Part 35

4.8K 192 48
                                    

Genap 3 bulan Haikal bercuti bersama ibu dan ayah dia..Seperti yang dibincangkan sebelum ni, aku akan menjaga Haikal ketika di kolej..Iye..Aku masih lagi bilik yang sama dengan Haikal..Tapi Haikal yang dulu tak sama dengan Haikal yang sekarang..Haikal dulu ceria orangnya dan Haikal kini pendiam..Mungkin masih menganggap aku orang luar..Aku nekad..Suatu hari nanti pasti dia akan ingat aku juga..

"Haikal..Jom aku bawak kau jalan-jalan kat sini..Biar kau ingat sikit-sikit kat kolej ni.." aku dan Haikal keluar berjalan sekitar kawasan kolej..Dari asrama bawa ke dewan kuliah, pusat rekreasi dan macam-macam tempat lagi la..Dan akhirnya aku bawa ke kafe..Memandangkan dah nak hampir senja..Jadi terus ajak Haikal beli makanan..Dah 3 bulan Haikal tak minum manis..Mujur badan dia masih sama seperti dulu..Sejak tahu ada penyakit buah pinggang..Doktor sarankan minum air masak yang banyak..Dan kurangkan makanan bergula dan berkarbohidrat..

"Harris..Boleh tak aku nak ke bilik Solihin..?Kau tau kan..?" aku tersentak..Perasaan cemburu mula menimbul..Tapi semuanya aku ketepikan..Harap-harap Haikal boleh pulih sebaik dia berjumpa dengan Solihin..Aku membawa Haikal ke bilik Solihin...Pintu bilik diketuk sambil memberi salam..

"Waalaikumusalam..Eah Haikal..Aku rindu dekat kau doh..." Ameer membuka pintu terus memeluk Haikal..Aku tak tau pulak yang Ameer satu bilik dengan Solihin..Ameer pun aku kenal-kenal macam tu je..Haikal tersengih kaku..Janggal mungkin..

"Solihin ada...? Aku nak jumpa dia.." Haikal bersuara..Ameer melepaskan pelukan dia sebelum membuka pintu..Solihin sedang tidur..

"Ada tu..tengah tidur..Masuk la dulu..Kau sihat..?Maaf aku tak sempat melawat kau kat hospital.." Ameer berbasa basi dengan Haikal..Aku hanya mendiamkan diri..Haikal memandang Ameer sebelum tersenyum..

"Tak apa..By the way siapa nama kau ye..?" Haikal bertanya..Aku tengok reaksi muka Ameer dah berubah...Ameer mengejut Solihin..Sebelum Ameer menjawab pertanyaan Haikal..Aku memanggil Ameer untuk keluar sebentar..Aku nak jelaskan pada dia apa yang berlaku...

"Haikal hilang ingatan selepas pembedahan dulu..Sampai sekarang dia masih tak ingat orang-orang sekeliling dia..Yang dia ingat adalah mak dengan ayah dia..Dan Solihin...So aku harap kau bersabar kay..Aku pun tengah cuba untuk pulihkan ingatan dia.." aku menjelaskan pada Ameer..Tangan aku memegang bahu Ameer..Tapi Ameer menepis..

"Ni semua berpunca dari kau kan..Kalau kau tak bawak dia ke Langkawi hari tu..Benda ni tak kan terjadi...Apa kau dah buat dekat dia sebenarnya ha..?" Muka Ameer dah merah menahan geram..Aku masih boleh tenang..Aku tak tau pun semua ni nak terjadi..

"Kau ingat aku tau ke dia ada penyakit..? Benda nak jadi kan..Ingat kita boleh menolak ke semua tu..Tuhan dah tentukan.." aku membalas tenang..

HAIKAL P.O.V

Aku mendengar mereka bertekak..Tapi aku buat tak endah saja..Aku pun dah terima dengan hati yang redha..Solihin aku pandang ketika dia masih tidur..Aku tak tau kenapa orang ini yang ada dalam ingatan aku..Dan aku rasa orang ini adalah kunci kepada segala kotak ingatan aku yang hilang..Aku menggoncang badan Solihin sedikit..Solihin hanya bersinglet dan berseluar pendek..Seksi..

"Solihin..Weh..Bangun la.." aku mencubit hidung Solihin..Entah kenapa nafsu aku tergugat melihat Solihin..Aku memegang biseps Solihin..Urat timbul memandangkan Solihin putih..

"Haipp..Noty eah..Cium kang.." Solihin memegang tangan aku yang merayap ke tangan dia..Solihin tersengih memandang aku..Muka aku merah malu..Solihin bangun terus memeluk aku..

"Aku rindu kau sayang.." erat pelukan Solihin..Aku mengalirkan air mata..Aku mengangguk..Aku membalas pelukan Solihin..

"Aku pun.." aku melepaskan pelukan aku..Aku mengesat air mata yang mengalir..Wajah tampan Solihin aku pandang..Merah matanya menahan tangis..

"Kenapa kau tak bagitau aku kau ada sakit..? Ni semua mesti sebab Harris kan..?Kau obses dengan dia kan..? Aku dah pesan..Tapi kau degil.." Solihin membebel..Aku hanya memandang dia..Sekali lagi air mata aku mengalir..Entah kenapa perasaan pelik hadir dalam diri aku..Solihin dia seketika sebelum bibir dia lembut menyentuh bibir aku..Aku rasa macam terkejut sebab rasa macam pertama kali aku mencium orang..Dan ia adalah lelaki..

###########################################

Atas permintaan teman-teman pembaca..Aku lanjutkan lagi cerita ini sampai part yang tidak diketahui..Enjoy it..Bye..

Hoi Budak GemukOù les histoires vivent. Découvrez maintenant