Chapter #20

111 22 12
                                    

"Kau rasa Bomi dah tahu ke?" Soalan Mark membuatkan Chorong dan Baekhyun terdiam.

"aku rasa tak" jawab Chorong pendek.

"what if Bomi tahu?" Mark bertanya lagi.

"tahu apa?" Bomi yang baru sahaja tiba bertanya dengan muka ceria. Dia tidak tahu apa yang mereka bincangkan tetapi dia dengar namanya turut disebut.

"Bo...Bomi-ah" Mark cepat-cepat menyembunyikan handphone miliknya. Namun, sikap Mark yang agak pelik membuatkan reaksi muka Bomi berubah. Dia tahu ada sesuatu yang sedang mereka bertiga sembunyikan.

Bomi dengan pantas merampas handphone dari tangan Chorong.

"wow"

Setelah agak lama mendiamkan diri, hanya itu perkataan yang mampu diluah.

"Mijoo-ya, about your engagement, is that true?" beberapa orang pelajar yang berada di luar menginginkan kepastian daripada Mijoo.

"yes!" jawab Mijoo teruja sambil melangkah masuk ke dalam kelas. Senyumannya mati apabila terlihat Bomi dan rakan-rakannya.

"korang pun datang tau. Ni invitation and all of you must come ok" terang Mijoo sambil menghulur tiga keping Invitation card berwarna purple.

"kau pun... akan datang kan?" tanya Mijoo seraya menghulur sampul invitation card kepada Bomi.

"ofcourse I will" jawab Bomi sebelum mengambil kad yang dihulur.

"I'm looking forward to see you there" bisik Mijoo sebelum melangkah keluar.

××skip××

Bomi dan Baekhyun telah bersedia di broadcasting room 30 minit lebih awal sebelum waktu rehat. Itu merupakan rutin mingguan mereka.

Seperti kebiasaan, Bomi mengambil sebuah peti yang dipenuhi surat yang terdiri daripada luahan hati para pelajar Jeguk High. Confession Box telah menjadi popular di kalangan para pelajar Jeguk sebaik sahaja diperkenalkan oleh Encik Jung.

Para pelajar tertarik dengan idea pihak broadcasting untuk mewujudkan peti tersebut kerana itu membolehkan para pelajar membuat luahan/bercerita tanpa perlu mendedahkan identiti mereka.

Bomi mencapai sebuah kunci yang terletak di atas meja sebelum membuka peti tersebut.

Kerana masa yang terhad, mereka hanya boleh memilih 5 surat, Bomi dan Baekhyun memilih dengan berhati-hati.

Setelah beberapa minit, akhirnya lampu yang menandakan broadcasting room sedang 'on air' menyala. Apabila lampu tersebut menyala, itu bermakna seluruh Jeguk High dapat mendengar apa yang dibacakan oleh mereka.

Bomi mengambil tempat di bahagian dalam manakala Baekhyun menjaga bahagian luar dimana terletaknya 'audio control surfaces'.

××skip××

setelah selesai membaca 3 daripada 5 surat-surat tersebut, Bomi dan Baekhyun menukar tempat. Kali ini Baekhyun pula yang akan menyambung tugas Bomi sebentar tadi.

Setelah mengambil tempat, Baekhyun menunjukkan isyarat bersedia dan Bomi mengaktifkan semula mikrofon.

Baekhyun membaca isi salah satu surat yang dipilihnya dengan berhati-hati dan tidak mengubah walaupun satu ayat.

Tanpa sedar, air mata Bomi mengalir. Dia juga tidak sedar dia menangis sehinggalah tiba-tiba bahunya terasa dipegang oleh seseorang.

"Baekhyun-ah" Bomi mengesat air matanya. Dia tidak tahu sejak bila Baekhyun berada di situ.

[✔] SSBFA II: Love Like A Dream (꿈같은사랑) || JinMi | MarkRong | BaekMiWhere stories live. Discover now