26 : ♡

128K 4.8K 453
                                    

"Haih, berpeluh satu badan nampak?" Along menegur ketika aku dan Dariel turun dari tingkat atas sambil berpegangan tangan.

Aku menunduk malu. Nampak sangat ke macam aku ni baru habis 'workout?'

Dariel pun satu. Tengah hari buta gedik mahu aku melayannya. Nasib sayang.

"Biasalah tu. Pengantin baru. Kamu pun macam tu dulu masa mula kahwin. Tak berenggang langsung dengan Wawa." Umi memerli. Along sudah mencebik.

Dariel galak ketawa. Dia mengambil tempat duduk di hadapan along. Manakala aku duduk di sebelahnya.

"Abang, pinggan." Aku menghulurkan tangan meminta pinggan. Suami patut dilayan. Dia lah syurga. Walaupun tika itu keluarga ada bersama.

Aku mengaut beberapa senduk nasi ke dalam pinggan dan diletakkan di hadapan Dariel.

Mangkuk yang berisi tomyam yang sudah aku asingkan tadi aku ambil. Aku menyenduk lauk tersebut ke dalam pinggan Dariel. Dengan bacaan bismillah dan membaca doa, Dariel mula menjamah.

Aku menuang air dan diletakkan di hadapan Dariel. Ahli keluargaku di situ aku pastikan semua sudah menjamah nasi. Selepas itu, barulah aku menjamu selera.

"Angah sibuk sangat ke abah?" Aku kalihkan pandangan ke arah abah yang sedang mencicip air kopinya yang mempunyai ais. Abah... abah.

Lunch minum air kopi. Macam mana lah nak tidur awal. Risau aku dengan abah. Abah kalau benda yang melibatkan kerja, sanggup dia meminum kopi semata-mata ingin berjaga. Workholic sungguh. Patutlah selalu minum air kopi, sebab dah terbiasa.

"Macam biasalah dia. Sejak ada company sendiri, kelam kabut urus itu ini."

Aku mengangguk. Mulut membentuk 'O' .

Angah sebiji macam abah. Kuat bekerja.

Aku naik ke bilik apabila jarum jam menginjak ke pukul 10.30 malam. Dariel aku biarkan di ruang tamu bersembang dengan abah dan along.

Aku berkemas apa yang patut. Bagasi yang sudah penuh dengan baju aku dan Dariel diletak di tepi pintu bilik. Esok petang aku akan berpindah ke penthouse Dariel.

Aku duduk di birai katil. Kaki aku ayunkan kanan dan kemudian kiri. Berselang seli.

Bukk !

Aduhh!

Aku mengadu sakit. Digosok-gosok kakiku yang terkena sesuatu yang keras itu. Pantas aku melutut di tepi katil. Bawah katil aku intai.

Aku cuba mengambil bagasi yang lama terdampar di situ tapi tidak sampai. Mungkin disebabkan aku tertendang tadi, tu yang dia makin jauh.

Aku mula masuk ke bawah katil. Separuh badanku berada di situ. Bahagian pinggang ke kaki dibiarkan di luar.

"What the heck are you doing down there?" Suara Dariel kedengaran di belakang.

Serentak kepalaku terhantuk pada besi katil. Lagi sekali aku mengadu sakit sambil tangan menggosok bahagian itu.

Pantas aku keluar dari bawah katil dengan muka yang berkerut menahan sakit di kepala. Dariel melihatku dengan keningnya yang sedikit terjungkit.

Aku menggeleng.

"Tak ada apa-apa. Saja check bawah katil. Kut kut ada besi katil yang berkarat. Tak pasal-pasal roboh kalau abang ganas sangat."

Lancar mulut aku memberi alasan tanpa sedar dengan ayat yang keluar. Dariel sudah tersengih nakal. Aku memandang pelik. Dah kenapa suami aku ni..

"Abang ganas ya.." Dariel senyum meleret. Matanya jatuh pada sekujur tubuhku. Dilihatnya dari atas ke bawah. Dan naik semula ke mukaku.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now