Chapter 1 : Penyesalan

57 2 2
                                    

1 Oktober 2014

Di sebuah kawasan perkuburan, beberapa org lelaki & perempuan berada di depan sebuah batu nisan. Mereka semua sedang bersedih di depan batu nisan itu. Masa mula berlalu, seorang demi seorang juga mula meninggalkan kawasan perkuburan itu dan tinggal dua orang perempuan yg masih berdiri di depan batu nisan itu.

Mereka berdua ialah Kim Taeyeon & Tiffany Hwang. Mereka berdua masih menangis tanpa henti & penyesalan boleh dilihat pada wajah Taeyeon.

"Kita semua dah berjanji, termasuklah kau. Kita semua dah berjanji kita sentiasa bersama walaupon apa pon yg terjadi, takkan tinggalkan sesama kita. Tapi, kenapa kau tinggalkan kami?" Taeyeon berkata dgn penuh sayu.

"Kim Taeyeon, dah laa tu. Jom kita balik. Hari dh mendung ni. Mungkin hujan akan turun. Nasib baik aku bawa payung utk kita berdua." Tiffany cuba memujuk Taeyeon supaya pulang.

"Tak, aku tak nak pergi. Aku nak berada di sini. Teman dia. Biarlah hujan lebat sampai tahap ribut taufan sekalipon, aku tak nak pergi."

"Tapi..."

"Aku tak nak balik! Kau pergi laa balik dulu."

"Huh...Okay. Ambil laa payung ni. Aku pergi dulu. Jangan lama sgt kat sini." Kemudian Tiffany memberi satu payungnya kepada Taeyeon & berjalan keluar dari kawasan tanah perkuburan.

Tiba-tiba hujan turun dgn lebat. Mujur payung ada di tangannya, kalau tidak, tentu dia basah kuyup.

"Kau juga dah berjanji dgn kami, kau akan kembali kepada kami. Tapi kenapa kau tak kembali? Kenapa kau pergi utk selama-lamanya?"

"..."

"Kenapa kau tak jawab? Jawab laa kenapa?!"

"..."

Tiada jawapan didengarinya...Hanya bunyi hujan lebat yg turun sahaja dapat didengarinya.

"Jessica...Aku pergi dulu...Esok, aku datang lagi ke sini, jenguk kau. Jangan risau, kami semua akan sentiasa mengingati kau..."

Kemudian Taeyeon berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu.

Seminggu kemudian...

Tiffany & Sunny berada di sebuah restoran dan mereka sedang berbual tentang keadaan Taeyeon.

"Dia masih terkurung dlm bilik dia? Sampai bila dia nk buat mcm tu?" Kata Sunny.

"Entah laa...Mungkin dia masih tak boleh terima kehilangan dia, tapi aku pon sama, kau pon sama jugak kan?"

"Hmmm..."

"Sejak Jessica...Mati....Taeyeon, selalu menangis dalam biliknya, dia seperti mengalami depresi selepas Jessica pergi. Nasib baik dia tak kunci pintu bilik dia. Kalau dia kunci pon, aku ada kunci pendua dlm bilik aku."

"Huh...Korang berdua, dan Yoona yg paling rapat dgn Jessica kan? Macam mana kau nampak tenang je selepas seminggu dia...Pergi?"

"Dulu kan Eomma aku mati semasa aku masih kecil, tapi aku masih blh kawal perasaan aku. Pedih tu memang pedih, tapi hidup kita perlu diteruskan. Walaupon aku akan tetap rindui dia."

"Woahh kau ni memang hebat Tiffany."

"Haha...Mana ada laa...Tapi aku rasa risau laa pada Taeyeon & Yoona, sebab mereka berdua yg paling rapat dgn Jessica. Aku risau mereka berdua akan buat sesuatu yg x sepatutnya."

"Yoona tu, nasib baik ada Yuri & Seohyun tinggal bersama2 dgn dia, jadi aku x rasa risau sgt. Taeyeon ni, leader squad kita, macam mana?"

"Aku dah suruh dia keluar dari bilik dia & ajak dia datang ke sini, tapi dia x nak. Aku harap dia x buat sesuatu yg membahayakan diri dia. Oh ya, mcm mana dgn Krystal?"

A Broken Promise [Completed]Where stories live. Discover now