part 1 (ada tiga part je kot) >-<

847 11 0
                                    


Qis & Along

"Ibu, kenapa along tak suka kawan dengan Qis? Sebab Qis nakal ke bu?" tanya Qistina yang baru berusia 11 tahun.

"Kenapa Qis cakap macam tu? Along suka berkawan dengan Qis. Qis je yang rasa macam tu."

"Betullah ibu. Along tak suka kawan dengan Qis. Dia layan adik Iz dengan baby lain sangat. Dengan Qis along tak nak pegang tangan pun. Kenapa ye bu?" muka Qistina mula berubah. Air mata mula bertakung. Sedih apabila dirinya selalu disisih tatkala mereka bermain.

"Mungkin sebab Qis dah besar. Adik Iz dengnan baby kecik lagi, sebab tu along manjakan mereka." Kata Laila yang sudah serba salah.

"Akak, jom main!" jerit Izreen membuat Qis berlari ke arah adiknya.

2017

Qistina melangkah penuh keyakinan di lapangan terbang KLIA itu. Tiga tahun dia di Sabah menuntut ilmu. Tiga tahun dia tidak pulang ke rumah keluarganya. Entah bagaimana reaksi adik-adiknya apabila dia sampai ke rumah. Along? Dah pasti abangnya itu tiada sebarang reaksi. Dingin. Macam ais. Ketika umurnya meningkat 10 tahun, along mula berubah. Tidak mahu mendekatinya. Seakan-akan dia membawa virus yang tidak dapat diubati.

"Eh! Faiz!" jerit Qistina sebaik sahaja dia terlihat seorang jejaka memang cardboard bertulis 'Welcome home princess Qistina!'.

"Welcome home!"tangan didepakan. Seakan-akan mahu memeluk tubuh Qis. Terus Qistina menghadiahkan penumbuk manja ke lengan Faiz.

"Ngeklah kamu ni! Macam mana tahu aku balik hari ni?" tanya Qistina kepada kawan baiknya sejak STPM.

"Well, media sosial la! Kau tu apa-apa pun update kat IG, that how i know you're coming home. Jom, aku hantarkan! Sebelum tu, jom lepak makan dulu." Faiz mengambil alih tugas Qistina yang menolak troli yang berisi beg.

"Aku on je. Jom."

"Tapikan weih, kenapa ek, troli kau ni berat macam hapa je? Bawak balik batu ke apa dari Sabah tu? Ke kau seludup future husband dalam beg kau ni?" tanya Faiz yang terkerut-kerut dahi menolak troli Qistina. Qistina membuat muka.

"Kau tu yang lemah. Nama je lelaki. Meh aku tolak!" troli beralih tangan. Faiz tersengih. Lemah ke malas?

-

"Assalamualaikum! Assalamualaikum!" laung Qistina di depan rumah teres dua tingkat itu. Faiz berpeluh-peluh mengangkat beg-beg Qistina ke depan pintu rumah.

"Mana family kau ni Qis? Berpeluh-peluh aku angkat beg kau tapi pintu tak bukak pun." Rungut Faiz yang sudah terduduk diatas lantai keletihan.

"Hm... tulah. Kita tunggulah kejap." Elok sahaja Qistina habis berkata, sebuah kereta berwarna hitam meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Hah! Sapa tu Qis?" Faiz mula berdiri tegak, macam nak menyambut menteri besar sahaja gayanya.

"Entahlah Iz, aku pun first time tengok kereta ni. Tak tahulah siapa yang pakai." Qistina turut berdiri apabila Faiz berdiri.

Pintu kereta dibuka. Wajah along muncul dari kereta hitam itu. Masam, mungkin tak senang dengan kehadiran dirinya. Mana tahu along ada dalam kereta hitam tu. Dia pun memandai-mandai buat suprise. Memang masamlah alongnya itu.

"Er... Assalamualaikum along." Qistina menunduk ke tanah. Takut ada, gerun pun ada. Tangan memang tak dihulurkan. Sedari usianya 10 tahun along tak sudi menyambut huluran tangannya. Seperti ada kotoran di dirinya.

Qis dan AlongWhere stories live. Discover now