Bab 5

66.1K 1.4K 0
                                    

Pintu peti sejuk itu ditutup perlahan sambil mengeluh

"Nak masak apa ni , bahan pun tak ada" keluh Emelia

"Kau buat depan peti ais tu?" Tanya Tengku Shah yang baru keluar dari bilik nya

"Saya nak masak tapi apa pun tak ada dalam peti sejuk" kata Emelia

Tengku shah mengeluarkan dompetnya dari poket seluar lalu wang yang bernilai RM100 ringgit dikeluarkan sebanyak 5 keping dan dihulur kepada Emelia

"Nah , kau pergi la beli " kata Tengku shah

Duit itu diambil lalu Emelia masuk ke biliknya dan bersiap untuk ke pasar raya

"Kau lepas beli barang jangan nak pergi mana2 pula , terus balik" pesan Tengku Shah sebelum keluar dari rumah itu

Emelia yang nendengar hanya diam dan akur aje pemintaan Tengku Shah itu

Tiba di pasar raya Emelia ke tempat barang basah dahulu sebelum membeli barang lain

"Nak masak apa eh harini , dah lama aku tak masak" kata Emelia sendiri

Lalu dia mengambil ayam dan ikan , seterusnya dia pergi membeli barang lain dan tak lupa juga barang keperluan wanitanya

Habis sahaja membeli barang dapur Emelia berasa lapar dan berhenti makan di mcd sebelum dia pulang

"Mel !" Panggil seseorang dari belakang ketika Emelia sedang menunggu teksi di luar pasar raya

"Eh Izaida" tegur Emelia yang kemudiannya terus berlari memeluk kawan baiknya yang sudah lama dia tidak jumpa itu

"Kejap , kau bukan..kena kerja dengan kris ke?" Tanya Izaida

"Haah , aku baru aje bebas semalam , eh tak apa erm..esok kita jumpa aku cerita semuanya dekat kau eh" kata Emelia

"Ok boleh2 , kau ada nombor fon bak sini nanti aku call" kata Izaida

"Erm..kau ajelah yang tulis nombor kau nanti aku call" kata Emelia pula

Izaida tanpa banyak soal terus sahaja menulis nombor telefonnya di sekeping kertas dan diberi kepada Emelia

"Jangan lupa call aku tau , aku tunggu" kata Izaida

Emelia mengganggukkan kepalanya dan tak sampai 5 minit teksi yang dipanggil tiba

Setelah bersalaman dengan Izaida Emelia terus naik ke dalam teksi dan pulang , dia berfikir macam mana nak tanya pada Tengku Shah untuk keluar besok bersama Izaida

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now