Janji

28 1 0
                                    

Kekuatan pada malam hari tidak sama dengan kekuatan di waktu siang
Setiap malam mata yang lelah tidak lagi mahu terpejam
Memuji Tuhan untuk mendodoi diri
Sejak mata terlena
Datangnya rasa takut
Pada mimpi buruk yang menyalakan api dendam
Semua usaha mengubah diri hampir musnah
Namun kau cuba dan terus mencuba
Setiap ibadah diiringi rasa kesal
Semua kata-kata yang terlafaz adalah ikhlas
Namun ketenangan yang diharapkan ada harganya
Kifarah dosa datang menimpa diri
Menebus hutang belum terganti
Di dalam rahim bonda kau lafazkan kata
Kini dimungkiri
Menanggung beban dusta pada Tuhan yang Berkuasa

B E B A SWo Geschichten leben. Entdecke jetzt