Bab 14

24.4K 1K 61
                                    

🐺🐺🐺






"Kita nak ke mana?"

"Shopping." Jayden menjawab tanpa memandang Sofea. Matanya hanya tertala pada jalan raya di depan. Kereta diluncurkan laju menuju ke sebuah pusat beli belah.

"Shopping?"

Seperti biasa, Jayden sudah tidak membalas kata katanya. Lelaki itu bukan rajin sangat nak melayan kalau dia tanya banyak banyak.

"Nak shopping apa? Lusa nak ke Sydney. Baik kita shopping kat sana."

Jayden diam lagi.

"Jay..."

"Shopping baju kau la. Takkan nak pergi sana pakai baju kurung ni." Sebelah tangannya menarik narik hujung baju kurung Sofea.

"Eh, awak ni. Ingat saya ada baju kurung saja ke?"

"Apa apa je lah. Aku tengok baju kau dalam almari tu semua aku tak suka. Kau isteri aku, pakai apa yang aku suka. Jangan nak malukan aku. Fesyen entah apa apa. Nanti belum sampai airport aku dah tinggal kau."

Sofea mencebik. "Macam bagus sangat fashion taste dia tu."

Jayden pekakkan telinga, buat tak peduli.

"Jangan belikan pakaian yang tak cukup kain sudah." Sofea menjeling sebelum membuang pandang ke luar tingkap.

"Tak cukup kain dalam bilik sudahlah. Kat luar buat apa?"

Sofea menoleh, buat muka meluat apabila melihat senyuman di hujung bibir lelaki itu. "Fikir bukan bukan la tu!"

"Tak fikir pun terbayang je. Teringat pula masa kau seksi seksi malam kita kena tangkap tu." Jayden tersengih gatal.

Sofea membulatkan mata. "Awak kan...ishh!" Sofea menjerit.

"Tuala kau terselak sampai sini kan?" Sempat pula tangannya menyentuh paha Sofea, menunjukkan tempatnya.

Sofea menepis kasar. Sakit hatinya. Malu tahu tak. Jayden pula sudah ketawa rancak. Sofea merengus. Tangan disilangkan ke dada. Wajah dipalingkan dari Jayden.

Jayden menghentikan tawa apabila Sofea mendiamkan diri.

"Hey." Bahu Sofea dicuit dengan sikunya.

"Jangan sentuh lah!" Marah gadis itu. Dia sudah benar benar berang apabila Jayden masih main main.

"Tak payah nak marah sangat."

"Tak payah marah? Malu tahu tak! Kejadian tu mengaibkan, kenapa nak sebut sebut lagi?" Marah benar Sofea. Bukan seperti selalu.

Jayden menghela nafas perlahan. "Apa yang aibnya. Kita dah kahwin. Kau nak malu apa? Kalau aku nak tengok seluruh tubuh kau pun dah bukan aib lagi."

"Masalahnya, malam tu bukan awak je yang tengok saya! Lelaki tak guna tu pun dah tengok saya. Orang orang yang datang tangkap kita tu pun tengok saya!" Sofea meninggikan suara namun tetap kedengaran bergetar menahan sebak.

Jayden mencengkam stereng kereta kuat. "Sekarang, mereka ada ke Sofea. Lelaki tu ada ke? Kau kenal dia ke? Orang orang agama tu ada ke sekarang? Kau jumpa mereka hari hari ke? Tak ada kan? Sekarang ni, hanya aku yang ada dengan kau dan aku dah jadi suami kau pun. Tak ada apa apa aib lagi antara kita." Jayden berkata geram.

Lagipun orang orang yang datang tempoh hari hanya melihat rambut Sofea sahaja. Seluruh tubuh gadis itu berselindung di bawah selimut. Cuma lelaki itu! Jayden mengetap bibir. Kalaulah sekali saja lagi dia berjumpa lelaki itu, nahas dia korek biji mata. Biar buta terus. Sakit hatinya.

I Miss You | ✔Where stories live. Discover now