16

963 101 22
                                    

"Kenapa tak jawab call ni? Takkan meeting pukul 9 pagi? Bukan office dia mula kerja pukul 10 ke? Takkan tak sampai office lagi? Eh kalau tak sampai office lagi pun boleh je jawab call aku kan? Em mungkin pergi toilet kot"

Haera memutuskan yang suaminya mungkin busy ketika itu. Dia cuma mahu menanyakan apa yang suaminya ingin makan tengahari ini. Sebab kata suaminya malam tadi, dia ingin makan tengahari dirumah hari ini. Haera terlupa pula untuk bertanya suaminya ingin makan apa. Dia ingin ke pasar mencari bahan basah.

Haera memutuskan ingin memasak masakan Cina sahaja untuk tengah hari ini. Suaminya gemar dengan makanan masakan Cina. Jika mereka berdua makan di luar pasti Seokjin selalu membawanya makan di restoran kegemaran Suaminya.

"Okayy hari ni kita buat Capcay berkuah, lemon sos chicken, tofu chili salt dan juga siomay dimsum. Emm yum yum! Mesti oppa suka! Err oppa? Hahahhaa macam geli geli je oppa bagai."

Haera ketawa apabila dia perasan dia tersasul memanggil Seokjin 'oppa'. Dia berjalan keluar rumah dengan riang dan sesekali dia menyanyi kecil.

*****

Namjoon menolak pintu bilik Seokjin dan menjengukkan kepalanya sedikit ke dalam.

"Bro! Hari ni aku dengam Tae lunch dengan client semalam tu tau! Em kau lunch seorang la eh. Sorry beb!"

Seokjin mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu biliknya.

"Takpelah. Don't worry. Pergi je la. Pastikan dapat projek ni eh"

Namjoon mengangkat tabik di dahi bermaksud 'okay'. Lalu dia menutup kembali pintu biliknya.

"Em makan seorang la hari ni?" Saat dia menoleh melihat jam dia terpandang dinding kaca yang boleh menampakkan setiausahanya yang berada di hadapan biliknya.

"Buat apa nak makan seorang kalau ada yang boleh teman. Kan?" kemudian Seokjin bangun dan melangkah ke pintu lalu membukanya.

"Em Sarah. Lunch ni free? Lunch dengan siapa?" Seokjin terus menerjah setiausaha barunya itu tanpa sebarang notis.

Sarah yang tengah tekun meneliti setiap fail diatas meja tersentak kerana dikejutkan dengan suara garau di hadapannya.

"Encik Seokjin, saya tak tahu lagi keluar lunch ke tak. Saya tak siap lagi kerja yang Encik minta pagi tadi"

"Laa. Kerja pulak dirisaukannya. Time lunch is time for break. Saya tak suka staff saya tak manfaatkan waktu rehat yang kami berikan. Kalau fikir pasal kerja. Sampai malam pon takkan rehat."

Dah mula dah mamat pink ni membebel!

"Err baiklah. Sekejap lagi saya akan pergi lunch.."

"Good! Takda kawan kan? Jom lunch dengan saya." putus Seokjin belum sempat Sarah ingin menghabiskan ayatnya. Sarah menyimpan senyum.

'Sah la mamat ni dah angau kat aku. Hoho. Boleh cucuk jarum ni'

"Okay. Boleh. Nak gerak sekarang ke?" Sarah kembali ke dunia realiti.

Seokjin melihat jam tangannya sekali lagi.

11.45 pagi.

"Em boleh la. Kita nak keluar pun dah makan masa hingga pukul 12. Saya kemas dalam jap." Seokjin kemudian masuk ke dalam biliknya semula dan mengemas apa yang patut.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now