Bulan

58 1 0
                                    

Pada malam
Bulan mengambang
Menyampaikan khabar pada seluruh manusia
Bahawa malam ini malam yang indah
Cahaya bulan menerangi
Angin sejuk memeluk diri
Cahaya bintang-bintang tak mahu mengalah
Pastinya yang paling terang tetap sang bulan

Wahai sang bulan
Mengapa engkau kelihatan sangat indah
Memenangkan jiwa
Seri wajahmu mencuri hatiku
Namun kelak kau hilang
Pabila cahaya matahari menggantikan tempatmu
Tapiku tahu pabila malam tiba
Kau akan hadir semula
Memberi senyuman
Sesungguhnya senyuman itu datangnya dari Maha pencipta
Yang juga Maha Pengasih penyembuh hati yang luka

B E B A SWhere stories live. Discover now