Bab 62

31.4K 1K 20
                                    

🐺🐺🐺







Hari itu mereka mula berpindah masuk ke banglo lama Pn Aurora. Tuan Amran yang bersungguh sungguh mahu mereka tinggal di situ. Tidak mahu menghampakan Tuan Amran, mereka ikutkan saja. Tambahan lagi, hubungan mereka sekeluarga sudah beransur pulih.

"Abang, abang okey ke kita pindah sini?" Sofea bertanya ketika Jayden membaringkan tubuh ke atas katil. Penat, seharian berkemas.

"Kenapa tanya macam tu?" Jayden menoleh ke arah Sofea.

Sofea bangun dari sofa. Televisyen di depannya ditutup sebelum dia turut berbaring di sisi Jayden.

"Fea tanya...sebab dulu abang...kat sini...sendiri." Takut takut Sofea menjawab. Risau jika Jayden berkecil hati.

Namun Jayden hanya tersenyum. Tangannya menjalar ke perut Sofea yang semakin mengembung.

"Memang abang pernah lalui hari hari yang sedih kat sini. Tapi masih ada cebisan memori indah untuk dikenang. Sayang jangan risaulah. Benda dah lama. Abang dah tak nak ingat. Lagipun...mulai hari ni. Kita akan cipta kenangan yang indah indah saja. Ya?"

Sofea mengangguk. Tangan dilekapkan di atas tangan suaminya yang berada di atas perutnya.

"Sayang...kandungan sayang dah nak masuk 8 bulan. Barang barang baby satu pun kita tak beli lagi."

"Tapi kita tak tahu baby kita lelaki ke perempuan."

"Abang rasa lelaki." Jayden berkata yakin.

Sofea mencebik. "Ya ke? Mana abang tahu?"

"Firasat abang sebagai seorang papa." Dia tersengih sebelum menyambung. "Lagipun baby suka tendang tendang. Lasak macam ni mesti lelaki."

"Abang yakin sangat. Nanti kalau keluar baby girl macam mana? Abang kecewa?" Sofea sekadar menduga.

Jayden berkerut kening. "Sayang ni. Kenapa nak kecewa pula? Baby girl pun tetap anak abang juga. Kalau baby girl, boleh abang pakaikan reben bunga bunga kat kepala dia. Ish, mesti comel."

Sofea tergelak.

"Tak sabarnya abang nak tengok baby kita..." Jayden menurunkan badannya sehingga kepalanya berada di paras perut Sofea.

Satu ciuman dilabuhkan di perut Sofea yang memboyot itu. "Sayang anak papa." Kepala disandarkan di situ sebelum dia merangkul pinggang Sofea.

Sofea tersenyum. Kepala Jayden diusap lembut. "Abang..."

"Em?"

"Nanti kita pergi scan nak? Lepas tu boleh lah nak beli barang baby."

"Okey. Kita pergi esok?" Jayden mendongak mencari wajah isterinya.

"Abang tak kerja ke esok?"

"Abang kan bos." Dia tersengih.

"Ish, abang ni. Bos pun kena bertanggungjawab abang."

"Ya abang tahu. Abang pergi kerja pagi. Kalau boleh tinggalkan pada anak buah abang, abang tinggal. Kita boleh pergi klinik."

I Miss You | ✔Where stories live. Discover now