Part 25

5K 193 37
                                    

Harris P.O.V

Malam ni Kirana jemput ke parti hari lahirnya..Kirana dengan aku dah kawan lama..Jadi macam dah dikira kawan baik la..Sejak kecil aku kenal dia..Sebenarnya Kirana dengan aku pernah bercinta beberapa tahun lepas tapi dah putus..Sebab putus bukan sebab dia tahu aku gay..Tapi aku tak selesa dan rasa janggal sebab dari dulu aku dah bergurau senda, guna perkataan kesat dengan dia..Tiba-tiba jadi pasangan kekasih..Memang janggal gila..Jadi untuk kurangkan rasa keseorangan malam ni, aku ajaklah Kamil...Harap-harap dia tak tolaklah..Masing-masing bawak pasangan..Takkan aku bersendirian kot..Malu siakk..

Pintu bilik dibuka dan gerangan si jantung hati melangkah masuk ke dalam..Wajahnya tak menunjukkan sebarang reaksi..Macam melepas je aku malam ni..Nak tegur ke tak nak..?Dia tak ada mood kot..Aku kembali baring ke katil..Masih berbaki kurang 5 jam lagi majlis tersebut nak berlangsung.. Telefon dibelek kosong..Aku tak tau nak siapa lagi..Dalam fikiran hanya ada Kamil..Argghh..Hati aku berdegup kencang nak tanya dia ni..Ahh..Abaikan..

"Ermm..Kamil..Kau nak join tak malam ni..?Aku tak ada kawan la.." aku beranikan diri menanyakan soalan tersebut..Sekali lagi selepas ajakan pertama tadi tiada balasan jawapan dari dia..Kamil senyap..Kamil menukar pakaian dia sebelum berlalu keluar dari bilik..Aku jadi murung..Apa salah aku siak..Aku ajak je..Kalau tak nak cakap je la tak nak..Tak susah pun kan..Hati aku panas diabaikan..Aku bangun dari katil menuju ke meja belajar..Laptop dibuka mencari laman web yang boleh aku layan cerita..Baik aku layan cerita dari fikir pasal dia..Telefon aku berdering tanda mesej masuk tapi aku biarkan..

************************************

Dah pukul 7.30 malam dah ni..Aku bersiap-siap nak ke rumah Kirana..Aku mengenakan pakaian sesimple habis..Cukup kot..Bukan majlis aku kan..?Jeans hitam dengan t-shirt putih kosong serta jaket hitam..Dan semestinya aku berkasut..Memang cara aku keluar pergi mana-mana mesti berkasut..Telefon dicapai sebelum bergerak kereta..Sebelum aku mulakan perjalanan, tergerak hati nak tengok notification.. Aku tak perasan ada mesej dari Kamil..Merah muka aku..

'Ermm..Boleh je...Nak tunggu kat mana..? By the way..Sorry for late give the answer..' – Kamil..Aku seronok teramat sampai senyum jejak ke telinga..Aku mendail nombor telefon Kamil..

"Hello..Kau kat mana..?Tunggu kat bilik kejap..Jap lagi aku sampai.." aku mematikan panggilan sebelum bergegas ke bilik...Pintu bilik dikuak..Kamil tidak berbaju..Hanya berseluar pendek paras lutut..

"Eah..Sorry..Aku tak siap lagi..Kau pun tak cakap nak gerak pukul berapa..?" Kamil tersenyum kambing..Aku memandang wajah tampan dia..Baru balik bersenam mungkin..

"Sokay..Gi la siap..Ada baju tak..?" aku bertanya..Kamil menggeleng lalu mencapai alat mandi sebelum bergegas ke bilik air..Aku apa lagi..Menyelongkar almari dia..Berani buat bila dia tak ada je..Aduh..Dia ni memang tak pandai bergaya ke..? Banyak baju yang besar-besar..Tak apa..Aku menutup almari dia sebelum aku menyelongkar almari aku..Mujur saiz badan aku dan badan Kamil lebih kurang..Jadi apa salahnya aku bagi pinjam baju aku kan..?Tak lama lepas aku cari baju, Kamil buka pintu dengan keadaan yang basah..Bapak menggoda gila..Memang sengaja ke apa ni..?Tergugat siak..Tahan nafsu kau Harris..Takkan kau nak dapatkan dia dengan jahat..

"Nah..Kau pakai baju ni..Aku bagi pakai..Aku tunggu kau kat bawah.." aku memberikan Kamil masa dan ruang untuk menukar pakaian serta bersiap..Okay..Ni dah macam temu janji pertama aku dengan Kamil..Fuhh..

Hoi Budak GemukWhere stories live. Discover now