Part 3

550 13 2
                                    

(Nak tau ada part 4 ke idak baca sampai habis k)

Qistina melangkah perlahan ke dalam cafe yang dinyatakan Kyaliq semalam. Matanya melilau mencari kelibat abang macho/kacak semalam. Melihat kelibat Kyaliq tiada, Qistina main duduk sahaja di meja kosong. Jam ditangan ditilik. 2.05 petang, kejap lagi sampai la tu. Desis hati Qistina.

Qistina membelek-belek telefonnya.

'Ting!' bunyi pesanan Whatsapp kedengaran. Qistina membuka aplikasi itu. Adik Iz? Nak apalagi lah adik dia yang seorang ni. mesti nak kirim apa-apa.

'Kak Qis kat mana?' – Adik Iz

'Jumpa orang kejap. Kenapa?'

'Tak ada apa. Siapa?' – Adik Iz

'Adalah.'

'Cakap lah kak Qis -_- ' – Adik Iz

'Kawan baru. Kenapa?'

'Lelaki ke perempuan?' – Adik Iz

'Lelaki. Kenapa banyak tanya ni?'

'Nama dia apa?' – Adik Iz

'Kyaliq. Adik Iz ni kenapa ni? banyak tanya mengalahkan along si komander tu.'

'Hm... handsome tak?' – Adik Iz

'Boleh tahan lah. Macho dia tu... kacak pulak tu. Tapi... sayang'

'sayang kenapa?' – Adik Iz

'Garang nak matey!'

'Siapa lagi handsome? Along ke dia?' – Adik Iz. Qistina sudah ternaik keningnya sebelah. Lain macam je si Izreen ni. Betul ke Izreen yang mesej ni? Qistina terus membuat panggilan video.

"Hai, Kak Qis!" terlebih semangat Izreen menjawab panggilan video Qistina.

"Adik Iz dah kenapa? Tanya banyak-banyak soalan. Betul ke adik Iz yang tanya?" Qistina mula masam. Rasa macam tak kena.

"Hah? Soalan?" Izreen mengerut dahi. Puk! Bunyi sesuatu ditepuk kuat. Izreen mengeliat dengan wajah berkerut.

"Kenapa tu dik?" Qistina pun terikut kerut dahi.

"Nyamuk besar gajah tu." Kedengaran suara along menyampuk. Qistina menayang muka faham. Sah along yang lebih-lebih tanya nak jumpa dengan siapa, lelaki ke perempuan, yang paling tak boleh blah dia boleh tanya siapa lagi handsome . =_= (my gad mestilah Along handsome! Ke Kyaliq *.* ? Huhuhu itu semua ikut citarasa Qistinalah kan?)

"Cakap dekat orang yang tukang tepuk Nyamuk besar gajah tu... Kenapa nak kena go through phone adik? Apa dah tak ada phone sendiri ke? Sah tak nak Kak Qis ada nombor dia. Cakap lagi, Kak Qis rasa Kyaliq a.k.a. abang macho kacak bergaya lagi handsome 100 kali dari along! Pastikan adik sampai pesanan-pesanan ni dekat Along!" ujar Qistina dengan muka toyanya. Baru puas hati!

"Perasan lah! Tak ada makna aku nak tanya kau macam-macam!" kuat suara Hakim membalas kata-kata Qistina. Memang sah Hakim yang hantar. 'Thump! Thump! Thump! Thump!... Bang!' Hakim sentaplah tu! Hentak-hentak kaki dekat tangga siap hempas pintu. Izreen sudah ketawa mengekek. Qistina tersengih melihat Izreen. Macam kelakar sangat. Sampai mengalir air mata adiknya itu.

"Hah kenapa dengan abang kamu tu Izreen? Apa dia ingat pintu tu murah? Nak kena betul anak teruna seorang ni!" kedengaran pulak suara Laila memarahi Hakim. Tak lama kemudian kedengaran bunyi ketukan pintu, kuat betul macam guna speaker.

"Yang? Dah kenapa tu?" suara ayahnya pula masuk frame. Qistina memasang telinga.

"Tah anak teruna awak ni! hempas-hempas pintu. Dia ingat apa? Nak hempas-hempas, jangan sampai saya hempas dia karang!" marah betul Laila.

Qis dan AlongWhere stories live. Discover now