rumahnya itu secara tidak sengaja menuang kimchi yang baru dibuat kerana terlalu terkejut dengan sergahan Chorong.

Chorong dengan muka masam mencuka menuju ke biliknya untuk menyalin pakaian.

______________ „ ____________




A/N: Idea tak banyak.... mian... Chapter awal-awal memang boring...
but kena baca kalau nak tau cerita coz nanti ada sedikit twist di chapter-chapter seterusnya ^^

Keep supporting LLAD guys!  ^_^


Thanks for reading :)

[✔] SSBFA II: Love Like A Dream (꿈같은사랑) || JinMi | MarkRong | BaekMiWhere stories live. Discover now