30

888 91 2
                                    

Selepas Taehyung memberitahu bahawa Seokjin tidak sihat cepat sahaja Haera meminta pulang awal. Mujur hari ini dia tidak perlu mula bekerja lagi. Dia hanya perlu berkenalan dengan semua pekerja di tadika itu sahaja. Pantas sahaja kaki Haera berjalan untuk balik ke rumahnya. Mujur rumahnya hanya berdekatan dengan tadika yang dia ingin bekerja ini.

Leka dia berjalan laju sebuah kereta menghampirinya.

Pon! Pon!

Terkejut Haera. Dia melihat siapakah yang berhentikan kereta disebelahnya. Apabila tingkap diturunkan dia melihat raut wajah tampan Taehyung.

"Taehyung!" tegur Haera.

"Haera awak dari mana ni? Saya ingat awak memang ada kat rumah. Masuklah. Seokjin ada kat belakang ni. Dia tak sihat. Saya pun pelik la dengan dia." Ajak Taehyung. Haera tak banyak bunyi dia terus masuk ke dalam kereta. Dia mengambil tempat dibelakang. Yalah takkan nak duduk berdua dengan Taehyung pula di depan sedangkan suaminya ada di belakang.

Duduk sahaja Haera, Seokjin terus memeluk badan Haera dan menyambamkan wajahnya ke tengkuk Haera. Haera tidak selesa. Geli dia rasakan saat ini. Dengan deruan nafas Seokjin yang tak teratur.

Taehyung yang perasan itu tahu apa yang Seokjin inginkan. "Haera, saya turunkan awak berdua jelah ye. Sebab lepas ni saya ada mesyuarat dengan Namjoon tentang projek baru kami. Patutnya dengan mamat ni sekali. Buat hal pulak pagi ni" kata Taehyung selepas menarik brek tangan apabila tiba dihadapan rumah Seokjin.

"Err..okay. Tapi boleh tak awak tolong angkatkan Seokjin masuk dalam. Saya tak laratlah. Nak pulak dia tinggi." Adu Haera. Tergelak Taehyung mendengarnya. Taehyung hanya menggangguk.

*****

Pulang sahaja Taehyung, Haera terus menutup pintu rumah. Tak sempat nak pusing Seokjin dibelakang terus memeluk Haera. Haera dah mula rasa lain macam.

'Dah kenapa pulak dia ni?'

"Seokjin, awak okay ke?"tanya Haera risau dengan keadaan suaminya yang pelik ni.

'Pagi tadi marah-marah. Sekarang nak peluk-peluk pulak'

Seokjin mengeratkan lagi pelukan dipinggang Haera. "Saya..saya tak larat.." adu Seokjin. Haera memusingkan badannya kebelakang menghadap suaminya lalu meletakkan tangan kedahi suaminya.

"Tak panas pun" gumam Haera perlahan. "Em jom masuk bilik. Awak kena rehat ni. Mungkin antibodi badan awak lemah ni. Nanti saya buatkan awak teh herba bagi awak segar." Sambung Haera lagi lalu membawa Seokjin masuk ke dalam biliknya.

Haera perlahan-lahan meletakkan Seokjin atas katil kemudian menyelimutkan suaminya. Butang kemeja Seokjin yang paling atas Haera bukakan. Tiba-tiba Seokjin memegang tangannya. Terkejut Haera. Ingatkan suaminya dah tidur.

"Saera..jangan tinggalkan saya. Teman saya. Saya nak awak." Kata Seokjin tiba-tiba. Terkejut Haera. Dia terkejut bila Seokjin tiba-tiba bersuara dan yang paling diaterkejut dia Seokjin memanggilnya Saera. Takkan suaminya tiba-tiba jadi pelat'S' pula. Haera rasa macam ada benda yang suaminya sembunyikan dari pengetahuannya. Haera tak betah duduk berdua dengan suaminya yang dari tadi takhenti memanggilnya sebagai 'Saera'. Dia perlu lakukan sesuatu ni.    

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now