Lima tahun sebelumnya...
Seoul, Korea
Hujung Minggu merupakan hari cuti yang digunakan semua orang untuk menghabiskan waktu yang ada, pemandangan di bandar kota saat ini terlihat sesak dengan orang ramai yang berkunjung ke pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati.
Ketika ini, Naura bersama dengan tiga lagi orang rakanya berjalan di Namsan Tower yang merupakan antara tempat yang paling popular dan paling ramai pengujung yang datang melawat ke tempat tersebut terutama sekali pada hujung minggu.
Laju kakinya melangkah hingga dia lupa membawa barang yang dibeli ketika dia berkunjung ke Naedaemun market yang tidak jauh dari Namsam tower. Hanya beberapa kilometer saja dari sini.
"Alamak! Tertingalah pulak." Menghentikan langkah, Naura menepuk dahinys pelan. Baru dia teringat, barangnya tertinggal ketika dia berkunjung ke taman yang juga terletak dalam kawasan Namsan Tower.
"Apa yang tertinggal Naura?" tanya salah seorang rakanya, mereka turut sama menghentikan langkah apabila terdengar omelan Naura dari belakang.
"Barang kita tertinggal dekat taman atas kerusi yang kita duduk tadi," jawab Naura, memuncungkan mulutnya. Macamanalah dia boleh terlupa, padahal barang tu sentuasa je dia pegang. Dah nak tertinggal nak buat macamana.
"Macamanana boleh tertinggal awak?" tanya rakanya lagi.
Naura hanya tayang sengihan yang menampakkan giginya yang putih, sambil tanganya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Awak, awak! lain kali jangan banyak makan semut, tengok! kan dah banyak kali lupa." usik rakanya yang seorang lagi.
"Ish awak ni! suka kan usik kita." Bibir Naura sudah dijuihkan ke hadapan gaya itik merajuk tak dapat makanan mengudang gelak tawa raka-rakanya yang lain.
"Dahlah tak payahlah merajuk pergilah ambil barang awak, kitaorang tunggu kat sini." kata rakanya.
"Sikit lagi kita datang ya." Tidak menunggu lagi, Naura terus membalik tubuhnya ke belakang, kakinya laju melangkah, kembali ke taman di mana barangnya tertinggal tadi.
Ariff dan tunangnya Qaira berjalan di Namsan park sambil berpengangan tangan. Qaira merupakan model dan menetap di korea selama 5 tahun untuk menghabiskan kontraknya dengan syarikat model yang terkenal di korea. Setiap tahun Ariff akan pergi melawat Qaira di sana.
Mereka sudah bertunang selama 3 tahun. Ia adalah masa yang agak lama bagi sebuah pertunangan, biasalah walaupun dah bertunang macam-macam perkara yang boleh berlaku.
Sering kali Ariff mengajak Qaira berkahwin dan menamatkan zaman bujangnya dan banyak kali jugalah ditolak oleh Qaira kerana dia ingin menghabiskan kontrak modelnya di Korea dulu. Ariff sudah penat berbahas soal ni kalau dia berbincang dengan Qaira soal kahwin mesti berakhir dengan pergaduhan, lebih baik dia diam sebelum pergaduhan mereka jadi lebih teruk biarlah dia yang mengalah dulu demi hubungan mereka.
"Oh ya! sayang I terlupa barang la tertinggal dekat kerusi yang kita duduk tadi, you tunggu sini ya I pergi ambil sekejap."
"Ok cepat tau bie, I dah panas dah ni muka I pun dah berminyak." Kata Qaira manja sambil mengibaskan-gibaskan mukanya dengan tangan.
"Ok sayang, sekejap eh!" Ariff berlalu pergi untuk mengambil barangnya.
Ketika Naura bergegas lari untuk mengambil barangnya, badanya terlanggar dengan seseorang agak kuat sehingga dia terjatuh terjelepok ke tanah. Yang manusia ni pulak ada ke patut dia berdiri je tegak depan Naura, bukanya nak menolong gadis ayu yang terjatuh ni malah dia siap peluk tubuh lagi tanpa matanya tak lepas dari memandang Naura dengan tajam.

YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...